Acts 20

Kisah 20

1Dan sesudah rusuhan itu berhenti, Paulus memanggil para murid kepada dirinya, dan memeluk mereka, lalu berangkat untuk pergi ke Makedonia.

2Dan sesudah dia menjelajah kawasan-kawasan itu, dan telah memberi mereka banyak gesaan, dia memasuki Yunani,

3Dan di sana dia berdiam untuk tiga bulan. Dan ketika orang Yahudi menghendap untuknya, sementara dia hampir hendak berlayar ke Siria, dia berputus untuk kembali melalui Makedonia.

4Dan ada yang menemaninya ke Asia iaitu Sopater dari Berea; dan dari kalangan orang Tesalonika, adanya Aristarkhus dan Sekundus; dan Gayus dari Derbe, dan Timotius; dan dari Asia, adanya Tikhikus dan Trofimus.

5Mereka itu mendahului menantikan kami di Troas.

6Dan kami berlayar dari Filipi sesudah hari-hari roti tidak beragi, dan datang kepada mereka yang ada di Troas dalam masa lima hari; yang di sana kami berdiam untuk tujuh hari.

7Dan pada hari pertama minggu itu, ketika para murid datang bersama untuk memecahkan roti, Paulus berkhutbah kepada mereka, siap untuk bertolak keesokan harinya; dan meneruskan ucapannya sampai tengah malam.

8Dan ada banyak cahaya di kamar atas, di mana mereka berkumpul bersama.

9Dan ada yang duduk di tingkap itu seorang teruna yang bernama Eutikhus, sementara tertidur dengan tidur yang amat nyenyak: dan kerana Paulus berkhutbah dengan lama-lama, dia terlelap, lalu jatuh dari loteng tingkat ketiga, lalu diangkat dalam keadaan mati.

10Dan Paulus turun, dan rebah kepadanya, lalu memeluknya dan berkata, Janganlah susah payahkan diri kalian; sebab nyawanya masa ada di dalam dirinya.

11Maka sesudah Paulus kembali ke atas, dan telah memecahkan roti, dan makan, dan berbicara untuk lama masanya, bahkan sampai fajar menyinsing, di berangkat.

12Dan mereka membawa teruna itu hidup, dan terhibur bukan sedikit.

13Dan kami berangkat terlebih dahulu untuk ke kapal dan berlayar ke Asos, dan di sana berniat untuk menyambut Paulus: sebab demikianlah ditentukannya, sendiri ingin untuk berjalan kaki.

14Dan ketika dia bertemu dengan kami di Asos, kami menyambutnya masuk, dan sampai ke Metilene.

15Dan kami berlayar dari sana, lalu datang pada hari kemudian berhadapan dengan Khios,dan pada hari kemudian kami sampai ke Samos, dan berdiam di Trogilium; dan pada hari kemudian kami sampai ke Miletus.

16Sebab Paulus telah berputus untuk melayar melangkaui Efesus, kerana dia tidak mahu meluangkan masa di Asia: sebab dia bergegas, jika ia mungkin baginya, untuk berada di Yerusalem pada hari Pentakosta.

17Dan dari Miletus dia mengutus orang ke Efesus dan memanggil para penatua gereja.

18Dan sesudah mereka datang kepadanya, dia berkata kepada mereka, Kalian tahu, sejak hari pertama aku datang ke Asia, bagaimana ragamnya penghidupan aku bersama kalian pada setiap musim,

19Sementara melayani Tuhan dengan segala kerendahan hati, dan dengan banyak titisan air mata, dan pencubaan, yang telah menimpa diriku melalui orang Yahudi yang mendekam menanti-nantikanku.

20Dan bagaimana aku tidak menahan apa pun yang mampu menguntungkan kalian, tetapi telah menunjukkan kalian, dan telah mengajar kalian baik secara umum mahupun dari rumah ke rumah,

21Sambil bersaksi kepada orang Yahudi, dan juga kepada orang Yunani, tentang pertaubatan terhadap Allah, dan iman terhadap Tuhan Yesus Kristus kita.

22Dan sekarang, lihatlah, aku pergi terikat dalam roh ke Yerusalem, dengan tidak mengenal apa-apa yang akan menimpaku di sana:

23Kecuali apa yang Roh Kudus bersaksi di setiap kota, dengan berkata bahawa belenggu dan kesengsaraan sedang menantikanku.

24Tetapi tidak sebarang itu pun menggerakkan diriku, dan aku juga tidak menghitung nyawaku penting bagi diriku sendiri, supaya aku dapat mencapai garis akhir dengan sukacita, dan pelayanan itu, yang telah aku terima daripada Tuhan Yesus, untuk memberi kesaksian akan injil rahmat Allah.

25Dan sekarang, lihatlah, Aku tahu bahawa sekalian, yang di kalangan kalian telah aku pergi mengkhutbahkan kerajaan Allah, tidak akan lagi melihat wajahku.

26Lantaran itu, aku bersaksi kepada kalian pada hari ini, bahawa aku bersih daripada darah semua orang.

27Sebab aku tidak menyahkan pengisytiharaan segala nasihat Allah kepada kalian.

28Maka berjaga-jaga bagi diri kalian, dan bagi seluruh kawanan, yang ke atasnya Roh Kudus telah menjadikan kalian sebagai penyelia, untuk memberi makan kepada gereja Allah, yang telah dia beli dengan darahnya sendiri.

29Sebab aku tahu ini, iaitu bahawa sepeninggalanku nanti akan serigala-serigala buas memasuki kalangan kalian, dan tidak akan melepaskan kawanan ini.

30Bahkan dari kalangan kalian sendiri akan bangkit orang yang akan berbicara hal yang babil untuk menarik murid-murid kepada diri mereka.

31Oleh sebab itu, berjaga-jaga, dan ingat, bahawa dalam jangka masa tiga tahun aku tidak terhenti-henti memberi amaran kepada setiap orang siang dan malam dengan tangisan.

32Dan sekarang, saudara sekalian, aku memperakukan kalian kepada Allah, dan kepada firman rahmatnya, yang mampu membina kalian, dan mampu memberi kalian suatu warisan di kalangan semua orang yang telah dikuduskan.

33Aku tidak pernah mendambakan perak, atau emas, atau pakaian sesiapa pun.

34Ya, kalian sendiri pun tahu, bahawa tanganku ini telah bekerja untuk keperluan-keperluanku, dan untuk mereka yang bersamaku.

35Aku telah menunjukkan kepadamu segalanya, bagaimana dengan berjerih lelah sedemikian kalian patut menyokong yang lemah, dan ingatlah kata-kata Tuhan Yesus, bagaimana dia berkata, Ia lebih diberkati untuk memberi daripada menerima.

36Dan sesudah dia berbicara demikian, dia melutut, dan berdoa dengan mereka semua.

37Dan mereka semua menangis dengan keras sekali, lalu merangkul leher Paulus, dan mencium dia,

38Berduka paling banyak bagi kata-kata yang telah diucapkannya, bahawa mereka tidak akan melihat mukanya lagi. Dan mereka menemaninya ke kapal.