2 Peter 2

2 Petrus 2

1Tetapi dahulu juga ada nabi-nabi palsu di antara umat, demikian pun akan ada guru-guru palsu di antara kalian, yang dengan terselindung akan membawa masuk bidaah yang terkutuk, bahkan menyangkal Tuhan yang telah membeli mereka, dan menimpa kepada diri mereka kebinasaan yang lekas.

2Dan banyak orang akan mengikut jalan-jalan mereka yang sangat merosak; oleh mereka jalan kebenaran akan disebut jahat.

3Dan melalui kedambaan, mereka dengan kata-kata yang pura-pura, akan menjadikan kalian sebagai barang dagangan: penghakiman mereka itu yang lama dari masa dahulu sekarang tidak berlengah-lengah lagi, dan penglaknatan mereka tidak terlelap.

4Sebab jika Allah tidak menyayangi para malaikat yang telah berdosa, tetapi membuang mereka ke dalam neraka, dan menyerahkan mereka kepada belenggu kegelapan, untuk disimpan bagi penghakiman;

5Dan tidak menyayangi dunia lama, tetapi menyelamatkan Nuh, orang yang ke lapan itu, seorang pengkhutbah kewajaran, sementara membawa air banjir kepada dunia orang yang tidak salih;

6Dan sementara mengubahkan kota-kota Sodom dan Gomora kepada abu telah mengutuk mereka dengan suatu penunggangbalikkan, dan menjadikan mereka suatu contoh kepada orang yang selepas mereka, yang ingin hidup dengan tidak salih;

7Dan menyelamatkan Lot yang benar, yang gemas dengan perangai kotor orang jahat:

8(Sebab orang benar yang berdiam di antara mereka itu, sementara melihat dan mendengar perbuatan mereka yang tidak tertib, menggemaskan jiwanya yang benar hari demi hari;)

9Tuhan tahu bagaimana menyelamatkan orang yang salih daripada pencubaan, dan untuk menyimpan orang yang tidak benar bagi hari penghakiman supaya dihukum:

10Tetapi terutamanya mereka yang hidup menurut daging di dalam nafsu kenajisan, dan membenci pemerintahan. Mereka memandai-mandai, keras kepala, dan tidak takut untuk bercakap buruk tentang para pembesar.

11Sementara malaikat pula, yang lebih berkuasa dan yang lebih kuat, tidak membawa tohmahan yang mencaci terhadap mereka di hadapan Tuhan.

12Namun mereka ini, bagaikan binatang buas semula jadi, yang telah dijadikan untuk ditangkap dan dibinasakan, mengucap jahat tentang apa yang mereka tidak faham; dan akan betul-betul binasa dalam kerosakan mereka sendiri;

13Dan akan menerima ganjaran ketidakwajaran, sebagai orang yang menganggapnya kenikmatan untuk berfoya-foya pada siang hari. Mereka merupakan noda dan cela, sementara bermain-main dengan pendayaan mereka sendiri ketika berjamuan dengan kalian;

14Sementara memiliki mata penuh dengan zina, dan tidak dapat berhenti daripada dosa; sedang kala memperdayakan jiwa-jiwa yang tidak stabil: suatu hati yang digiatkan mereka dengan amalan-amalan kedambaan; orang-orang terkutuk:

15Yang telah meninggalkan jalan yang betul, dan telah menyesat, menurut jalan Bileam anak Beor, yang mengasihi upah-upah ketidakwajaran;

16Tetapi telah ditegur bagi kedurjanaannya: keldai bisu yang bercakap dengan suara seorang manusia itu melarang kegilaan nabi itu.

17Mereka ini ialah perigi-perigi yang tidak berair, awan yang terbawa-bawa oleh ribut; kabut kegelapan telah disimpan bagi mereka untuk selamanya.

18Sebab apabila mereka mengucapkan kata-kata kesia-siaan yang hebat membusungkan dada, mereka dengan nafsu daging, dan dengan sikap suka merajalela banyak, memikat orang yang sudah tahir dan yang telah terlepas daripada orang yang hidup dalam kesalahan.

19Sementara mereka menjanjikan orang kebebasan, mereka sendiri ialah hamba kepada kerosakan: Sebab sesiapa yang ditakluki, dia dibelenggukan oleh orang yang menaklukinya.

20Sebab jika mereka sudah terlepas daripada pencemaran-pencemaran dunia melalui pengetahuan Tuhan dan Juruselamat Yesus Kristus, mereka sekali lagi terkusut di dalamnya, dan diatasi, maka keadaan terakhir mereka lebih teruk daripada keadaan permulaannya.

21Sebab ia lebih baik bagi mereka supaya tidak mengenal jalan-jalan kewajaran, daripada sesudah mereka mengenalnya, berpaling pula daripada perintah kudus yang disampaikan kepada mereka.

22Tetapi ini terjadi kepada mereka menurut amsal yang benar, Anjing berbalik kepada muntahnya semula; dan babi yang sudah dimandikan kepada pembenamannya di kubang.