1 Kings 12

1 Raja-Raja 12

1Dan Rehabeam pergi ke Sikhem: sebab seluruh Israel telah datang ke Sikhem untuk menjadikannya raja.

2Dan terjadilah, ketika Yerobeam anak lelaki Nebat, yang masih berada di Mesir, mendengar akan itu, (sebab dia telah melarikan diri dari hadapan raja Salomo, dan Yerobeam berdiam di Mesir;)

3Bahawa mereka mengutus orang dan memanggilnya. Dan Yerobeam dan seluruh jemaah Israel telah datang, dan berbicara kepada Rehabeam, dengan berkata,

4Ayahmu menjadikan kuk kami sungguh membebankan: maka sekarang biar kamu menjadikan pelayanan yang membebankan oleh ayahmu, dan kuk beratnya yang dia taruh kepada kami, lebih ringan, dan kami akan melayanimu.

5Dan dia berkata kepada mereka, Pergi untuk tiga hari, kemudian kembali semula kepadaku. Lalu pergilah rakyat itu.

6Dan Raja Rehabeam berunding dengan para tua-tua, yang menghadap Salomo, ayahnya, sewaktu dia masih hidup, dan berkata, Apakah nasihat kalian supaya aku dapat menjawab rakyat ini?

7Dan mereka berbicara kepadanya, dengan berkata, Jika kamu menjadi hamba kepada rakyat ini pada hari ini, dan akan melayani mereka, dan menjawab mereka, dan menyatakan kata-kata yang baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi hamba-hambamu selamanya.

8Tetapi Rehabeam mengabaikan nasihat yang diberi oleh para tua-tua itu, lalu berunding dengan para pemuda yang dahulu membesar dengannya, dan yang menghadapnya:

9Dan dia berkata kepada mereka, Apakah nasihat yang kalian beri supaya kita dapat menjawab rakyat ini, yang telah berbicara kepadaku dengan berkata, Jadikan kuk yang ayahmu taruh kepada kami lebih ringan?

10Dan para pemuda yang dahulu membesar dengannya, berbicara kepadanya, dengan berkata, Beginilah kamu akan berbicara kepada rakyat yang telah berbicara kepadamu, dengan berkata, Ayahmu menjadikan kuk kami berat, tetapi biar kamu menjadikannya lebih ringan bagi kami; beginilah apa yang kamu harus berkata kepada mereka, Jari kelingkingku akan lebih besar daripada pinggang ayahku.

11Dan sekarang sementara ayahku memang menaruh kepada kalian suatu kuk yang berat, aku akan menambah kepada kukmu: ayahku telah menyesah kalian dengan cemeti, tetapi aku akan menyesah kalian dengan kala jengking.

12Jadi, Yerobeam dan semua rakyat datang kepada Rehabeam pada hari yang ketiga, seperti yang ditentukan raja, dengan berkata, Kembali semula kepadaku pada hari yang ketiga.

13Raja raja menjawab rakyat dengan kasar, dan mengabaikan para tua-tua punya nasihat yang telah mereka beri kepadanya;

14Dan berbicara kepada mereka menurut nasihat para pemuda, dengan berkata, Ayahku menjadikan kuk kalian berat, dan aku akan menambah kepada kuk kamu: ayahku juga telah menyesah kalian dengan cemeti, tetapi aku akan menyesah kalian dengan kala jengking.

15Dengan itu, raja tidak mengendahkan rakyat; sebab ini disebabkan oleh TUHAN, supaya dia dapat melaksanakan firmannya, yang TUHAN berbicara melalui Ahia, orang Silo, kepada Yerobeam anak lelaki Nebat.

16Jadi ketika seluruh Israel nampak bahawa raja tidak mengendahkan mereka, rakyat menjawab raja, dengan berkata, Apakah lagi bahagian yang kami ada dalam Daud? dan kami tidak lagi ada warisan dalam anak Isai: ke khemahmu, hai Israel: sekarang uruskanlah rumah sendiri, Daud. Jadi Israel berpisah ke khemah mereka masing-masing.

17Tetapi bagi bani Israel yang berdiam di kota-kota Yehuda, Rehabeam bertakhta atas mereka.

18Kemudian raja Rehabeam mengutus Adoram, yang bertugas atas ufti; dan seluruh Israel merejamnya dengan batu, sehingga dia mati. Oleh sebab itu, raja Rehabeam segera menaiki pedatinya, untuk melarikan diri ke Yerusalem.

19Maka Israel memberontak terhadap keluarga Daud sampai kepada hari ini.

20Dan terjadilah, ketika seluruh Israel mendengar bahawa Yerobeam sudah pulang, bahawa mereka mengutus orang dan memanggilnya kepada jemaah, dan menjadikan dia raja atas seluruh Israel: tidak seorang pun mengikut keluarga Daud, selain daripada kaum Yehuda.

21Dan sesudah Rehabeam sampai ke Yerusalem, dia menghimpunkan seluruh kaum Yehuda, dengan kaum Benyamin, seratus dan empat kali dua puluh ribu orang terpilih, yang merupakan pahlawan, untuk melawan kaum Israel, untuk memulihkan kerajaan itu semula kepada Rehabeam anak kepada Salomo.

22Tetapi firman Allah sampai kepada Semaya, hamba Allah, dengan berkata,

23Berbicaralah kepada Rehabeam, anak kepada Salomo, raja Yehuda, dan kepada seluruh kaum Yehuda dan Benyamin, dan kepada sisa umat itu, dengan berkata,

24Beginilah firman TUHAN, Kalian tidak akan naik, dan tidak akan lawan menentang saudara kalian iaitu bani Israel: pulanglah setiap orang ke rumahnya; sebab hal ini berasal daripadaku. Maka mereka mengendahkan TUHAN, dan pergi pulang, menurut firman TUHAN.

25Kemudian Yerobeam membina Sikhem di gunung Efraim, dan berdiam di dalamnya; lalu keluar dari sana, dan membina Penuel.

26Dan Yerobeam berkata di dalam hatinya, Kini akan kerajaan kembali kepada keluarga Daud:

27Jika umat ini naik untuk membuat korban di rumah TUHAN di Yerusalem, maka hati umat ini akan dipalingkan kepada tuan mereka, bahkan kepada Rehabeam, raja Yehuda, dan mereka akan membunuhku, lalu pergi semula kepada Rehabeam, raja Yehuda.

28Dengan itu, raja mencari nasihat, dan membuat dua anak lembu emas, lalu berkata kepada mereka, Ia terlalu payah bagi kalian untuk naik ke Yerusalem: lihatlah allah-allahmu, wahai Israel, yang telah membawa kalian keluar dari tanah Mesir.

29Dan dia menempatkan satu di Betel, dan yang satu lagi dia menempatkan di Dan.

30Dan hal itu menjadi dosa: sebab umat itu pergi untuk bersembahyang di hadapan salah satu, bahkan ke Dan pun.

31Dan dia membina rumah di tempat-tempat tinggi, dan melantik imam daripada orang yang paling rendah, yang bukan anak-anak Lewi.

32Dan Yerobeam mentahbiskan suatu pesta pada bulan lapan, pada hari kelima belas bulan itu, seperti pesta yang diadakan di Yehuda, dan dia membuat persembahan di atas mazbah itu. Demikianlah apa yang dilakukannya di Betel, dan membuat korban kepada anak-anak lembu yang telah ditegakkanya: dan dia menempat di Betel para imam dari tempat-tempat tinggi yang telah ditubuhkannya.

33Maka dia mempersembahkan di atas mazbah yang ditegakkannya di Betel pada hari kelima belas pada bulan lapan, malah pada bulan yang telah direkakannya dari hatinya sendiri; dan telah mentahbiskan pesta bagi bani Israel: dan dia membuat persembahan di atas mazbah, dan membakar dupa.