1Sekarang pada bulan dua belas, iaitu, bulan Adar, pada hari ketiga belas bulan yang sama itu, ketika perintah raja dan dekrinya menjelang untuk dilaksanakan, pada hari yang para musuh orang Yahudi berharap untuk menguasai mereka, (walaupun itu telah diterbalikkan menjadi bertentangan, bahawa orang Yahudi ada kuasa atas orang yang membenci mereka;)
2Orang Yahudi berkumpul bersama di kota-kota mereka menerusi seluruh wilayah raja Ahasyweros, untuk mengenakan orang yang berusaha melukakan mereka: dan tidak seorang pun yang dapat menentang mereka; kerana ketakutan akan orang Yahudi telah menimpa semua orang.
3Dan semua penguasa wilayah, dan para pegawai raja, membantu orang Yahudi; kerana ketakutan akan Mordekhai telah menimpa mereka.
4Sebab Mordekhai sungguh besar di rumah raja, dan kemasyhurannya meluas ke semua wilayah: sebab lelaki ini, Mordekhai, bertambah-tambah besar.
5Demikianlah orang Yahudi memukul kalah semua musuh mereka dengan pedang, dan pembunuhan, dan pembinasaan, dan apa yang diingini mereka kepada orang yang membenci mereka.
6Dan di istana Susan orang Yahudi membunuh dan membinasakan lima ratus orang.
7Dan Parsandata, dan Dalfon, dan Aspata,
8Dan Porata, dan Adalya, dan Aridatha,
9Dan Parmasta, dan Arisai, dan Aridai, dan Waizata,
10Sepuluh anak Haman, anak lelaki kepada Hamedata, musuh orang Yahudi, telah mereka bunuh; tetapi jarahan tidak mereka hulur tangan untuk sentuh.
11Pada hari itu, bilagnan orang yang telah tewas di istana Susan telah dibawa menghadap raja.
12Dan raja berkata kepada permaisuri Ester, Orang Yahudi telah membunuh dan membinasakan lima ratus orang di istana Susan, dan sepuluh anak lelaki Haman; apakah yang telah mereka buat di seluruh wilayah raja yang lain? sekarang apakah permohonanmu? dan itu akan dikabulkan kepadamu: atau apakah permintaan lanjutmu? dan ia akan dilakukan.
13Kemudian Ester berkata, Jika ia berkenan kepada raja, biarlah ia diizin kepada orang Yahudi yang berada di Susan untuk buat pada keesokan hari juga menurut dekri hari ini, dan biarlah sepuluh anak lelaki Haman digantung di atas tempat pergantungan.
14Dan raja memerintahkan itu untuk dibuat sedemikian: dan dekri itu dikeluarkan di Susan; dan mereka menggantung kesepuluh-sepuluh anak lelaki Haman.
15Sebab orang Yahudi yang berada di Susan berkumpul bersama pada hari keempat bleas juga pada bulan Adar, dan membunuh tiga ratus orang di Susan; tetapi ke atas rampasan tidak mereka menghulurkan tangan untuk sentuh.
16Tetapi orang Yahudi yang lain yang berada di wilayah raja berkumpul bersama, dan mempertahankan nyawa mereka, dan ada istirahat daripada musuh-musuh mereka, dan membunuh seteru-seteru mereka sebanyak tujuh puluh lima ribu orang, tetapi mereka tidak menghulurkan tangan mereka untuk menyentuh barang rampasan,
17Pada hari yang ketiga belas bulan Adar; dan pada hari keempat belas bulan yang sama itu mereka beristirahat, dan menjadikannya hari berpesta dan hari bergembira.
18Tetapi orang Yahudi yang berada di Susan berhimpun bersama pada hari ketiga belasnya, dan pada hari keempat belasnya; dan pada hari kelima belas bulan yang sama itu, mereka beristirahat, dan menjadikannya hari berpesta dan hari bergembira.
19Oleh sebab itu, orang Yahudi di perkampungan, yang berdiam di desa-desa yang tidak bertembok, telah menjadikan hari keempat belas bulan Adar, suatu hari kegembiraan dan hari berpesta, dan hari yang elok, dan menyampaikan agihan-agihan satu kepada yang lain.
20Dan Mordekhai menulis hal-hal itu, dan mengirim surat kepada semua orang Yahudi yang berada di semua wilayah raja Ahasyweros, baik yang dekat mahupun yang jauh,
21Untuk memantapkan ini di kalangan mereka, supaya mereka harus merayakan pada tanggal empat belas bulan Adar, dan pada hari kelima belas bulan yang sama itu, setiap tahun,
22Seperti hari-hari yang orang Yahudi telah beristirahat daripada musuh-musuh mereka, dan pada bulan yang telah berubah daripada dukacita kepada sukacita, dan daripada ratapan kepada hari yang baik: supaya mereka harus menjadikan hari-hari itu hari berpesta dan hari bersukacita, dan hari untuk menyampaikan agihan-agihan satu kepada yang lain, dan pemberian kepada orang miskin.
23Dan orang Yahudi menerima sebagai ketetapan apa yang sudah mereka sudah mulai buat, dan seperti apa yang Mordekhai tulis kepada mereka;
24Kerana Haman anak Hamedata, orang Agag itu, musuh semua orang Yahudi, telah merancang terhadap orang Yahudi untuk membinasakan mereka, dan telah membuang Pur, iaitu undi, untuk menghanguskan mereka, dan untuk membinasakan mereka;
25Tetapi ketika Ester datang menghadap raja, raja memerintahkan dengan surat supaya racangan jahat Haman, yang direkakan Haman terhadap orang Yahudi, harus kembali untuk menimpa kepalanya sendiri, dan supaya Haman dan anak-anak lelakinya harus digantung di tempat gantungan itu.
26Lantaran itu, mereka memanggil hari-hari itu Purim, menurut nama Pur. Oleh sebab itu, bagi segala perkataan dalam surat ini, dan bagi apa yang telah mereka lihat berkenaan hal ini, dan yang telah dialami mereka,
27Orang Yahudi mentahbiskan, dan menanggung pada diri sendiri, dan pada benih mereka, dan pada semua orang yang bergabung diri dengan mereka, supaya ia tidak akan berhenti, bahawa mereka akan mengamalkan dua hari itu menurut tulisan mereka, dan menurut waktu yang ditentukan mereka setiap tahun;
28Dan bahawa hari-hari itu harus diingati dan dirayakan menerusi setiap generasi, setiap keluarga, setiap daerah, dan setiap kota; dan supaya hari-hari Purim ini tidak akan berhenti dari antara orang Yahudi, dan juga peringatannya tidak lenyap daripada benih mereka.
29Kemudian Ester, permaisuri itu, anak perempuan Abihail, dan Mordekhai, orang Yahudi itu, menulis dengan segala kekuasaan, untuk mengesahkan surat yang kedua ini tentang raya Purim.
30Dan dia mengirim surat kepada semua orang Yahudi, kepada seratus dua puluh tujuh wilayah kerajaan Ahaswyeros, dengan kata-kata damai sejahtera dan kebenaran,
31Untuk mengesahkan hari-hari raya Purim pada waktu yang telah ditentukan, menurut seperti Mordekhai, orang Yahudi itu, dan Ester, permaisuri itu, telah wajibkan mereka buat, dan seperti yang mereka telah isytiharkan bagi diri mereka dan bagi benih mereka, hal-hal puasa dan seruan mereka.
32Dan dekri Ester mengesahkan hal-hal raya Purim; dan ia tertulis di dalam kitab.