1Dan terjadilah, sesudah kami berangkat meninggalkan mereka, dan sudah berlayar, kami terus ke Kos, dan hari kemudian ke Rodos, dan dari sana ke Patara.
2Dan sesudah mendapati sebuah kapal yang melayar ke Fenisia, kami naik kapal itu, lalu bertolak.
3Dalam pada itu, ketika kami nampak Siprus, kami berlalu di sebelah kiri, lalu berlayar ke Siria, dan berlabuh di Tirus: sebab di situlah kapal menyampaikan muatannya.
4Dan sementara dapat menemui murid-murid, kami berdiam di sana untuk tujuh hari: mereka ini yang berkata kepada Paulus melalui Roh, bahawa Paulus tidak patut pergi ke Yerusalem.
5Dan sesudah kami menggenapi tempoh hari itu, kami bertolak pergi; dan mereka menghantar kami pergi, dengan isteri dan anak-anak, sehingga kami berada di luar kota: dan kami melutut di pantai, dan berdoa.
6Dan sesudah kami saling meminta diri, kami menaiki kapal; dan mereka pulang ke rumah.
7Dan sesudah kami menamat perjalanan kami dari Tirus, kami ke Ptolemais, dan memberi salam kepada saudara-saudara lalu berdiam dengan mereka untuk sehari.
8Dan pada hari kemudian kami yang daripada rombongan Paulus berangkat dan tiba di Kaisarea: dan kami memasuki rumah Filipus penginjil itu, yang merupakan salah seorang daripada tujuh orang itu; lalu kami berdiam bersama-samanya.
9Dan orang tersebut ada empat perempuan, yang perawan, yang boleh bernubuat.
10Dan sementara kita berdiam di situ untuk beberapa hari, ada datangnya dari Yudea seorang nabi yang bernama Agabus.
11Dan sesudah sampai kepada kami, dia mengambil tali pinggang Paulus lalu mengikat tangan dan kakinya sendiri, dan berkata, Beginilah firman Roh Kudus, Demikianlah orang Yahudi di Yerusalem mengikat si pemilik tali pinggang ini, dan akan menyerahkan dia ke dalam tangan orang bukan Yahudi.
12Dan sesudah kami mendengar hal-hal itu, kedua-dua pihak dari pihak kami, dan pihak dari tempat itu, merayu kepada Paulus supaya jangan naik ke Yerusalem.
13Kemudian Paulus menjawab, Apakah maksud kalian untuk meratap dan untuk menghancurkan hatiku? sebab aku sudah siap bukan sahaja untuk diikat tetapi juga untuk mati di Yerusalem demi nama Tuhan Yesus.
14Dan apabila Paulus tidak dapat dipujuk, kami berhenti, dengan berkata, Biar kehendak Tuhan terlaksana.
15Dan sesudah hari-hari itu berlalu, kami menaikki kereta-kereta kuda kami, dan berangkat ke Yerusalem.
16Ada yang menyertai kami juga sesetengah murid dari Kaisarea, dan membawa bersama mereka Manason dari Siprus, seorang murid yang tua, yang dengannya kami harus menumpang.
17Dan sesudah kami tiba ke Yerusalem, saudara-saudara menyambut kami dengan suka hati.
18Dan pada hari kemudian Paulus pergi bersama-sama kami kepada Yakobus; dan semua penatua ada hadir.
19Dan sesudah dia memberi salam kepada mereka, dia mengisytiharkan dengan terperinci hal-hal yang telah Allah tempa di kalangan orang bukan Yahudi melalui pelayannya.
20Dan sesudah mereka mendengar itu, mereka memuliakan Tuhan, dan berkata kepadanya, Lihatlah, hai saudara, betapa banyak ribu orang Yahudi yang percaya; dan mereka semua ghairah akan hukum:
21Dan mereka semua dimaklum tentang kamu, bahawa kamu mengajar semua orang Yahudi yang ada di kalangan orang bukan Yahudi untuk meninggalkan Musa, dengan berkata bahawa mereka tidak patut menyunat anak-anak mereka, dan juga tidak harus menuruti adat istiadat Yahudi.
22Maka bagaimana pula? orang ramai pasti akan perlu berkumpul: sebab mereka akan mendengar bahawa kamu sudah datang.
23Maka lakukanlah apa yang kami berkata kepadamu: Kami ada empat orang yang ada tengah bernazar;
24Bawalah mereka, dan tahirkanlah dirimu sendiri bersama mereka, dan tanggunglah perbelanjaan bersama mereka, supaya mereka dapat mencukur rambut kepala mereka: dan mereka semua akan tahu bahawa hal-hal itu, yang telah mereka dimaklumkan berkenaanmu, adalah tidak berasas; tetapi sebaliknya kamu juga menjalani hidup dengan tertib, dan memegang hukum.
25Bagi orang bukan Yahudi yang percaya, kami telah menulis dan membuat kesimpulan bahawa mereka tidak perlu mematuhi apa yang demikian, kecuali hanya untuk mereka menjauhkan diri mereka daripada apa yang dipersembahkan kepada patung-patung berhala, dan daripada darah, dan daripada binatang yang dicekik, dan daripada hal berkendak.
26Kemudian Paulus membawa orang-orang tersebut, dan pada hari kemudian sesudah mentahirkan dirinya bersama mereka, memasuki bait suci, untuk menandakan penyelesaian hari-hari pentahiran, sehingga persembahan harus dipersembahkan bagi setiap orang di antara mereka.
27Dan apabila tujuh hari itu hampir genap, orang Yahudi yang dari Asia, apabila mereka nampak Paulus di bait suci, menghasut semua rakyat, dan menangkap Paulus,
28Sambil berseru, Hai orang Israel, tolong: Inilah dia, yang mengajar semua orang di merata-rata tempat ajaran yang menentang rakyat, dan hukum, dan tempat ini: dan lagi bawa orang Yahudi masuk ke bait suci, dan telah mencemarkan tempat kudus ini.
29(Sebab mereka pernah melihat bersama Paulus di kota Trofimus dari Efesus, yang mereka anggap bahawa Paulus telah bawa ke dalam bait suci.)
30Dan seluruh kota tergempar, dan rakyat berlari bersama-sama: dan mereka menangkap Paulus, dan menarik dia keluar dari bait suci: dan pada ketika itu pintu-pintu gerbang tertutup.
31Dan sementara mereka keasyikan untuk membunuhnya, sampailah khabar kepada ketua kepala pasukan, bahawa seluruh Yerusalem heboh.
32Ketua kepala pasukan itu dengan serta-merta membawa askar-askar dan perwira-perwira, lalu berlari turun kepada mereka: dan ketika mereka melihat ketua kepala dan askar-askar itu, berhentilah mereka memukul Paulus.
33Kemudian ketua kepala mendekati, dan menangkap Paulus, dan memberi perintah supaya dia dibelenggu dengan dua rantai; dan menuntut siapakah dirinya, dan apakah yang telah dia buat.
34Dan sesetengah orang menyeru sesuatu, dan sesetengah orang hal lain, di kalangan orang ramai: dan ketika dia tidak dapat tahu apa yang sebenarnya menyebabkan kacau-bilau itu, dia memberi perintah supaya Paulus dibawa ke kastil.
35Dan ketika dia sampai ke tangga, demikianlah terjadi, bahawa dia didukung oleh askar-askar kerana keganasan rakyat.
36Sebab orang ramai rakyat itu mengekori dengan berseru, Nyahkanlah dia.
37Dan sementara Paulus harus dibawa ke dalam kastil, dia berkata kepada ketua kepala itu, Bolehkah aku bercakap denganmu? Yang pula berkata, Dapatkah kamu berbahasa Yunani?
38Bukankah kamu orang Mesir itu, yang dahulu hari-hari ini membuat heboh, dan membawa ke padang gurun empat ribu orang yang pembunuh?
39Tetapi Paulus berkata, Aku orang Yahudi dari Tarsus, kota di Kilikia, seorang warga kota yang bukan kecil: dan, aku merayu kepadamu, izinkanku berbicara kepada orang ramai.
40Dan sesudah ketua kepala itu memberi izin kepadanya, Paulus berdiri di tangga, lalu memberi isyarat dengan tangannya kepada rakyat itu. Dan sesudah ketenteraman besar dibuat, Paulus berbicara kepada mereka dalam bahawa Ibrani, dengan berkata,