Ecclesiastes 5

Pengkhotbah 5

1Jagalah langkahmu ketika kamu pergi ke rumah Allah, dan jadilah lebih bersedia untuk mendengar, daripada memberi korban orang bebal: sebab mereka tidak hitung bahawa mereka berbuat jahat.

2Jangan terburu-buru dengan mulutmu, dan jangan membiar hatimu bergegas untuk menuturkan apa pun di hadapan Allah: sebab Allah berada di syurga, dan kamu berada di bumi: maka biar kata-katamu kurang.

3Sebab mimpi datangnya dengan banyaknya urusan; dan suara orang bebal dikenali dengan banyaknya perkataan.

4Ketika kamu bernazar suatu nazar kepada Allah, jangan menangguh untuk menunaikannya; sebab dia tiada perkenan bagi orang bebal: tunaikanlah apa yang kamu telah nazarkan.

5Lebih baik kamu tidak bernazar, daripada kamu bernazar dan tidak menunaikannya.

6Jangan membenarkan mulutmu untuk menyebabkan dagingmu berdosa; jangan berkata di hadapan malaikat, bahawa ia suatu kesilapan: harus mengapakah Allah marah dengan suaramu, lalu membinasakan pekerjaan tanganmu?

7Sebab dengan banyaknya mimpi dan dengan banyaknya perkataan ada juga pelbagai kesia-siaan: tetapi takutlah akan Allah.

8Jika kamu melihat penindasan orang miskin, dan percabulan teruk kepada penghakiman dan keadilan di sesuatu daerah, janganlah berasa hairan akan hal itu: sebab dia yang lebih tinggi daripada yang paling tinggi peduli; dan ada yang lebih tinggi daripada mereka.

9Tambahan pula, keuntungan bumi adalah untuk semua: raja sendiri dilayani oleh ladang.

10Dia yang mengasihi perak tidak akan dipuaskan dengan perak; dan juga dia yang mengasihi kelimpahan tidak akan dipuaskan dengan penambahan harta: ini juga kesia-siaan.

11Apabila harta bertambah, apa yang memakannya juga bertambah: dan apakah kebaikan yang ada bagi pemilik harta itu, kecuali untuk memandang itu dengan matanya?

12Tidur orang yang berjerih lelah adalah manis, sama ada dia makan sedikit atau makan banyak: tetapi kelimpahan orang kaya tidak akan membenarkannya tidur.

13Ada celaka teruk yang kulihat di bawah matahari, yakni kekayaan yang tersimpan bagi para pemiliknya sampai melukakan diri mereka.

14Tetapi kekayaan itu binasa oleh kerja keras yang celaka: dan dia memperanakkan seorang anak lelaki, dan tiada apa pun yang ada di dalam tangannya.

15Sebagaimana dia keluar daripada rahim ibunya, dia pulang dalam keadaan telanjang sebagaimana dia datang, dan tidak akan mengambil apa pun hasil jerih lelahnya yang dapat dibawa dalam tangannya.

16Dan ini juga sesuatu celaka teruk, iaitu sebagaimana dari setiap segi dia datang, demikian juga dia akan pergi: dan apakah keuntungan baginya yang telah berjerih lelah bagi angin?

17Segala hayatnya pun dia makan dalam kegelapan, dan dia ada banyak dukacita dan murka dengan kesakitannya.

18Lihatlah apa yang telah kunampak: ia baik dan elok bagi seseorang untuk makan dan minum, dan untuk menikmati kebaikan segala jerih lelah yang ditanggungnya di bawah matahari seumur hidupnya, yang Allah telah berikannya: sebab itulah bahagiannya.

19Juga bagi setiap orang yang telah Allah memberi kekayaan dan kemakmuran, dan memberinya kuasa untuk memakan itu, dan untuk mengambil bahagiannya, dan untuk bersukacita dalam jerih lelahnya; itulah anugerah daripada Allah.

20Sebab dia akan kurang mengingati hari-hari hayatnya; kerana Allah menjawabnya dengan sukacita hatinya.