2 Kings 19

2 Raja-Raja 19

1Dan terjadilah, ketika raja Hizkia mendengar itu, bahawa dia mengoyak bajunya, dan menutupi dirinya dengan kain kabung, lalu pergi ke rumah TUHAN.

2Dan dia mengutus Elyakim, yang mengepalai rumah tangga, dan Sebna, seorang jurutulis, dan para penatua imam-imam, ditutupi dengan kain kabung, ke nabi Yesaya anak kepada Amos.

3Dan mereka berkata kepadanya, Demikianlah kata Hizkia, Pada hari kesesakan ini, dan penistaan, dan kekufuran: sebab anak-anak sudah sampai ke waktu kelahiran, dan tiada kekuatan untuk melahirkan.

4Ia mungkin TUHAN Allahmu akan mendengar segala kata Rabsyakeh, yang raja Asyur, tuannya, telah utus untuk mencerca Allah Yang Maha Hidup; dan akan mencela kata-kata yang TUHAN Allahmu telah mendengar: lantaran itu, naikkanlah doamu bagi sisa-sisa yang tertinggal.

5Jadi hamba-hamba raja Hizkia datang kepada Yesaya.

6Dan Yesaya berkata kepada mereka, Demikianlah kalian akan berkata kepada tuanmu, Beginilah firman TUHAN, Jangan takut akan kata-kata yang telah kamu dengar, yang dengan itu hamba-hamba raja Asyur telah mengkufuriku.

7Lihatlah, aku akan menyampaikan suatu letupan ke atas dia, dan dia akan mendengar suatu khabar, dan akan kembali kepada tanahnya sendiri; dan aku akan menyebabkan dia tertewas oleh pedang di tanahnya sendiri.

8Maka Rabsyakeh pulang, dan mendapati raja Asyur sedang berperang dengan Libna: sebab dia telah mendengar bahawa dia telah berangkat dari Lakhis.

9Dan ketika dia mendengar khabar Tirhaka, iaitu raja Etiopia, Lihatlah, dia sudah keluar untuk berlawan denganmu: dia mengutus para utusan semula kepada Hizkia, dengan berkata,

10Demikianlah akan kalian berucap kepada Hizkia raja Yehuda, dengan berkata, Jangan biar Allahmu, yang kamu percayai itu memperdayakanmu, dengan berkata, Yerusalem tidak akan diserahkan ke dalam tangan raja Asyur.

11Lihatlah, kamu telah mendengar apa yang para raja Asyur telah buat kepada segala negeri yang lain, dengan membinasakan mereka sepenuh-penuhnya: dan akankah kamu diselamatkan?

12Sudahkah allah-allah bangsa-bangsa menyelamatkan orang yang telah bapa-bapa leluhurku binasakan; seperti Gozan, dan Haran, dan Rezef, dan bani Eden yang ada di Telasar?

13Di manakah raja Hamat, dan raja Arpad, dan raja kota Sefarwaim, raja Hena, dan Iwa?

14Dan Hizkia menerima surat itu daripada tangan para utusan, dan membacanya: dan Hizkia naik ke rumah TUHAN, lalu membentangkannya di hadapan TUHAN.

15Dan Hizkia berdoa di hadapan TUHAN, dan berkata, ya TUHAN Allah Israel, yang berdiam di antara kerubim, engkaulah Allah, yakni engkau sendiri, di seluruh kerajaan-kerajaan bumi; engkau telah menjadikan syurga dan bumi.

16TUHAN, sendenglah telingamu, dan dengar: bukalah, TUHAN, matamu, dan lihat: dan dengar kata-kata Sanherib, yang telah mengutus orang itu untuk mencerca Allah Yang Maha Hidup.

17Sememangnya benar, TUHAN, raja-raja Asyur telah membinasakan bangsa-bangsa dan tanah mereka.

18Dan telah mencampak allah-allah mereka ke dalam api: sebab ia bukan allah, tetapi hasil kerja tangan manusia, kayu dan batu: oleh sebab itu, mereka telah membinasakan mereka.

19Maka sekarang, ya TUHAN Allah kami, aku merayu kepadamu, selamatkanlah kami dari tangannya, supaya seluruh kerajaan bumi akan tahu bahawa engkau TUHAN Allah, yakni engkau sahaja.

20Kemudian Yesaya anak kepada Amos mengutus orang kepada Hizkia, dengan berkata, Beginilah firman TUHAN Allah Israel, Apa yang telah kamu berdoa kepadaku terhadap Sanherib, raja Asyur, telah aku dengar.

21Inilah firman yang TUHAN telah ucapkan berkenaan dia; Anak perempuan dara Sion telah memandang hina dirimu, dan telah mengetawakanmu dengan cemuh; anak perempuan Yerusalem telah menggeleng-geleng kepala terhadapmu.

22Siapakah yang telah kamu cerca dan kufuri? dan terhadap siapakah telah kamu sanjungi suaramu, dan mengangkat matamu tinggi-tinggi? terhadap Yang Maha Esa Israel.

23Oleh para utusanmu kamu telah mencerca Tuhan, dan telah berkata, Dengan banyak kereta kudaku telah aku datang ke ketinggian gunung-gunung, ke persisiran Libanon, dan akan menumbangkan pokok-pokok sedar yang tinggi di sana, dan pokok-pokok fir terpilih di sana: dan aku akan memasuki kediaman-kediaman batasan-batasannya, dan ke dalam hutan Karmelnya.

24Aku telah menggali dan meminumi air yang asing, dan dengan tumit kakiku telah mengeringkan semua sungai tempat-tempat yang telah dikepung.

25Tidakkah kamu telah dengar dahulu kala bagaimana aku telah berbuat demikian, dan dari zaman purba bahawa aku yang telah membentuknya? sekarang aku yang telah menjadikan itu, supaya kamu berdaya menjadikan kota-kota bertembok longgok-longgok reruntuh.

26Oleh sebab itu, para penghuni mereka kecil kuasanya, mereka dikecewakan dan dikelirukan; mereka seperti rumput ladang, dan adalah seperti tumbuhan hijau, seperti rumput di atas rumah, dan seperti jagung yang telah terurai sebelum ia dapat bertumbuh matang.

27Tetapi aku mengenal kediamanmu, dan pemergianmu keluar, dan kedatanganmu masuk, dan keberanganmu terhadapku.

28Oleh sebab keberanganmu terhadapku dan kacau-bilaumu telah naik ke telingaku, maka aku akan meletakkan cangkukku ke dalam hidungmu, dan kekangku ke dalam bibirmu, dan aku akan memalingkanmu balik menurut jalan yang kamu pakai.

29Dan ini yang akan menjadi tanda kepadamu, Kalian akan makan pada tahun ini apa yang bertumbuh semula jadinya, dan pada tahun kedua apa yang bertumbuh dengan sama; dan pada tahun ketiga kalian akan menabur, dan menuai, dan menanam kebun anggur, dan makan buah hasilnya.

30Dan sisa-sisa bani Yehuda yang telah terlepas akan sekali lagi berakar ke bawah, dan menghasilkan buah ke atas.

31Sebab dari Yerusalem akan pergi suatu sisa, dan mereka yang terlepas dari gunung Sion: keghairahan TUHAN angkatan alam semesta akan berbuat demikian.

32Oleh sebab itu, beginilah firman TUHAN berkenaan raja Asyur, Dia tidak akan memasuki kota ini, atau menembak anak panah di sana, atau datang di hadapannya dengan perisai, atau mendirikan suatu tembok kepungan terhadapnya.

33Menurut jalan di mana dia datang, dengan jalan yang sama akan dia pulang, dan tidak akan memasuki kota ini, firman TUHAN.

34Sebab aku akan mempertahankan kota ini, untuk menyelamatkannya, demi diriku sendiri, dan demi hambaku, Daud.

35Dan ia akan terjadi pada malam itu, bahawa malaikat TUHAN keluar, dan memukul di dalam khemah orang Asyur seratus empat kali dua puluh dan lima ribu: dan apabila mereka bangun pada awal pagi, lihatlah, mereka semua sudah jadi bangkai orang mati.

36Maka raja Sanherib, raja Asyur bertolak, dan pergi pulang, dan berdiam di Niniwe.

37Dan terjadilah, ketika dia sedang bersembahyang di rumah Nisrokh, allahnya, bahawa Adramelekh dan Sarezer, yakni anak-anak lelakinya, menewaskannya dengan pedang: dan mereka melarikan diri ke negeri Armenia. Dan Esarhadon, anak lelakinya, menggantikannya bertakhta.