1 Corinthians 5

1 Korintus 5

1Ada pelaporan secara umum bahawa ada perbuatan berkendak di antara kalian, dan perbuatan berkendak itu pun jenis yang sampai disebut pun tidak di kalangan orang bukan Yahudi, iaitu seseorang memiliki isteri ayahnya.

2Dan kalian sudah menyombong, dan tidak sebaliknya meratap, supaya dia yang telah melakukan perbuatan ini akan diambil menjauhi kalangan kalian.

3Sebab aku dengan sesungguhnya, meskipun tidak hadir secara badaniah, tetapi hadir secara rohaniah, sudah menghakimi, seakan-akan aku hadir, berkenaan dia yang telah melakukan perbuatan ini,

4Dalam nama Tuhan Yesus Kristus, apabila kalian berkumpul bersama-sama, dan rohku, dengan kuasa Tuhan Yesus Kristus kita,

5Untuk menyerahkan orang sedemikian kepada Syaitan bagi pembinasaan daging, supaya rohnya diselamatkan pada hari Tuhan Yesus.

6Kemegahan kalian itu tidak baik. Tidak tahukah kalian bahawa sedikit ragi meragikan seluruh adunan?

7Maka singkirkan ragi yang lama itu, supaya kalian dapat menjadi adunan yang baru, kerana kalian tidak beragi. Sebab Kristus, pelangkauan kita, telah dikorbankan bagi kita:

8Oleh sebab itu biar kita mengamalkan perjamuan itu, bukan dengan ragi yang lama, dan juga bukan dengan ragi niat jahat dan kedurjanaan; tetapi dengan roti keikhlasan dan kebenaran yang tidak beragi.

9Aku sudah menulis kepada kalian dalam suatu surat supaya jangan bergaul dengan orang yang berkendak:

10Namun bukan dengan semua orang yang berkendak sama sekali, atau dengan orang yang kedambaan, atau pemeras ugut, atau penyembah berhala; sebab kalau begitu kalian perlu keluar dari dunia ini.

11Tetapi sekarang aku telah menulis kepada kalian supaya jangan bergaul dengan sesiapa pun yang dipanggil sebagai saudara jikalau dia orang yang berkendak, atau kedambaan, atau penyembah berhala, atau pencaci, atau pemabuk, atau pemeras ugut; bagi orang yang sedemikian jangan makan bersamanya.

12Sebab apakah urusanku untuk juga menghakimi mereka yang ada di luar? Bukankah kalian menghakimi mereka yang ada di dalam?

13Tetapi mereka yang ada di luar dihakimi Allah. Maka, buang dari kalangan kalian orang durjana itu.