1Selepas hal-hal itu, raja Ahasyweros menaikkan pangkat Haman anak kepada Hamedata, orang Agag, dan memajukannya, dan menjadikan kedudukannya lebih tinggi daripada semua penguasa yang ada bersamanya.
2Dan hamba-hamba raja, yang ada di pintu raja, bersujud, dan menyegani Haman: sebab raja telah membuat perintah demikian berkenaan Haman. Tetapi Mordekhai tidak sujud, dan tidak menyeganinya.
3Kemudian hamba-hamba raja, yang berada di pintu Mordekhai berkata, Mengapakah kamu melanggari perintah raja?
4Dalam pada itu, terjadilah ketika mereka hari demi hari bercakap kepadanya, dan dia tidak mengendahkan mereka, bahawa mereka memberitahu Haman, untuk melihat sama ada hal Mordekhai itu adalah sah ataupun tidak: sebab Mordekhai telah memberitahu mereka bahawa dia seorang Yahudi.
5Dan ketika Haman nampak bahawa Mordekhai tidak bersujud, dan tidak menyeganinya, maka Haman penuh dengan murka.
6Dan Haman menganggap ia sebagai pencemuhan bagi dirinya untuk menghukum Morkedai sahaja; sebab mereka telah menunjukkannya bangsa Mordekhai: lantaran itu, Haman bertekad untuk membunuh semua orang Yahudi yang berada di seluruh kerajaan Ahaswyeros, yakni bangsa orang Mordekhai.
7Pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan, pada tahun kedua belas raja Ahasyweros, mereka membuang Pur, iaitu, undi, di hadapan Haman, hari demi hari, dan dari bulan demi bulan, sampai jatuh kepada bulan yang kedua belas, iaitu, bulan Adar.
8Dan Haman berkata kepada raja Ahasyweros, Ada sesetengah orang yang terserak luas dan menyelerak di kalangan rakyat di semua wilayah kerajaanmu; dan hukum mereka adalah lain daripada segala bangsa yang lain; dan mereka tidak memegang hukum raja: maka ia tidak menguntungkan raja untuk membenarkan mereka terbiar demikian.
9Jika ia berkenan kepada raja, biar ia tersurat supaya mereka dapat dibinasakan: dan aku akan membayar sepuluh ribu talenta perak ke dalam tangan orang yang bertugas untuk hal itu, supaya membawa itu ke dalam perbendaharaan raja.
10Dan raja mengambil cincinnya daripada tangannya, lalu memberi itu kepada Haman anak kepada Hamedata, orang Agag, musuh orang Yahudi.
11Dan raja berkata kepada Haman, Perak sudah diserahkan kepadamu, bangsa itu juga, lakukanlah kepada mereka seperti yang kamu pandang baik.
12Kemudian para jurutulis raja dipanggil pada hari yang ke tiga belas, bulan pertama, dan ada tersurat menurut segala yang Haman perintahkan kepada wakil-wakil raja, dan kepada gabenor-gabenor yang memerintah setiap wilayah, dan kepada para penguasa setiap bangsa dari setiap wilayah menurut tulisannya, dan kepada setiap bangsa menurut bahasa; surat itu ditulis atas nama raja Ahasyweros, dan dimeterai dengan cincin raja.
13Dan surat-surat dikirim melalui pos kepada semua wilayah raja, supaya membinasakan, membunuh, dan untuk menyebabkan penghapusan, semua orang Yahudi, kedua-dua muda dan tua, anak-anak kecil dan para perempuan, dalam sehari, yakni pada hari yang ketiga belas, bulan yang kedua belas, yang merupakan bulan Adar, dan untuk mengambil barang-barang mereka sebagai jarahan.
14Salinan surat itu sebagai perintah yang harus diberi kepada setiap wilayah disiarkan kepada semua orang, supaya mereka patut bersiap sedia untuk hari itu.
15Surat-surat itu dipos luas, sementara digegaskan oleh perintah raja, dan dekri telah diberi di istana Susan. Lalu raja dan Haman duduk untuk minum; tetapi kota Susan beroleh bingung.