1Karya yang sebelum ini telah aku tulis, ya Teofilus, tentang semua yang Yesus mula buat dan ajar,
2Sehingga hari yang dia telah dibawa naik, setelah dia melalui Roh Kudus memberi perintah-perintah kepada para rasul yang dipilihnya:
3Kepada mereka dia juga menunjukkan dirinya hidup selepas penderitaannya, dengan banyak bukti yang tidak dapat disangkal, sementara dilihat mereka selama empat puluh hari, dan berkata-kata tentang hal yang berkenaan kerajaan Allah:
4Dan, sementara berhimpun bersama mereka, dia memerintahkan mereka supaya jangan meninggalkan Yerusalem, tetapi, dia berkata, tunggu untuk janji Bapa itu yang telah didengar kalian daripadaku.
5Sebab Yohanes memang membaptis dengan air; tetapi kalian akan dibaptis dengan Roh Kudus dalam seberapa hari dari sekarang.
6Maka setelah mereka berkumpul bersama, mereka bertanya kepadanya, akankah kamu pada waktu ini memulihkan semula kerajaan kepada Israel?
7Dan dia berkata kepada mereka, Ia bukan bagi kalian untuk mengenal masa atau musim, yang telah diletakkan ke dalam kuasa Bapa sendiri.
8Tetapi kalian akan menerima kuasa, selepas Roh Kudus datang ke atas kalian: dan kalian akan menjadi saksi-saksi bagiku di kedua-dua Yerusalem dan di seluruh Yudea, dan di Samaria, dan sampai ke kawasan bumi yang paling hujung.
9Dan sesudah dia berbicara akan hal-hal ini, sementara mereka melihat, dia diangkat ke atas; dan awan menyambutnya tertutup daripada pandangan mereka.
10Dan sementara mereka memandang dengan tajam terhadap syurga ketika dia naik, lihatlah, dua orang berdiri bersampingan mereka berpakaian putih;
11Yang juga berkata, Hai para lelaki dari Galilea, mengapakah kalian berdiri merenung-renung ke syurga? Yesus yang sama ini, yang telah diangkat ke atas dari kalangan kalian ke syurga, juga akan datang dengan cara yang sama seperti yang telah kalian melihat dia ke syurga.
12Then returned they unto Jerusalem from the mount called Olivet, which is from Jerusalem a sabbath day's journey.
13And when they were come in, they went up into an upper room, where abode both Peter, and James, and John, and Andrew, Philip, and Thomas, Bartholomew, and Matthew, James the son of Alphaeus, and Simon Zelotes, and Judas the brother of James.
14Mereka semua berterusan sehati dalam doa dan permohonan, bersama para perempuan, dan Maria ibu Yesus, dan dengan saudara-saudara Yesus.
15Dan pada hari-hari itu, Petrus bangkit berdiri di tengah-tengah para murid lalu berkata, (nama yang terbilang bersama adalah di sekitar seratus dua puluh,)
16Hai kaum lelaki dan para saudara, nas kitab ini haruslah digenapi, yang telah Roh Kudus melalui mulut Daud ucap dahulu berkenaan Yudas, yang merupakan pemandu kepada mereka yang telah menangkap Yesus.
17Sebab dia terbilang di kalangan kami, dan telah memperoleh bahagian dalam pelayanan ini.
18Dalam pada itu, lelaki ini telah membeli sebuah ladang dengan memakai ganjaran kedurjanaan; dan sementara jatuh didahului kepala, dia telah terbelah di tengah-tengah, dan semua isi perutnya terpancut keluar.
19Dan itu diketahui semua para penghuni di Yerusalem; sehingga ladang itu dipanggil sewajarnya dalam bahasa lidah mereka sendiri, Hakaldama, iaitu, Ladang darah.
20Sebab ada tertulis dalam kitab Mazmur, Biarlah kediamannya menjadi musnah, dan jangan biar sesiapa pun berdiam di dalamnya: dan kebiskopannya biar orang lain ambil.
21Lantaran itu, dari kalangan para lelaki ini yang telah menemani kami sepanjang masa yang Tuhan Yesus keluar masuk di kalangan kami,
22Mulai waktu pembaptisan Yohanes, sampai ke hari yang sama Yesus diangkat dari antara kami, haruslah salah seorang ditahbis untuk menjadi saksi dengan kami bagi kebangkitannya.
23Dan mereka melantik dua orang, Yusuf yang dipanggil Barsabas, yang diberi nama panggilan Yustus, dan Matias.
24Dan mereka berdoa, dan berkata, Engkau, ya Tuhan, yang mengenal isi hati semua orang, tunjukkanlah mana satu di antara dua orang ini yang telah kamu pilih,
25Supaya dia dapat mengambil bahagian di dalam pelayanan dan kerasulian ini, yang telah dilucutkan Yudas oleh pelanggaran, supaya dia dapat pergi ke tempatnya sendiri.
26Dan mereka membuang undi mereka; dan undi itu kena kepada Matias; dan dia dibilang bersama sebelas rasul itu.