1Dan Daud berkata di dalam hatinya, Aku akan sekarang binasa pada suatu hari di tangan Saul: tiada apa pun yang lebih baik untuk diriku selain melucutkan diri dengan lekas ke kawasan tanah orang Filistin; dan Saul akan kehilangan harapan terhadap diriku, untuk mencariku lagi di mana-mana persisiran Israel: demikian akan aku terlepas dari tangannya.
2Dan Daud bangkit, dan dia menyeberang bersama enam ratus orang yang ada bersamanya kepada Akhis, anak lelaki kepada Maokh, raja Gat.
3Dan Daud berdiam bersama Akhis di Gat, dia dan orang-orangnya, setiap orang dengan rumah tangganya, malah Daud dengan dua orang isterinya, Ahinoam, perempuan Yizreel, dan Abigail, perempuan Karmel, isteri kepada Nabal.
4Dan diberitahulah kepada Saul bahawa Daud telah melarikan diri ke Gat: dan dia tidak mencarinya lagi .
5Dan Daud berkata kepada Akhis, Jika aku telah menemui rahmat di matamu, biarlah mereka memberiku sesuatu tempat di sesuatu kampung di desa, supaya aku dapat berdiam di sana: sebab harus mengapakah hambamu berdiam di kota diraja bersamamu?
6Kemudian Akhish memberinya Ziklag pada hari itu: lantaran itu Ziklag merupakan sebahagian kawasan raja-raja Yehuda sampai ke hari ini.
7Dan jangka masa yang didiami Daud di negara orang Filistin menggenapi satu tahun dan empat bulan.
8Dan Daud dan para lelakinya naik, dan menyerang orang Gesur, dan orang Girzi, dan orang Amalek: sebab bangsa-bangsa itu merupakan dari dahulukala para penghuni tanah itu, sementara kamu pergi menghala ke Syur, bahkan sampai ke tanah Mesir.
9Dan Daud menyerang kawasan itu, dan tidak meninggalkan baik lelaki mahupun perempuan hidup, dan mengambil domba, dan lembu, dan keldai, dan unta, dan pakaian, lalu pulang dan datang kepada Akhish.
10Dan Akhis bertanya, Jalan manakah kalian buka pada hari ini? Dan Daud berkata, Menentang selatan Yehuda, dan menentang selatan orang Yerahmeel, dan menentang selatan orang Keni.
11Dan Daud tidak menyelamatkan baik lelaki mahupun perempuan supaya hidup dan membawa khabar ke Gat. Daud berkata, Supaya jangan mereka membawa khabar kami, dengan berkata, Daud berbuat demikian, dan demikian juga akan menjadi ragamnya sepanjang waktu dia berdiam di kawasan orang Filistin.
12Dan Akhis percaya kepada Daud, dengan berkata, Dia telah menjadikan dirinya betul-betul dibenci umatnya di Israel; oleh sebab itu, dia akan menjadi hambaku untuk selamanya.