1 Corinthians 3

1 Korintus 3

1Dan saudara sekalian, aku dahulu tidak dapat bercakap kepada kalian seperti kepada orang rohani, tetapi seperti kepada orang badaniah, lagi pula, seperti kepada bayi-bayi dalam Kristus.

2Aku telah memberi susu kepada kalian, dan bukan daging: kerana setakat itu kalian tidak mampu menanggungnya, dan sekarang pun kamu tidak mampu.

3Sebab kalian masih badaniah: kerana kalau ada di antara kalian sikap iri hati, dan persengketaan, dan sikap berpihak-pihak, bukankah kalian badaniah dan berjalan seperti orang dunia?

4Sebab sementara seseorang berkata, Aku dari pihak Paulus; dan seseorang yang lain pula berkata, Aku dari pihak Apolos; bukankah kalian badaniah?

5Maka siapakah Paulus, dan siapakah Apolos, tetapi para pelayan yang melalui mereka kalian telah percaya, bahkan menurut apa yang diberi Tuhan kepada setiap orang masing-masing?

6Aku telah menanam, Apolos telah menyiram; tetapi Allah yang telah memberi pertumbuhan.

7Maka baik dia yang menanam mahupun dia yang menyiram bukan apa-apa pun; tetapi Allah yang memberi pertumbuhan.

8Dalam pada itu, dia yang menanam dan dia yang menyiram adalah satu: dan setiap orang akan menerima ganjarannya sendiri menurut jerih lelahnya sendiri.

9Sebab kami merupakan para pekerja bersama-sama Allah: kalian merupakan ladang pertanian Allah, kalian merupakan bangunan Allah.

10Sesuai dengan rahmat Allah yang telah diberi kepadaku, sebagai seorang pembina pakar yang berhikmah, aku telah meletakkan dasar, dan orang lain membina di atasnya. Tetapi biar setiap orang berjaga bagaimana dia membina di atasnya.

11Sebab tiada dasar lain yang dapat diletakkan selain daripada dasar yang sudah diletakkan, yakni Yesus Kristus.

12Sekarang jika sesiapa pun, di atas dasar ini, membina emas, perak, batu-batu permata, kayu, rumput kering, tunggul jerami;

13Kerja setiap orang akan dijadikan nyata: sebab hari itu akan mengisytiharkannya, kerana ia akan dinyatakan oleh api; dan api itu akan menguji kerja setiap orang untuk menentukan apa jenis kerja itu.

14Jika kerja sesiapa yang membina ke atasnya tinggal, maka dia akan menerima ganjaran.

15Jika kerja sesiapa dapat dibakar, maka dia akan mengalami kerugian: tetapi dia sendiri akan diselamatkan; namun demikian oleh api.

16Tidak tahukah kalian bahawa kalian itu bait Allah dan Roh Allah berdiam di dalam kalian?

17Jika sesiapa pun mencemarkan bait Allah, dia yang akan Allah binasakan; sebab bait Allah itu kudus, bait itu merupakan kalian.

18Janganlah sesiapa pun memperdayakan dirinya sendiri. Jika sesiapa pun di antaramu nampak seperti berhikmah di dalam dunia ini, biarlah dia menjadi seorang bebal, supaya dia dapat menjadi berhikmah.

19Sebab hikmah dunia ini ialah kebebalan bagi Allah. Sebab sudah tertulis, Dia memerangkap orang berhikmah di dalam kelicikan mereka sendiri.

20Dan lagi, Tuhan mengenal fikiran orang berhikmah, bahawa ia sia-sia sahaja.

21Oleh sebab itu, jangan biar sesiapa pun bermegah dalam manusia. Sebab segala sesuatu ialah kepunyaan kalian;

22Sama ada Paulus, atau Apolos, atau Kefas, atau dunia, atau kehidupan, atau kematian, atau apa yang semasa, atau apa yang akan datang; segala sesuatu ialah kepunyaan kalian;

23Dan kalian ialah kepunyaan Kristus; dan Kristus ialah kepunyaan Allah.