Acts 19

Kisah 19

1Dan terjadilah, bahawa, ketika Apolos berada di Korintus, Paulus sesudah melalui persisiran atas telah sampai ke Efesus: dan menemui beberapa orang murid,

2Dia berkata kepada mereka, Sudahkah kalian menerima Roh Kudus sejak kalian percaya? Dan mereka berkata kepadanya, Kami setakat mendengar pun tidak pernah kalau ada apa pun Roh Kudus.

3Lalu dia berkata kepada mereka, Maka kepada apakah kalian dibaptis? Dan mereka berkata, kepada pembaptisan Yohanes.

4Kemudian Paulus berkata, Yohanes sesungguhnya membaptis dengan pembaptisan pertaubatan, dengan berkata kepada orang, bahawa mereka patut percaya kepada dia yang akan datang selepas dia, iaitu, kepada Kristus Yesus.

5Apabila mereka mendengar itu, mereka pun dibaptis dalam nama Tuhan Yesus.

6Dan setelah Paulus menumpang tangannya ke atas mereka, Roh Kudus datang kepada mereka; dan mereka berkata-kata dalam bahasa lidah, dan bernubuat.

7Dan jumlah lelaki itu adalah sekitar dua belas orang.

8Dan dia pergi ke dalam saumaah, dan berbicara dengan berani untuk jangka masa tiga bulan, dengan bertikai dan menyakin akan hal-hal berkenaan kerajaan Allah.

9Tetapi ketika sesetengah orang berkeras hati, dan tidak percaya, tetapi berbicara jahat akan fahaman itu di hadapan orang ramai, dia meninggalkan mereka, lalu memisahkan para murid, dengan bertikai hari demi hari di kuliah sekolah kepunyaan Tiranus.

10Dan ini berterusan untuk jangka masa dua tahun; sehingga semua orang yang berdiam di Asia mendengar firman Tuhan Yesus, yakni kedua-dua orang Yahudi dan orang Yunani.

11Dan Allah menempa mukjizat-mukjizat yang istimewa dengan tangan Paulus:

12Sehingga dari tubuhnya disampaikan kepada orang-orang sakit sapu tangan dan apron, dan penyakit-penyakit itu terlepas daripada mereka, dan roh-roh jahat keluar dari mereka.

13Kemudian sesetengah daripada orang Yahudi yang kutu rayau, yang merupakan penghalau hantu, sendiri memikul tanggungjawab untuk memanggil ke atas orang yang ada roh-roh jahat nama Tuhan Yesus, dengan berkata, Kami menyumpahi kalian melalui Yesus yang dikhutbahkan Paulus.

14Dan ada di sana tujuh anak lelaki kepada Skewa, seorang Yahudi, dan ketua antara para imam, yang berbuat demikian.

15Dan roh jahat itu berjawab dan berkata, Yesus aku kenal, dan Paulus aku kenal; tetapi siapakah kalian?

16Dan orang yang ada roh jahat itu melompat ke atas mereka, lalu mengatasi mereka, dan mengalahkan mereka, sehingga mereka melarikan diri mereka dari rumah itu dengan telanjang dan berluka-luka.

17Dan hal itu diketahui semua orang Yahudi dan orang Yunani yang juga berdiam di Eesus; dan ketakutan menimpa mereka semua, dan nama Tuhan Yesus dibesar-besarkan.

18Dan banyak yang percaya datang, dan membuat pengakuan, dan menunjukkan perbuatan-perbuatan mereka.

19Kebanyakan mereka juga yang memakai seni sihir membawa kitab-kitab mereka bersama, dan membakarnya di hadapan semua orang: dan mereka mentaksir nilainya, dan mendapati ia bernilai lima puluh ribu wang perak.

20Demikianlah firman Allah bertumbuh kuat dan menang.

21Sesudah hal-hal itu berakhir, Paulus bertujuan dalam roh, ketika dia sudah melalui Makedonia dan Akhaya, untuk pergi ke Yerusalem, dengan berkata, Selepas aku berada di sana, aku juga harus mengunjungi Rom.

22Maka dia mengutus ke Makedonia dua orang yang melayaninya, yakni Timotius dan Erastus; tetapi Paulus sendiri tinggal di Asia untuk beberapa ketika.

23Dan pada masa yang sama bangkitlah keriuhan yang tidak kecil berkenaan fahaman itu.

24Sebab adanya orang yang bernama Demetrius, seorang tukang perak, yang membuat rumah-rumah berhala perak bagi dewi Diana, yang membawa untung yang tidak kecil bagi tukang-tukang mahir itu;

25Yang Demetrius panggil bersama dengan para pekerja yang ada bidang yang sama, dan berkata, Tuan-tuan, kalian tahu bahawa oleh pertukangan ini datangnya kemakmuran kita.

26Tambahan pula, kamu melihat dan mendengar, bahawa bukan sahaja di Efesus, tetapi juga hampir di seluruh Asia, Paulus ini telah meyakin dan memalingkan banyak orang, dengan berkata bahawa allah-allah ini bukan allah, iaitu yang dibuat oleh tangan.

27Sehingga bukan sahaja pertukangan kita ini berada dalam bahaya dianggap kosong; tetapi juga kuil dewi Diana yang akan dipandang hina, dan kemegahannya akan dibinasakan, yang disembahyangkan oleh seluruh Asia dan dunia.

28Dan sesudah mereka mendengar kata-kata itu, mereka dipenuhi dengan murka, dan berseru, dengan berkata, Besarlah Diana orang Efesus.

29Dan seluruh kota itu dipenuhi dengan kecelaruan: dan sementara menangkap Gayus dan Aristarkhus, iaitu orang Makedonia dan teman-teman Paulus dalam pengembaraannya, mereka meluru dengan semuafakat ke dalam panggung.

30Dan ketika Paulus sudah mahu masuk di kalangan orang-orang itu, para murid tidak mengizinkannya.

31Dan sesetengah pembesar Asia, yang merupakan sahabat Paulus, mengutus pesan kepadanya, dengan keinginan supaya Paulus tidak mengancam dirinya dengan memasuki panggung itu.

32Maka sesetengah orang menyeru sesuatu perkara, dan sesetengah lagi perkara yang lain: sebab perhimpunan itu celaru; dan sebahagian besar tidak tahu mengapa mereka telah berkumpul bersama-sama.

33Dan mereka mendorong Aleksander dari kalangan orang ramai, dan orang Yahudi yang menampilkannya ke depan. Dan Aleksander memberi isyarat dengan tangannya, lalu sudah mahu mengucap belaan diri kepada orang ramai.

34Tetapi ketika orang ramai tahu bahawa dia orang Yahudi, setiap orang dengan sebulat suara di sekitar dua jam lamanya berseru, Besarlah dewi Diana orang Efesus.

35Dan apabila panitera kota telah menenteramkan orang ramai, dia berkata, Hai orang Efesus sekalian, mana satu orang yang tidak tahu bahawa kota orang Efesus ialah penyembah kepada dewi maha besar Diana, dan penyembah kepada patung yang telah diturunkan dari Jupiter?

36Maka memandangkan hal-hal ini tidak dapat dipertikaikan, kalian haruslah berdiam, dan tidak bertindak dengan terburu-buru dalam apa pun.

37Sebab kalian telah membawa ke sini orang-orang ini, yang baik penyamun gereja-gereja bukan mahupun pengkufur dewimu pun bukan.

38Lantaran itu, jika Demetrius, dan para tukang mahir yang ada bersamanya, berperkara dengan mana-mana orang, hukum terbuka, dan adanya para pemangku: biarlah mereka saling menyaman sesama diri.

39Tetapi jika kalian menyoal apa-apa yang berkenaan dengan perkara lain, itu akan ditentukan di dalam perhimpunan yang sah di sisi undang-undang.

40Sebab kita berada di dalam bahaya disiasat bagi kekecohan hari ini, dengan tiada sebab yang dapat diberi kita sebagai perhitungan bagi perhimpunan besar ini.

41Dan sesudah dia berucap demikian, dia menyuraikan perhimpunan itu.