Ecclesiastes 3

Pengkhotbah 3

1Bagi segala sesuatu adanya musim, dan adanya waktu bagi setiap tujuan di bawah syurga:

2Waktu untuk dilahir, dan waktu untuk mati; waktu untuk menanam, dan waktu untuk mencabut apa yang telah ditanam;

3Waktu untuk membunuh, dan waktu untuk menyembuh; waktu untuk meroboh, dan waktu untuk membina;

4Waktu untuk menangis, dan waktu untuk ketawa; waktu untuk meratap, dan waktu untuk menari;

5Waktu untuk membuang batu, dan waktu untuk mengumpulkan batu bersama; waktu untuk memeluk, dan waktu untuk tahan memeluk;

6Waktu untuk memperoleh, dan waktu untuk menghilang; waktu untuk memegang, dan waktu untuk membuang;

7Waktu untuk mengoyak, dan waktu untuk menjahit; waktu untuk kekal diam, dan waktu untuk berucap;

8Waktu untuk mengasihi, dan waktu untuk membenci; waktu untuk peperangan, dan waktu untuk damai sejahtera.

9Apa gunanya kepada dia yang bekerja dalam apa yang dia berjerih lelah?

10Aku telah melihat kerja keras, yang Allah telah beri kepada anak-anak manusia untuk digiatkan dalamnya.

11Dia telah menjadikan segalanya indah pada waktunya: juga dia telah memasang dunia pada hati mereka, supaya tidak seorang pun boleh mencari kerja yang Allah buat dari permulaan sampai pengakhiran.

12Aku tahu bahawa tiada kebaikan dalam itu, kecuali untuk seseorang manusia bersukacita, dan untuk berbuat baik dalam kehidupannya.

13Dan juga bahawa setiap manusia haruslah makan dan minum, dan menikmati kebaikan hasil segala jerih lelahnya, itulah pemberian Allah.

14Aku tahu bahawa, barang apa yang dibuat Allah, itu akan kekal selamanya: tiada apa pun yang boleh ditambahkan kepada itu, dan tiada apa pun yang dapat ditolak daripada itu: dan Allah yang berbuat itu, supaya manusia harus takut di hadapannya.

15Apa yang sudah jadi dahulu ada sekarang; dan apa yang akan terjadi sudah terjadi; dan Allah mewajibkan apa yang sudah berlalu.

16Tambahan pula, aku nampak di bawah matahari tempat penghakiman, bahawa kedurjanaan ada di situ; dan tempat kewajaran, bahawa kedurjanaan ada di situ.

17Aku berkata dalam hatiku, Allah akan menghakimi orang benar dan orang durjana: sebab adanya waktu di situ bagi setiap tujuan dan bagi setiap pekerjaan.

18Aku berkata dalam hatiku berkenaan nasib anak-anak manusia, semoga Allah akan menyatakannya, dan semoga mereka dapat melihat bahawa mereka sendiri binatang.

19Sebab nasib yang menimpa manusia menimpa binatang; bahkan satu perkara menimpa mereka: seperti salah satu mati, demikian juga yang lagi satu mati; ya mereka semua ada satu nafas; supaya manusia tidak ada keunggulan melebihi binatang: sebab segalanya sia-sia.

20Semua pergi ke satu tempat; semua adalah daripada debu, dan semua akan kembali kepada debu sekali lagi.

21Siapakah yang mengenal roh manusia yang naik ke atas, dan roh binatang yang turun ke bumi?

22Lantaran itu, aku menanggapi bahawa tiada apa yang lebih baik, daripada seseorang untuk bersukacita dalam kerjanya sendiri; sebab itulah bahagiannya: sebab siapakah yang akan membawanya untuk melihat apa yang akan terjadi sesudah dirinya?