Esther 5

Ester 5

1Sekarang terjadilah pada hari yang ketiga, bahawa Ester memakai pakaian diraja, dan berdiri di halaman dalam di rumah raja, di hadapan rumah raja: dan raja duduk di atas takhta dirajanya di rumah diraja, berhadapan dengan pintu rumah itu.

2Dan terjadilah, ketika raja nampak pemaisuri Ester berdiri di pelataran, bahawa dia memperoleh keredaan di pandangannya: dan raja menghulurkan kepada Ester cokmar emas itu yang ada pada tangannya. Jadi, Ester mendekat dan menyentuh hujung cokmar itu.

3Kemudian raja berkata kepadanya, Apakah yang diinginimu, hai permaisuri Ester? dan apakah permintaanmu? ia akan diberi kepadamu malah sampai setengah kerajaan.

4Dan Ester menjawab, Jika ia dianggap elok bagi raja, biarlah raja dan Haman pada hari ini datang ke perjamuan yang telah kusiapkan baginya.

5Kemudian raja berkata, Suruh Haman untuk bergegas, supaya dia akan berbuat apa yang telah disebut Ester. Maka raja dan Haman datang ke perjamuan yang telah disiapkan Ester.

6Dan raja berkata kepada Ester di perjamuan wain itu, Apakah permohonanmu? dan itu akan diberi kepadamu: dan apakah permintaanmu? malah sampai setengah kerajaan pun ia akan dilaksanakan.

7Kemudian jawab Ester, dan berkata, Permohonan dan permintaanku ialah;

8Jika Ester telah mendapat keredaan di pandangan raja, dan jika ia menyenangkan raja untuk mengabulkan permohonanku, dan untuk melaksanakan permintaanku, maka biarlah raja dan Haman datang ke perjamuan yang aku akan siapkan bagi mereka, dan aku akan melakukan pada hari esok seperti yang dibicarakan raja.

9Kemudian Haman pergi pada hari itu dengan hati yang riang dan gembira: tetapi ketika Haman nampak Mordekhai di pintu gerbang raja, yang baik berdiri mahupun bergerak pun tidak baginya, dia penuh dengan amarah terhadap Mordekhai.

10Walau bagaimanapun Haman menahan dirinya: dan ketika dia sampai ke rumah, dia mengutus orang memanggil kawan-kawannya, dan Zeresh, isterinya.

11Dan Haman memberitahu mereka akan kemuliaan kekayaannya, dan kebanyakan anak-anaknya, dan segala apa yang di dalamnya raja telah menaik pangkatnya, dan bagaimana raja telah memajukannya jauh melebihi para penguasa dan para hamba raja.

12Tambahan pula, Haman berkata, Ya, permaisuri Ester memang tidak mengizinkan mana-mana orang lain masuk bersama raja ke dalam perjamuan yang telah disiapkannya kecuali diriku sendiri; dan pada hari esok aku diundang kepadanya juga bersama raja.

13Namun ini semua tidak berguna bagiku, selama kulihat Mordekhai, orang Yahudi itu, duduk di pintu gerbang raja.

14Kemudian Zeresh, isterinya, dan semua kawannya berkata kepadanya, Biarlah tempat pergantungan dibuat lima puluh hasta tingginya, dan pada hari esok kamu berbicara kepada raja supaya Mordekhai dapat digantung di atas itu: kemudian kamu dengan meriah masuklah bersama raja ke dalam perjamuan itu. Dan hal itu menyenangkan Haman; dan dia menyuruh supaya tempat pergantungan itu dibuat.