Daniel 8

Daniel 8

1Pada tahun pemerintahan ketiga raja Belsyazar, suatu penglihatan dinampakkan kepadaku, yakni kepada diriku Daniel, sesudah yang telah dinampakkan kepadaku pertama-tama itu.

2Dan aku nampak di dalam penglihatan itu; dan terjadilah, ketika aku melihat, bahawa aku berada di Susan di istana, yang berada di wilayah Elam; dan aku nampak di dalam penglihatan, dan aku berada di sebelah sungai Ulai.

3Kemudian aku mengangkat pandangan mataku, dan nampak, dan lihatlah, adanya berdiri di hadapan sungai seekor domba jantan yang ada dua tanduk: dan dua tanduk itu tinggi; tetapi satu lebih tinggi daripada yang lain, dan yang tinggi itu terakhir yang beroleh naik.

4Aku nampak domba jantan itu menolak ke arah barat, dan ke arah utara, dan ke arah selatan; sehingga sebarang binatang pun tidak dapat bertahan di hadapannya, dan juga tiada sesiapa pun yang dapat menyelamat dari tangannya; tetapi dia berbuat menurut kehendaknya, lalu menjadi besar.

5Dan sementara aku memperhatikannya, lihatlah, seekor kambing jantan muncul dari sebelah barat di muka seluruh bumi, dan tidak menyentuh tanah: dan kambing itu ada tanduk yang ketara di tengah-tengah dua matanya.

6Dan dia datang kepada domba jantan yang ada dua tanduk itu, yang telah kulihat berdiri di hadapan sungai, lalu berlari ke kepadanya dalam keganasan kuasanya.

7Dan aku nampak dia mendekati domba jantan itu, dan dia tergerak hati oleh kegeramannya terhadapnya, lalu menyerang domba jantan itu, dan mematahkan dua tanduknya: dan tiada kuasa dalam domba jantan itu untuk bertahan di hadapan kambing itu, tetapi dihempaskannya dia ke bumi, dan diinjak-injakkannya: dan tiada sesiapa pun yang dapat melepaskan domba jantan itu dari tangannya.

8Oleh sebab itu, kambing jantan tersebut bertambah sungguh besar: dan ketika dia kuat, tanduk besar itu dipatahkan; dan baginya timbullah empat tanduk ketara terhadap empat mata angin syurga.

9Dan dari salah satu tanduk-tanduk itu, muncullah satu tanduk kecil, yang bertambah sungguh besar, ke arah selatan, dan ke arah timur, dan ke arah tanah yang permai.

10Dan ia bertambah besar, malah sampai kepada angkatan syurga; dan ia menghempaskan sesetengah dari antara angkatan dan dari antara bintang-bintang ke tanah, lalu menginjak-injak mereka.

11Ya, dia membesar-besarkan dirinya sampai kepada penguasa angkatan itu, dan melaluinya korban harian telah dicabut, dan kawasan tempat kudusnya dirobohkan.

12Dan suatu angkatan diberi kepadanya untuk menentang korban harian oleh sebab pelanggaran, dan ia menghempaskan kebenaran ke tanah; dan ia diamalkan dan beroleh makmur.

13Kemudian aku mendengar seorang kudus berbicara, dan seorang kudus lagi berkata kepada orang kudus yang berbicara itu, Berapa lama lagi akan penglihatan berkenaan korban harian, dan pelanggaran pemusnahan, untuk menyerahkan kedua-dua tempat kudus dan angkatan itu diinjak-injak kaki?

14Dan dia berkata kepadaku, Sampai jangka masa dua ribu dan tiga ratus hari; kemudian tempat kudus itu akan ditahirkan.

15Dan ia terjadi, ketika aku, yakni aku Daniel, telah melihat penglihatan itu, dan harap untuk mencari maksudnya, maka, lihatlah, ada yang berdiri di hadapanku yang rupanya seperti seorang lelaki.

16Dan aku mendengar suara lelaki itu di tengah-tengah tebing Ulai, yang memanggil, dan berkata, Gabriel, jadikanlah lelaki ini untuk memahami penglihatan itu.

17Maka dia mendekat ke tempat aku berdiri: dan sesudah dia datang, aku takut, lalu jatuh tersungkur: tetapi dia berkata kepadaku, Fahamilah, ya anak manusia: sebab pada waktu akhir masa akan terlaksana penglihatan itu.

18Dalam pada itu, sementara dia berbicara dengan aku, aku berada di dalam tidur yang nyenyak tersungkur di tanah: tetapi dia menyentuh aku, dan mendirikan aku semula.

19Dan dia berkata, Lihatlah, aku akan menjadikanmu tahu apa yang akan terjadi pada akhir kesudahan amarah itu: sebab pada waktu yang telah ditentukan terlaksananya pengakhiran itu.

20Domba jantan yang telah dilihatmu dengan adanya dua tanduk itu ialah raja-raja Media dan Parsi.

21Dan kambing yang kasar itu ialah raja Yunani: dan tanduk besar yang ada di antara matanya itu ialah raja yang pertama.

22Dalam pada itu, sementara dipatahkan, dan empat lagi bangkit baginya, empat kerajaan akan bangkit dari bangsa itu, tetapi bukanlah dengan kuasanya yang terdahulu.

23Dan pada penghujung waktu kerajaan mereka, ketika para pelanggar sudah sampai ke tahap sepenuhnya, seorang raja yang ganas rupanya, dan yang memahami muslihat gelap, akan bangkit.

24Dan kuasanya akan beroleh kuat, tetapi bukan oleh kuasanya sendiri: dan dia akan membinasa dengan ajaib sekali, dan akan makmur, dan mengamal, dan akan membinasakan umat yang kuat dan yang kudus itu.

25Dan juga oleh dasarnya dia akan menyebabkan tipu muslihat untuk makmur di tangannya; dan dia akan membesarkan dirinya di dalam hatinya, dan melalui damai sejahtera akan membinasakan banyak orang: dia juga akan berdiri menentang Penguasa segala penguasa; tetapi dia akan dipatahkan tanpa tangan.

26Dan penglihatan petang dan pagi yang telah diceritakan adalah benar: lantaran itu, biar kamu tutupilah penglihatan itu; sebab banyak hari lagi sebelum ia terlaksana.

27Dan aku Daniel beroleh lemah, dan menjadi sakit untuk beberapa hari; sesudah itu aku bangkit, dan melakukan urusan raja; dan aku tertakjub akan penglihatan itu, tetapi tidak seorang pun yang memahaminya.