2 Kings 22

2 Raja-Raja 22

1Yosia berumur lapan tahun ketika dia mula memerintah, dan dia memerintah selama tiga puluh dan satu tahun di Yerusalem. Dan nama ibunya ialah Yedida, anak perempuan kepada Adaya dari Bozkat.

2Dan dia berbuat apa yang benar di pandangan TUHAN, dan berjalan di dalam jalan Daud ayahnya, dan tidak berpaling ke kanan atau ke kiri.

3Dan terjadilah pada tahun kelapan belas raja Yosia, bahawa raja itu mengutus Safan, anak lelaki kepada Azalya, anak lelaki kepada Mesulam, jurutulis itu, ke rumah TUHAN, dengan berkata,

4Pergilah naik kepada Hilkia, imam besar itu, supaya dia dapat menghitung jumlah perak yang telah dibawa ke dalam rumah TUHAN, iaitu apa yang telah dikumpulkan para penjaga pintu daripada umat:

5Dan biarlah mereka menyerahkan itu ke dalam tangan para pekerja, yang menjawat pengawasan di rumah TUHAN: dan biar mereka memberi itu kepada para pengerja kerja yang ada di rumah TUHAN, untuk memperbaiki lubang-lubang rumah itu,

6Kepada para tukang kayu, dan para pembina, dan para tukang batu, dan untuk membeli kayu dan batu pahat untuk memperbaiki rumah itu.

7Walau bagaimanapun, tiada perhitungan dibuat di kalangan mereka untuk wang yang telah diserah ke dalam tangan mereka, kerana mereka berurus dengan setia.

8Dan Hilkia, imam besar itu, berkata kepada Safan, jurutulis itu, Aku telah menemui kitab hukum di rumah TUHAN. Dan Hilkia memberi kitab itu kepada Safan, dan Safan membacanya.

9Dan Safan, jurutulis itu menghadap raja, dan membawa khabar itu semula kepada raja, dan berkata, Para hambamu telah mengumpulkan wang yang telah ditemui di rumah, dan telah menyerahkannya ke dalam tangan orang-orang yang mengerjakan kerja itu, yang menjawat pengawasan rumah TUHAN.

10Dan Safan, jurutulis itu, menunjukkan raja, dengan berkata, Hilkia, imam itu, telah menyerahkan suatu kitab kepadaku. Dan Safan membacanya di hadapan raja.

11Dan terjadilah, ketika raja itu mendengar kata-kata kitab hukum itu, bahawa dia mengoyak pakaiannya.

12Dan raja itu memerintahkan Hilkia, imam itu, dan Ahikam, anak kepada Safan, dan Akhbor, anak kepada Mikhaya, dan Safan, jurutulis itu, dan Asaya, seorang hamba kepada raja, dengan berkata,

13Kalian pergilah, dan mintalah petunjuk daripada TUHAN bagiku, dan bagi umat, dan bagi seluruh Yehuda, berkenaan kata-kata kitab ini yang telah ditemui: sebab besarlah murka TUHAN yang telah dinyalakan terhadap kita, kerana bapa-bapa leluhur kita yang tidak mengendahkan kata-kata kitab ini, untuk berbuat menurut segala yang telah ditulis berkenaan kita.

14Maka Hilkia, imam itu, dan Ahikam, dan Akhbor, dan Safan, dan Asaya, pergi kepada Hulda, nabiah itu, isteri kepada Salum, anak lelaki kepada Tikwa, anak lelaki kepada Harhas, penjaga almari pakaian; (dia berdiam di Yerusalem di kolej;) dan mereka bersekutu dengan dia.

15Dan perempuan itu berkata kepada mereka, Beginilah firman TUHAN Allah Israel, Beritahulah lelaki itu yang telah mengutus kalian kepadaku,

16Beginilah firman TUHAN, Aku akan menimpa celaka ke atas tempat ini, dan ke atas para penghuninya, bahkan semua kata-kata kitab yang telah dibaca raja Yehuda:

17Kerana mereka telah meninggalkanku, dan telah membakar dupaan kepada allah-allah lain, supaya mereka dapat memprovokasiku kepada kemarahan dengan segala pekerjaan tangan mereka; oleh sebab itu, murkaku akan dinyalakan terhadap tempat ini, dan tidak akan dipadamkan.

18Tetapi kepada raja Yehuda yang telah mengutus kalian untuk meminta petunjuk TUHAN, demikian akan kalian berkata kepadanya, Beginilah firman TUHAN Allah Israel, Mengenai kata-kata yang telah didengarmu;

19Oleh sebab hatimu lembut, dan kamu telah merendahkan dirimu di hadapan TUHAN, ketika kamu mendengar apa yang telah diucapkanku terhadap tempat ini, dan terhadap para penghuninya, bahawa mereka akan menjadi suatu pemusnahan dan suatu kutuk, dan telah mengoyak pakaianmu; Aku juga telah mendengarmu, firman TUHAN.

20Maka lihatlah, aku akan mengumpulkanmu kepada bapa-bapa leluhurmu, dan kamu akan dikumpulkan ke dalam kubur dengan damai sejahtera; dan matamu tidak akan melihat segala kecelakaan yang akan dibawaku untuk menimpa tempat ini. Dan mereka membawa khabar itu semula kepada raja.