Esther 7

Ester 7

1Maka raja dan Haman datang ke perjamuan dengan permaisuri Ester.

2Dan raja itu berkata sekali lagi pada hari kedua di perjamuan wain, Apakah permohonanmu, hai permaisuri Ester? dan ia akan diberi kepadamu: dan apakah permintaanmu? dan ia akan dilaksanakan, malah sampai setengah kerajaan pun.

3Kemudian permaisuri Ester menjawab dan berkata, Jika aku telah mendapat keredaan di pandanganmu, ya raja, dan jika ia berkenan kepada raja, biarlah nyawaku diberi kepadaku menurut permohonanku, dan nyawa bangsaku menurut permintaanku:

4Sebab kami telah dijual, aku dan umatku, untuk dibinasakan, untuk dibunuh, dan untuk binasa. Tetapi jika kami telah dijual sebagai hamba lelaki dan hamba perempuan, aku sudah akan menahan lidahku, walaupun musuh tidak dapat dengan setimpal memberi pampasan bagi kerugian raja.

5Kemudian raja Ahasyweros menjawab dan berkata kepada permaisuri Ester, Siapakah dia, dan di manakah dia, yang berani memandai di dalam hatinya untuk berbuat demikian?

6Dan Ester berkata, Seteru dan musuh itu ialah Haman yang durjana ini. Kemudian Haman beroleh takut di hadapan raja dan permaisuri.

7Dan raja bangkit dari perjamuan wain itu dengan murka untuk keluar ke taman istana: dan Haman berdiri untuk berbuat rayuan bagi nyawanya kepada Ester, permaisuri itu; sebab dia nampak bahawa ada celaka yang ditentukan terhadapnya oleh raja.

8Kemudian raja kembali dari taman istana ke tempat perjamuan wain; dan Haman tersungkur di katil yang adanya Ester. Kemudian berkata raja, Akankah dia memaksa permaisuri juga di hadapanku di rumah ini? Sementara kata-kata itu keluar dari mulut raja, mereka menutupi muka Haman.

9Dan Harbona, salah seorang pegawai kamar, berkata di hadapan raja, Lihat juga, tempat pergantungan lima puluh hasta tingginya, yang Haman telah bina untuk Mordekhai, yang telah berbicara baik bagi raja, sudah didirikan di rumah Haman. Kemudian raja berkata, Gantunglah dia pada itu.

10Jadi, mereka menggantung Haman di tempat pergantungan yang dia telah persiapkan untuk Mordekhai. Maka redalah murka raja.