Esther 1

Ester 1

1Terjadilah, pada zaman Ahasyweros, (inilah Ahasyweros yang telah memerintah, dari India sampai ke Etiopia, ke atas seratus dua puluh tujuh wilayah:)

2Bahawa, pada zaman itu, ketika raja Ahasyweros duduk di takhta kerajaannya, yang berada di Susan, istana itu,

3Pada tahun ketiga pemerintahannya, dia menganjurkan suatu perjamuan bagi semua penguasanya dan hambanya; pihak-pihak berkuasa di Parsi dan Media, para bangsawan dan penguasa wilayah-wilayah, berada di hadapannya:

4Ketika itu dia menunjukkan kekayaan kerajaannya yang mulia dan kehormatan keagungannya yang cemerlang untuk banyak hari, yakni seratus dan empat kali dua puluh hari.

5Dan ketika genap hari-hari itu, raja menganjurkan suatu perjamuan kepada semua rakyat yang hadir di Susan, istana itu, bagi kedua-dua orang besar dan orang kecil, untuk tujuh hari, di halaman kebun istana raja;

6Tempat yang kain putih, hijau, dan biru, hiasan gantung, diikat dengan tali lenan halus dan kain ungu kepada gelang perak dan adanya tiang-tiang batu marmar: katil-katil adalah daripada emas dan perak, di atas lantai marmar yang merah, dan biru, dan putih, dan hitam.

7Dan mereka menyediakan minuman dalam piala-piala emas, (setiap piala lain daripada yang lain,) dan wain diraja yang berkelimpahan, sesuai dengan taraf raja.

8Dan minum itu sesuai dengan hukum; tiada yang dipaksa: sebab raja telah menentukan kepada semua pegawai rumahnya, supaya mereka harus berbuat menurut suka hati setiap orang.

9Juga Wasti, sang permaisuri, menganjurkan suatu perjamuan bagi perempuan di rumah diraja yang dimiliki oleh raja Ahasyweros.

10Pada hari yang ketujuh, ketika hati raja meriah dengan wain, dia memerintah kepada Mehuman, Bizta, Harbona, Bigta, Abagta, Zetar dan Karkas, yakni ketujuh-tujuh pegawai kamar yang melayani di hadapan raja Ahasyweros,

11Untuk membawa Wasti, sang permaisuri, ke hadapan raja dengan mahkota diraja, untuk menunjukkan rakyat dan para penguasa kecantikannya: sebab dia cantik untuk dipandang.

12Tetapi pemaisuri Wasti menolak untuk menghadap menurut perintah raja yang disampaikan oleh para pegawai kamarnya: maka raja sungguh murka, dan kemarahannya berapi-api di dalamnya.

13Kemudian raja itu berkata kepada para orang arif bijaksana, yang mengenal kebiasaan zaman, (sebab demikianlah ragam raja kepada semua yang mengenal hukum dan penghakiman:

14Dan yang terdekat kepada baginda ialah Karsena, Setar, Admata, Tarsis, Meres, Marsena dan Memukan, ketujuh-tujuh penguasa Parsi dan Media, yang telah melihat muka raja, dan pertama yang duduk di kerajaan;)

15Apakah yang harus kita buat kepada permaisuri Wasti menurut hukum, kerana dia tidak melakukan perintah raja Ahasyweros yang disampaikan oleh para pegawai kamar?

16Dan Memukan berjawab di hadapan raja dan para penguasa, Wasti, sang permaisuri, bukan sahaja berbuat salah terhadap raja sahaja, tetapi juga kepada semua penguasa, dan kepada semua rakyat yang berada di wilayah-wilayah raja Ahasyweros.

17Sebab perbuatan itu oleh permaisuri akan meluas kepada semua perempuan, sehingga mereka akan memandang hina suami mereka di pandangan mereka, ketika ia diceritakan, Raja Ahasyweros memerintah Wasti, sang permaisuri, untuk dibawa menghadapnya, tetapi Wasti tidak datang.

18Sedemikian itu akan kaum perempuan di Parsi dan Media berkata pada hari ini kepada semua penguasa raja, yang telah mendengar perbuatan permaisuri. Demikian akan bangkit terlalu banyak penghinaan dan kemurkaan.

19Jika ia menyenangkan raja, biar ada suatu perintah diraja dititahkan daripadanya, dan biar ia tertulis antara semua hukum orang Parsi dan Media, supaya ia tidak akan diubahkan, Bahawa Wasti tidak menghadap raja Ahasyweros lagi; dan biar raja memberi hartanah diraja Wasti kepada orang lain yang lebih baik daripadanya.

20Dan dekri raja yang akan digubalnya akan disiarkan meluas ke seluruh kerajaannya, (sebab ia sungguh luas,) semua isteri akan memberi suami mereka kehormatan, baik yang besar mahupun yang kecil.

21Dan usul itu menyenangkan raja dan para penguasa; dan raja berbuat menurut kata-kata Memukan:

22Sebab dia mengirim surat-surat ke semua wilayah raja, kepada setiap wilayah menurut tulisan itu, dan kepada setiap rakyat menurut bahasa mereka, supaya setiap lelaki akan memegang pemerintahan di rumahnya, dan supaya ia harus disiarkan menurut bahasa setiap bangsa.