1Dalam pada itu orang Filistin mengumpulkan angkatan-angkatan tentera mereka bersama untuk bertempur, dan telah berkumpul bersama di Sokho, yang dimiliki Yehuda, dan mendirikan khemah di antara Sokho dan Azeka di Efesdamim.
2Dan Saul dan para lelaki Israel berkumpul bersama, dan mendirikan khemah di lembah Elah, dan mengatur barisan pertempurannya berhadapan orang Filistin.
3Dan orang Filistin berdiri di atas gunung di sebelah sini, dan Israel pula berdiri di sebelah yang lain: dan di situ adanya lembah di antara mereka.
4Dan tampillah keluar seorang kesateria dari perkhemahan Filistin, yang bernama Goliat, dari Gat, yang tingginya enam hasta dan sejengkal.
5Dan dia ada ketopong gangsa di kepalanya, dan dia bersenjatakan baju zirah bersisik; dan berat baju zirah itu ialah lima ribu syikal gangsa.
6Dan dia ada kasut pelindung yang gangsa terpasang pada kakinya, dan lembing yang gangsa yang diselendangkan di bahunya.
7Dan batang tombaknya adalah seperti kayu penggulung orang penenun; dan mata tombaknya enam ratus syikal besi beratnya: dan seorang yang membawa sebuah perisai mendahuluinya.
8Dan dia berdiri dan berseru kepada angkatan-angkatan Israel, dan berkata kepada mereka, Mengapakah kalian keluar untuk mengatur barisan pertempuran kalian? bukankah aku orang Filistin, dan kalian hamba-hamba kepada Saul? pilihlah seorang lelaki dari antara kalian, dan biarlah dia turun kepadaku.
9Jika dia dapat melawanku, dan membunuhku, maka kami akan menjadi hamba-hamba kalian: tetapi jika aku mengalahkannya, dan membunuhnya, maka kalian akan menjadi hamba-hamba kami, dan melayani kami.
10Dan orang Filistin itu berkata, aku mencabar seluruh angkatan tentera Israel pada hari ini; berilah aku seorang lelaki supaya kami dapat berlawan bersama.
11Ketika Saul dan seluruh Israel mendengar kata-kata orang Filistin itu, mereka beroleh kecewa, dan sungguh ketakutan.
12Dalam pada itu, Daud ialah anak orang Efrata itu dari Betlehemyehuda, yang namanya Isai; dan dia ada lapan anak lelaki: dan lelaki itu dianggap orang lelaki lain sebagai orang tua pada zaman Saul.
13Dan tiga anak tua Isai pergi dan mengikuti Saul ke pertempuran: dan nama-nama anak-anak lelakinya yang memasuki pertempuran itu ialah Eliab, anak yang sulung, dan kemudian daripadanya ialah Abinadab, dan yang ketiga ialah Syama.
14Dan Daud ialah yang bongsu: dan ketiga-tiga yang paling tua itu mengikuti Saul.
15Tetapi Daud berangkat pergi dan pulang daripada Saul untuk memberi makan kepada domba-domba ayahnya di Betlehem.
16Dan orang Filistin itu mendekat pada waktu pagi dan waktu petang, dan menampilkan dirinya selama empat puluh hari.
17Dan Isai berkata kepada Daud, anak lelakinya, Ambillah bagi saudara-saudaramu satu efa bijirin yang sudah dikeringkan ini, dan sepuluh ketul roti ini, dan berlarilah ke perkhemahan itu kepada saudara-saudaramu;
18Dan bawalah sepuluh potong keju ini kepada hulubalang pasukan seribu mereka, dan tengoklah bagaimana keadaan saudara-saudaramu, dan ambillah suatu tanda jaminan daripada mereka.
19Dalam pada itu, Saul, dan mereka, dan semua lelaki Israel, berada di lembah Elah, sementara bertempur dengan orang Filistin.
20Dan Daud bangun pada awal pagi, dan meninggalkan domba-domba itu dengan seorang penjaga, dan mengambil, dan pergi, seperti yang telah diperintahkan Isai kepadanya; dan dia sampai ke parit pelindung, sebaik sahaja angkatan itu maju untuk bertempur, dan bersorak perang.
21Sebab Israel dan orang Filistin telah mengatur barisan pertempuran, barisan tentera berhadapan dengan barisan tentera.
22Dan Daud meninggalkan pedatinya kepada tangan penjaga pedati, lalu berlari masuk ke pasukan tentera itu, dan sampai dan memberi salam kepada saudara-saudaranya.
23Dan sementara dia berbual dengan mereka, lihatlah, kesateria itu tampil, orang Filistin dari Gat, Goliat namanya, yang keluar dari barisan orang Filistin, dan berucap menurut kata-kata yang sama: dan Daud mendengar kata-kata itu.
24Dan semua lelaki Israel, ketika mereka nampak lelaki itu, melarikan diri daripadanya, dan sungguh ketakutan.
25Dan para lelaki Israel berkata, Nampakkah kalian lelaki itu yang menampilkan diri? sudah pastilah dia tampil untuk mencabar Israel: dan akan terjadi, bahawa lelaki yang membunuhnya, akan diperkayakan raja dengan kekayaan besar, dan raja akan menyerah kepadanya anak perempuannya, dan menjadikan rumah tangga ayahnya bebas di Israel.
26Dan Daud berkata kepada para lelaki yang berdiri di sampingnya, dengan berkata, Apakah yang akan dilakukan kepada orang yang membunuh orang Filistin ini, lalu menghapuskan keaiban dari Israel? sebab siapakah orang Filistin yang tidak tersunat ini, sampai dia mencabar angkatan-angkatan tentera Allah Yang Maha Hidup?
27Dan umat itu menjawabnya sesuai dengan ragam kata itu, dengan berkata, Demikian itulah yang akan dilakukan kepada orang yang membunuhnya.
28Dan Eliab, abang sulungnya, terdengar ketika Daud berbicara kepada orang-orang itu; dan kemarahan Eliab ternyala terhadap Daud, dan dia berkata, Mengapakah kamu turun ke sini? dan dengan siapakah telah kamu meninggalkan domba-domba yang berbilangan kecil itu di padang gurun? Aku mengenal keangkuhanmu, dan kenakalan hatimu; sebab kamu telah turun ke sini supaya kamu dapat melihat pertempuran.
29Dan Daud berkata, Apakah yang telah dibuat aku sekarang? Bukankah ada sebabnya?
30Dan dia berpaling daripadanya kepada orang lain, dan berbicara dengan ragam yang sama: dan umat itu menjawabnya semula menurut ragam yang tadi itu.
31Dan ketika kata-kata yang diucapkan Daud didengar, mereka mengulanginya di hadapan Saul: dan Saul mengutus orang untuk memanggilnya.
32Dan Daud berkata kepada Saul, Jangan biar mana-mana hati orang dilemahkan kerana dia; hambamu akan pergi dan melawan orang Filistin ini.
33Dan Saul berkata kepada Daud, Kamu tidak mampu pergi berdepan dengan orang Filistin ini untuk melawannya: sebab kamu hanya seorang teruna, dan dia merupakan pahlawan dari umur mudanya.
34Dan Daud berkata kepada Saul, Hambamu ini menjaga domba-domba ayahnya, dan datangnya seekor singa, dan seekor beruang, dan menerkan seekor anak domba dari kawanan:
35Dan aku keluar mengejarnya, dan memukulnya, dan menyelamatkan anak domba itu dari mulutnya: dan ketika ia bangkit menentangku, aku memegang janggutnya, dan memukulnya, dan membunuhnya.
36Hambamu ini telah membunuh kedua-dua singa dan beruang: dan orang Filistin yang tidak tersunat itu akan akan menjadi sama seperti binatang-binatang itu, memandangkan dia mencabar angkatan tentera Allah Yang Maha Hidup
37Tambahan pula, Daud berkata, TUHAN yang telah melepaskanku daripada cakar singa, dan daripada cakar beruang, ialah dia yang akan melepaskanku daripada tangan orang Filistin ini. Dan Saul berkata kepada Daud, Pergi, dan TUHAN menyertaimu.
38Dan Saul memperlengkapkan Daud dengan senjata perisainya, dan dia menaruh ketopong gangsa di atas kepalanya; demikian juga dia memperlengkapkannya dengan baju zirah bersisik.
39Dan Daud mengikatkan pedangnya kepada perlengkapan perisainya, dan dia membuat percubaan untuk pergi; sebab dia belum lagi mencubainya. Dan Daud berkata kepada Saul, aku tidak dapat pergi dengan ini; sebab aku belum lagi mencubainya. Dan Daud menanggalkan itu daripada dirinya.
40Dan dia mengambil tongkat di dalam tangannya, dan memilih bagi dirinya lima anak batu yang licin dari anak sungai, lalu meletakkannya ke dalam beg gembala yang dipegangnya, yakni kantung kecil; dan penghumban ada di tangannya: dan dia mendekati orang Filistin itu.
41Dan orang Filistin itu maju dan mendekati Daud; dan lelaki yang memegang perisai itu mendahuluinya.
42Dan ketika orang Filistin itu melihat di sekitar, dan ternampak Daud, dia memandang hina akannya: sebab dia hanya seorang teruna, dan kemerah-merahan, dan rupa parasnya elok.
43Dan orang Filistin itu berkata kepada Daud, Adakah aku seekor anjing, sehingga kamu datang kepadaku dengan tongkat? Dan orang Filistin itu mengutuk Daud melalui allah-allahnya.
44Dan orang Filistin itu berkata kepada Daud, Marilah kepadaku, dan aku akan menyerahkan dagingmu kepada burung-burung di udara, dan kepada binatang-binatang di padang.
45Kemudian Daud berkata kepada orang Filistin itu, Kamu datang kepadaku dengan sebilah pedang, dan sebatang tombak, dan dengan sebuah perisai: tetapi aku datang kepadamu dalam nama TUHAN angkatan alam semesta, Allah angkatan-angkatan Israel, yang telah dicabarmu.
46Pada hari ini akan TUHAN menyerahkanmu ke dalam tanganku; dan aku akan menyerangmu, dan mengambil kepalamu yang terpenggal dari tubuhmu; dan aku akan menyerahkan bangkai-bangkai angkatan orang Filistin pada hari ini kepada burung-burung di udara, dan kepada binatang-binatang liar di bumi; supaya seluruh bumi akan tahu bahawa ada seorang Allah di Israel.
47Dan seluruh perhimpunan ini akan tahu bahawa TUHAN tidak menyelamat dengan pedang atau dengan tombak: sebab pertempuran kepunyaan TUHAN, dan dia akan menyerahkan kalian ke dalam tangan kami.
48Dan terjadilah, ketika orang Filistin itu bangkit, dan datang untuk mendekati Daud, bahawa Daud bergegas, dan berlari menuju angkatan itu untuk bertemu dengan orang Filistin itu.
49Dan Daud memasukkan tangannya ke dalam kantungnya, dan mengambil daripadanya sebutir anak batu, dan menghumbannya, dan mengenakan orang Filistin itu pada dahinya, sehingga batu itu terbenam ke dalam dahinya; dan dia jatuh dengan mukanya terhempas ke bumi.
50Maka, Daud memenangi orang Filistin itu dengan memakai penghumban dan batu, dan menyerang orang Filistin itu, lalu menewaskannya; tetapi pedang tiada di tangan Daud.
51Oleh sebab itu, Daud berlari, dan berdiri di atas orang Filistin itu, dan mengambil pedangnya, yang dihunus dari sarungnya, lalu dipakai untuk membunuh dan memenggal kepalanya. Dan apabila orang Filistin nampak kesateria mereka itu sudah mati, mereka melarikan diri.
52Dan para lelaki Israel dan Yehuda bangkit, dan bersorak, dan mengejar orang Filistin, sampai kamu tiba ke lembah itu, dan ke pintu-pintu gerbang Ekron. Dan orang-orang Filistin yang terluka rebah di perjalanan menuju ke Saarim, bahkan ke Gat, dan ke Ekron.
53Dan bani Israel kembali dari pengejaran orang Filistin, dan mereka menjarah khemah-khemah mereka.
54Dan Daud mengambil kepala orang Filistin itu, dan membawanya ke Yerusalem; tetapi dia menaruh senjata perisainya di khemahnya.
55Dan ketika Saul nampak Daud maju menentang orang Filistin, dia berkata kepada Abner, hulubalang angkatan, Abner, anak siapa teruna itu? Dan Abner berkata, Demi hidup jiwamu, ya raja, aku tidak tahu.
56Dan raja itu berkata, Kamu tanyalah anak siapa pemuda itu.
57Dan sementara Daud kembali dari pembunuhan orang Filistin itu, Abner mengambilnya, dan membawanya menghadap Saul dengan kepala orang Filistin itu di tangannya.
58Dan Saul berkata kepadanya, Anak siapakah kamu, hai lelaki muda? Dan Daud menjawab, Akulah anak kepada hambamu Isai, orang Betlehem itu.