1 Samuel 30

1 Samuel 30

1Dan terjadilah, ketika Daud dan angkatannya sampai ke Ziklag pada hari yang ketiga, bahawa orang Amalek telah menyerbu kawasan selatan, dan Ziklag, dan telah membakarnya dengan api;

2Dan telah mengambil para perempuan yang ada di sana sebagai tawanan: mereka tidak membunuh sesiapa pun, baik yang besar mahupun yang kecil, tetapi menggiring sekaliannya, dan kemudian meneruskan perjalanan mereka.

3Jadi Daud dan angkatannya sampai ke kota, dan melihat bahawa ia dibakar dengan api; dan isteri-isteri mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan anak-anak perempuan mereka, telah diambil sebagai tawanan.

4Kemudian Daud dan umat yang ada bersama dengannya mengangkat suara mereka dan menangis, sehingga mereka tiada lagi tenaga untuk menangis.

5Dan dua isteri Daud telah diambil sebagai tawanan, Ahinoam, perempuan Yizreel, dan Abigail, isteri Nabal orang Karmel itu.

6Dan Daud amat tertekan; sebab umat itu berkata-kata ingin merejamnya, kerana jiwa seluruh umat didukakan, setiap lelaki masing-masing bagi anak-anak lelakinya dan bagi anak-anak perempuannya: namun Daud menggalakkan dirinya sendiri dalam TUHAN Allahnya.

7Dan Daud berkata kepada Abyatar imam itu, iaitu anak kepada Ahimelekh, Aku mohon kepadamu, bawa kepadaku efod. Dan Abyatar membawa efod itu kepada Daud.

8Dan Daud bertanya kepada TUHAN, dengan berkata, Haruskah aku mengejar pasukan askar itu? haruskah aku memotong mereka? Dan dia menjawabnya, Kejar: sebab kamu pasti akan memotong mereka, dan tidak gagal untuk memulihkan segalanya.

9Jadi, Daud pergi, dia dan enam ratus orang yang ada bersamanya, dan sampai ke anak sungai Besor, tempat yang orang yang ketinggalan berhenti.

10Tetapi Daud mengejar, dia dan empat ratus orang: sebab dua ratus tertinggal di belakang, yang sebegitu lemah sehingga mereka tidak dapat melintasi anak sungai Besor.

11Dan mereka menemui seorang Mesir di ladang, dan menghadapnya ke Daud, lalu memberi dia roti, dan orang Mesir itu makan; dan mereka menjadikannya meminum air;

12Dan mereka memberi dia sepotong kuih ara, dan dua gugusan kismis: dan sesudah dia makan, semangatnya kembali semula kepadanya: sebab dia tidak makan apa pun roti, dan tidak minum apa pun air, tiga hari dan tiga malam.

13Dan Daud berkata kepadanya, Kamu dimiliki siapa? dan dari manakah kamu datang? Dan dia menjawab, Aku seorang teruna Mesir, hamba kepada orang Amalek; dan tuanku telah meninggalkanku, kerana tiga hari lalu aku jatuh sakit.

14Kami telah menyerbu kawasan selatan orang Kreti, dan daerah di pinggir yang dimiliki Yehuda, dan di selatan Kaleb; dan kami membakar Ziklag dengan api.

15Dan Daud berkata kepadanya, Dapatkah kamu membawaku kepada gerombolan itu? Dan dia berkata, Sumpah kepadaku demi Allah, bahawa kamu tidak akan membunuhku atau menyerahkanku kepada tangan tuanku, dan aku akan membawamu ke gerombolan itu.

16Dan sesudah dia membawa Daud ke sana, lihatlah, mereka telah berselerak luas di bumi, sementara makan dan minum, dan menari, kerana segala jarahan yang telah dirampas mereka dari tanah orang Filistin, dan dari tanah orang Yehuda.

17Dan Daud memukul kalah mereka dari senjakala sampai ke petang keesokan hari: dan tiada seorang lelaki pun terlepas di antara mereka, kecuali empat ratus orang teruna, yang menunggang unta dan melarikan diri.

18Dan Daud memulihkan segalanya yang telah diambil orang Amalek: dan Daud menyelamatkan kedua-dua isterinya.

19Dan tiada apa pun yang kekurangan pada mereka, baik yang kecil mahupun yang besar, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, dan jarahan, dan apa pun yang telah diambil orang Amalek: Daud telah memulihkan segalanya.

20Dan Daud mengambil semua kawanan dan ternakan, yang telah digiring mereka mendahului ternakan yang lain itu, dan berkata, Inilah jarahan Daud.

21Dan Daud datang kepada dua ratus orang lelaki itu, yang sebegitu lemah sehingga mereka tidak dapat mengikuti Daud, dan yang juga telah dijadikan untuk berdiam di anak sungai Besor: dan mereka pergi untuk bertemu dengan Daud, dan untuk bertemu dengan umat itu yang ada bersamanya: dan ketika Daud sampai ke orang-orang itu, dia memberi salam kepada mereka.

22Kemudian berjawablah semua orang durjana dan orang-orang Belial dari kalangan orang yang pergi bersama Daud, dan berkata, Kerana mereka tidak mengikuti kita, kita tidak akan memberi mereka apa pun dari jarahan yang telah dipulihkan kita, kecuali kepada setiap orang masing-masging dia punya isteri dan anak-anaknya, supaya mereka dapat membawanya pulang, dan berangkat pergi.

23Kemudian Daud berkata, Kalian tidak akan berbuat demikian, hai saudara-saudaraku, dengan apa yang telah diberi TUHAN kepada kita, yang telah mengekalkan kita, dan yang telah menyerahkan gerombolan yang menentang kita itu ke dalam tangan kita.

24Sebab siapakah yang akan mengendahkan kalian dalam hal ini? tetapi seperti bahagian kepada dia yang pergi ke pertempuran, demikian juga bahagian kepada orang yang tinggal disamping barang-barang: ia akan dibahagikan sama rata.

25Dan demikianlah mulai hari itu, bahawa Daud menjadikan itu peraturan dan ordinan untuk Israel sampai ke hari ini.

26Dan ketika Daud sampai ke Ziklag, dia menghantar jarahan kepada para penatua Yehuda, bahkan kepada sahabat-sahabatnya, dengan berkata, Lihatlah pemberian bagi kalian dari jarahan musuh-musuh TUHAN.

27Kepada mereka yang berada di Betel, dan kepada mereka yang berada di bahagian selatan Ramot, dan kepada mereka yang berada di Yatir,

28Dan kepada mereka yang berada di Aroer, dan kepada mereka yang berada di Sifmot, dan kepada mereka yang berada di Estemoa,

29Dan kepada mereka yang berada di Rakhal, dan kepada mereka yang berada di kota-kota orang Yerahmeel, dan kepada mereka yang berada di kota-kota orang Keni,

30Dan kepada mereka yang berada di Horma, dan kepada mereka yang berada di Korasan, dan kepada mereka yang berada di Atakh,

31Dan kepada mereka yang berada di Hebron, dan kepada semua tempat yang biasa dikunjungi Daud sendiri dan orang-orangnya.