2 Kings 2

2 Raja-Raja 2

1Dan terjadilah, ketika TUHAN mahu mengambil Elia atas ke syurga melalui puting beliung, bahawa Elia berangkat dengan Elisa dari Gilgal.

2Dan Elia berkata kepada Elisa, Tunggulah di sini, aku mohon kepadamu; sebab TUHAN telah mengutusku ke Betel. Dan Elisa berkata kepadanya, Sementara TUHAN hidup, dan sementara jiwamu hidup, aku tidak akan meninggalkanmu. Maka mereka turun ke Betel.

3Dan kaum nabi lelaki yang berada di Betel menampilkan diri kepada Elisa, dan berkata kepadanya, Tidak tahukah kamu bahawa TUHAN akan mengambil tuanmu daripada menjadi kepalamu pada hari ini? Dan dia berkata, Ya, aku tahu itu; kalian tahanlah suaramu.

4Dan Elia berkata kepadanya, Elisa, tunggulah di sini, aku mohon kepadamu; sebab TUHAN telah mengutusku ke Yerikho. Dan dia berkata, Sementara TUHAN hidup, dan sementara jiwamu hidup, aku tidak akan meninggalkanmu. Maka mereka sampai ke Yerikho.

5Dan kaum nabi lelaki yang berada di Yerikho datang kepada Elisa, dan berkata kepadanya, Tahukah kamu bahawa TUHAN akan mengambil tuanmu daripada menjadi kepalamu pada hari ini? Dan dia menjawab, Ya, aku tahu itu; kalian tahanlah suaramu.

6Dan Elia berkata kepadanya, Tunggulah, aku mohon kepadamu, di sini; sebab TUHAN telah mengutusku ke Yordan. Dan dia berkata, Sementara TUHAN hidup, dan sementara jiwamu hidup, aku tidak akan meninggalkanmu. Dan mereka melanjutkan perjalanan mereka.

7Dan lima puluh kaum nabi lelaki pergi, dan berdiri untuk melihat jauh-jauh: dan mereka berdua berdiri di tepi Yordan.

8Dan Elia mengambil jubahnya, dan menggulungkannya bersama, dan memukul air itu, dan air terbahagi di sebelah sini dan sebelah sana, sehingga mereka berdua menyeberang atas tanah yang kering.

9Dan terjadilah, sesudah mereka sampai di seberang, bahawa Elia berkata kepada Elisa, Mintalah apa yang hendak aku lakukan bagimu, sebelum aku diambil daripadamu. Dan Elisa berkata, aku bermohon kepadamu, biar dua kali ganda bahagian rohmu di beri kepadaku.

10Dan Elia berkata, Kamu telah minta sesuatu yang sukar: walau bagaimanapun, jika kamu melihatku ketika aku diambil daripadamu, maka ia akan terjadi demikian bagimu; tetapi jika tidak, maka demikian tidak akan terjadi.

11Dan terjadilah, sementara mereka masih lanjut dan berkata-kata, bahawa, lihatlah, muncullah sebuah pedati api, dan kuda-kuda api, lalu memisahkan mereka berdua; dan Elia pergi melalui suatu puting beliung ke syurga.

12Dan Elisa nampak itu, dan berseru, Bapaku, bapaku, kuda-kuda Israel, dan penunggang-penunggang kudanya. Dan Elisa tidak melihatnya lagi: lalu dia mengambil bajunya sendiri, dan mengoyaknya kepada dua bahagian.

13Dia mengambil juga jubah Elia yang terjatuh daripadanya, dan berangkat balik, lalu berdiri di tebing sungai Yordan;

14Dan dia mengambil jubah Elia yang terjatuh daripadanya, dan memukul air, dan berkata, Di manakah TUHAN Allah Elia? dan sesudah dia juga telah memukul air, ia terbahagi ke sebelah sini dan ke sebelah sana: dan Elisa menyeberang lalu.

15Dan ketika kaum nabi lelaki yang harus memandang dari Yerikho melihat dia, mereka berkata, Roh Elia berdiam pada Elisa. Dan mereka datang untuk menemuinya, lalu bersujud ke tanah di hadapannya.

16Dan mereka berkata kepadanya, Lihatlah sekarang, ada bersama hamba-hambamu lima puluh orang kuat; biarlah mereka pergi, kami mohon kepadamu, dan mencari tuanmu: supaya jangan mungkin Roh TUHAN telah mengangkatnya, dan meletakkannya ke atas sesebuah gunung, atau ke dalam sesuatu lembah. Dan Elisa berkata, Kalian janganlah utus.

17Dan ketika mereka mendesaknya sehingga Elisa rasa malu, dia berkata, Utuslah. Maka mereka mengutus lima puluh lelaki; dan mereka mencari untuk tiga hari, tetapi tidak menemuinya.

18Dan ketika mereka kembali semula kepadanya, (sebab Elisa menunggu di Yerikho,) dia berkata kepada mereka, Bukankah aku berkata kepada kalian, Janganlah pergi?

19Dan kaum lelaki kota itu berkata kepada Elisa, Lihatlah, aku mohon kepadamu, situasi di kota ini menyenangkan, seperti yang dilihat tuanku: tetapi airnya ketiadaan, dan tanahnya tandus.

20Dan dia berkata, Bawalah kepada diriku sebuah bekas baru, dan taruhlah garam ke dalamnya. Dan mereka membawa itu kepadanya.

21Dan dia maju ke mata air, lalu melemparkan garam itu di sana, lalu berkata, Beginilah firman TUHAN, aku telah menyembuh air ini; tiada lagi dari sana apa pun lagi maut atau tanah tertandus.

22Maka air-air itu disembuhkan sampai kepada hari ini, menurut pepatah Elisa yang dibicarakannya.

23Dan Elisa naik dari sana ke Betel: dan dalam perjalanannya naik, muncullah kanak-kanak dari kota itu, lalu mencemuhnya, dan berkata kepadanya, Naiklah, si botak; naiklah, si botak.

24Dan Elisa berpaling belakang, dan memandang kepada mereka, dan mengutuk mereka dalam nama TUHAN. Dan datanglah dua beruang bentina dari hutan, dan mencabik-cabik empat puluh dua kanak-kanak daripada mereka.

25Dan Elisa pergi dari sana ke gunung Karmel dan dari sana dia kembali ke Samaria.