Acts 5

Kisah 5

1Tetapi salah seorang lelaki yang bernama Ananias, dengan Safira, isterinya, telah jual sesuatu harta milik,

2Dan menyimpan sebahagian daripada hasil jualan itu, dan isterinya juga bersubahat dalam hal itu, lalu membawa sebahagian hasil jualan itu, dan meletakkannya di kaki para rasul.

3Tetapi Petrus berkata, Ananias, mengapakah Syaitan mengisi hatimu untuk berbohong kepada Roh Kudus, dan untuk menyimpan sebahagian hasil jualan tanah itu?

4Sementara ada, bukankah itu milikmu sendiri? dan setelah ia dijual, bukankah ia berada dalam kuasamu sendiri? mengapakah kamu menimbulkan hal ini dalam hatimu? kamu tidak berbohong kepada manusia, tetapi kepada Allah.

5Dan Ananias pada ketika mendengar kata-kata itu terjatuh, dan menyerahkan rohnya: dan ketakutan besar timbul kepada semua yang telah mendengar hal-hal itu.

6Dan para teruna bangun, mengikatnya, lalu mengusungnya keluar, dan menanamnya.

7Dan ia sekitar tempoh tiga jam kemudian, ketika isterinya, yang tidak tahu apa yang terjadi, masuk.

8Dan Petrus berjawab kepadanya, Beritahuku sama ada kalian menjual tanah itu untuk demikian banyak? Dan dia berkata, Ya, untuk demikian banyak.

9Kemudian Petrus berkata kepadanya, Bagaimana mungkin bahawa kalian sudah bersetuju bersama untuk mencubai Roh Tuhan? lihatlah, kaki orang-orang yang telah menanam suamimu berada di depan pintu, dan akan mengusungmu ke luar.

10Kemudian dia terjatuh dengan serta-merta di kaki Petrus: dan para teruna masuk, dan mendapati dia sudah mati, lalu sementara mengusungnya, menanamnya di sebelah suaminya.

11Dan ketakutan besar timbul kepada seluruh gereja, dan kepada sebanyak mana orang yang telah mendengar hal-hal itu.

12Dan melalui tangan rasul-rasul banyak tanda-tanda dan keajaiban-keajaiban telah dilakukan di antara rakyat; (dan mereka semua bersatu hati di serambi Salomo.

13Dan berkenaan yang lain, tidak seorang pun yang berani menyertakan dirinya kepada mereka: tetapi rakyat membesar-besarkan mereka.

14Dan para percayawan semakin ditambahkan kepada Tuhan, bilangan besar lelaki dan perempuan.)

15Sebanyak sehingga mereka membawa orang sakit ke jalan raya, dan membaring mereka ke atas tilam dan kerusi panjang, supaya sekurang-kurangnya bayang-bayang Petrus yang melintas mungkin terkena kepada sesetengah mereka.

16Ada juga datangnya keramaian dari kota-kota sekitar Yerusalem, dengan membawa orang-orang yang sakit, dan orang yang digemaskan roh-roh najis: dan mereka setiap orang disembuhkan.

17Kemudian imam besar bangkit, dengan semua orang yang ada bersamanya, (yang adalah daripada mazhab Saduki,) dan dipenuhi dengan kemarahan,

18Lalu menangkap para rasul itu, dan memasukkan mereka ke dalam penjara umum.

19Tetapi malaikat Tuhan, pada waktu malam, membuka pintu-pintu penjara, dan membawa mereka keluar, dan berkata,

20Pergi, berdiri dan berucap di bait suci kepada umat segala firman kehidupan ini.

21Dan ketika mereka mendengar itu, mereka memasuki bait suci pada awal pagi, lalu mengajar. Tetapi imam besar datang, dan mereka yang ada bersamanya, lalu memanggil untuk persidangan majlis, dan seluruh dewan senat bani Israel, dan mengutus kepada pihak penjara untuk membawa para rasul itu.

22Tetapi ketika para pegawai sampai, dan tidak menemui para rasul itu di penjara, mereka kembali, dan memberitahu,

23Dengan berkata, Penjara itu benar-benar didapati tertutup dengan segala keselamatan, dan para penjaga ada berdiri di luar di hadapan pintu-pintu: tetapi ketika kami membukanya, kami tidak menemui sesiapa pun di dalamnya.

24Ketika imam besar dan ketua bait suci dan para ketua imam mendengar hal-hal itu, mereka meraguinya bagi ke mana perkembangannya.

25Kemudian salah seorang datang dan memberitahu mereka, dengan berkata, Lihatlah, orang-orang yang kalian memasukkan ke dalam penjara sedang berdiri di bait suci, dan mengajar umat.

26Kemudian pergilah ketua dengan para pegawainya, lalu mengambil para rasul tanpa keganasan: sebab mereka takut akan umat, supaya jangan diri mereka direjam batu.

27Dan sesudah mereka membawa para rasul, mereka menempatkan para rasul di hadapan persidangan majlis: dan imam besar menanya para rasul,

28Dengan berkata, Bukankah kami dengan tegas memerintahkan kalian bahawa kalian tidak harus mengajar dalam nama ini? dan, lihatlah, kalian telah mengisi Yerusalem dengan doktrin kalian, dan berniat untuk menimpa darah orang ini ke atas diri kami.

29Lalu Petrus dan rasul-rasul lain menjawab dan berkata, Kami patut mentaati Allah daripada mentaati manusia.

30Dan Allah kepada bapa leluhur kita membangkitkan Yesus, yang kalian telah bunuh dan gantung di atas pokok.

31Dia yang telah disanjungi Allah dengan tangan kanannya untuk menjadi Penguasa dan Juruselamat, untuk memberi pertaubatan kepada Israel, dan pengampunan dosa.

32Dan kami merupakan saksi-saksinya akan hal-hal ini; dan demikian juga Roh Kudus, yang diberi Allah kepada orang yang mentaatinya.

33Sesudah mereka mendengar itu, mereka terhiris hati, lalu berkumpul membuat pertimbangan untuk membunuh para rasul itu.

34Kemudian berdirilah di sana seorang di majlis itu, seorang Farisi yang bernama Gamaliel, seorang doktor ilmu hukum, yang bereputasi tinggi di kalangan seluruh rakyat, dan memerintahkan untuk menjauhkan para rasul sebentar;

35Lalu berkata kepada mereka, Hai kalian lelaki Israel, endahkanlah diri kalian apa yang diniatkan kalian untuk buat berkenaan orang-orang ini.

36Sebab sebelum hari-hari itu bangkitlah Teudas, yang memegahkan dirinya sebagai orang yang istimewa; yang kepadanya seberapa bilangan lelaki, sekitar empat ratus orang, menyertainya: dan yang telah dibunuh; dan semua, seberapa banyak orang yang mentaatinya, telah diserakkan, dan dilenyapkan.

37Sesudah lelaki itu bangkitlah Yudas dari Galilea pada hari-hari waktu cukai, dan menarik banyak orang kepada dirinya: dia juga binasa; dan semua orang, yakni seberapa banyak yang mentaatinya, dileraikan.

38Maka sekarang aku berkata kepada kalian, Jangan mengapa-apakan orang-orang ini, dan biarlah mereka: sebab jika nasihat ini atau karya ini berasal dari manusia, maka ia pasti akan lenyap:

39Tetapi jika ia berasal dari Allah, maka kalian tidak dapat menunggangbalikkannya; supaya jangan kalian secara tidak sengaja didapati melawan Allah.

40Dan mereka bersetuju dengannya: dan sesudah mereka memanggil para rasul, dan memukul mereka, mereka memerintahkan supaya para rasul tidak harus berucap dalam nama Yesus, lalu melepaskan mereka.

41Dan para rasul meninggalkan sidang majlis itu, dengan bersukacita bahawa mereka diperhitung layak untuk menderita malu demi namanya.

42Dan hari demi hari di bait suci, dan di setiap rumah, mereka tidak berhenti untuk mengajar dan mengkhutbahkan Yesus Kristus.