1Dan sesudah umat itu nampak bahawa Musa bertangguh-tangguh untuk turun dari gunung itu, umat itu mengumpulkan diri mereka kepada Harun, dan berkata kepadanya, Bangunlah, buat bagi kami allah-allah, yang akan mendahului kami; sebab berkenaan Musa ini, iaitu lelaki yang telah membawa kami keluar dari tanah Mesir, kami tidak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya.
2Dan Harun berkata kepada mereka, Patahkanlah anting-anting emas yang ada pada telinga isteri-isteri kalian, dan yang ada pada anak-anak lelaki kalian, dan yang ada pada anak-anak perempuan kalian, dan bawalah itu kepadaku.
3Dan semua orang mematahkan anting-anting yang ada pada telinga mereka, lalu membawanya kepada Harun.
4Dan dia menerima itu dari tangan mereka, lalu membentuknya dengan alat ukir sesudah dia menjadikan emas itu anak lembu leburan: dan mereka berkata, Inilah allah-allahmu, ya Israel, yang telah membawamu keluar dari tanah Mesir.
5Dan sesudah Harun melihatnya, dia membina sebuah mazbah di hadapannya; dan Harun membuat pengisytiharaan, dan berkata, Pada hari esok ialah pesta kepada TUHAN.
6Dan mereka bangun awal pagi pada keesokan harinya, dan membawa persembahan-persembahan damai; dan umat itu duduk untuk makan dan minum, dan bangun untuk bermain.
7Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah kamu turun; sebab umatmu, yang telah kamu bawa keluar dari tanah Mesir, telah mencemarkan diri mereka sendiri:
8Mereka telah menyimpang dengan lekas dari jalan yang telah diperintahkanku kepada mereka: mereka telah menjadikan bagi diri mereka seekor anak lembu leburan, dan telah bersembahyang kepadanya, dan telah membuat korban kepadanya, dan berkata, Inilah allah-allahmu, ya Israel, yang telah membawamu keluar dari tanah Mesir.
9Dan TUHAN berfirman kepada Musa, aku telah melihat umat ini, dan, lihatlah, ia umat yang keras batang leher.
10Maka sekarang biar aku sendiri, supaya murkaku akan bertambah hangat terhadap mereka, dan supaya aku akan menghanguskan mereka: dan aku akan menjadikan daripadamu suatu bangsa yang besar.
11Dan Musa merayu kepada TUHAN Allahnya, dan berkata, TUHAN, mengapakah murkamu bertambah hangat terhadap umatmu, yang telah engkau bawa keluar dari tanah Mesir dengan kuasa yang besar, dan dengan tangan yang kuat?
12Mengapakah harusnya orang Mesir bercakap, dan berkata, Bagi maksud celaka dia membawa mereka keluar, untuk membunuh mereka di pergunungan, dan untuk menghanguskan mereka daripada muka bumi? Berpalinglah daripada murkamu yang ganas, dan menyesallah daripada celaka ini kepada umatmu.
13Ingatlah Abraham, Ishak, dan Israel, hamba-hambamu, yang kepada mereka engkau bersumpah demi dirimu sendiri, dan berfirman kepada mereka, Aku akan menggandakan benihmu seperti bintang-bintang di syurga, dan segala tanah yang telah kusebut akan aku beri kepada benih kalian, dan mereka akan mewarisinya untuk selamanya.
14Dan TUHAN menyesal akan kecelakaan yang dia fikir untuk buat kepada umatnya.
15Dan Musa berpaling, lalu pergi turun dari gunung itu, dan dua loh kesaksian ada pada tangannya: loh-loh yang tertulis pada kedua-dua belah sisinya; tertulislah ia pada sebelah satu sisi dan pada sisi yang sebelah lagi.
16Dan loh-loh itu ialah karya Allah, dan tulisan itu ialah tulisan Allah, yang terukir pada loh-loh itu.
17Dan ketika Yosua mendengar bunyi umat itu sementara mereka bersorak-sorak, dia berkata kepada Musa, Ada bunyi peperangan di perkhemahan.
18Dan Musa berkata, Itu bukan suara orang yang bersorak kemenangan, dan itu juga bukan suara orang yang berseru kerana telah dikalahkan: tetapi bunyi orang yang sedang menyanyi ialah apa yang didengarku.
19Dan terjadilah, sebaik sahaja dia mendekati perkhemahan, bahawa dia nampak anak lembu itu, dan tarian yang diadakan: dan kemarahan Musa bertambah hangat, dan dia melempar loh-loh itu dari tangannya, dan memecahkannya di bawah gunung itu.
20Dan dia mengambil anak lembu yang telah dibentuk mereka, lalu membakarnya di api, dan menumbuk-numbukkannya sampai menjadi serbuk, dan menaburnya ke atas air, dan menjadikan bani Israel meminuminya.
21Dan Musa berkata kepada Harun, Apakah yang dilakukan umat ini kepadamu, sehingga kamu telah menimpa suatu dosa yang sebegitu besar kepada mereka?
22Dan Harun berkata, Biar jangan kemarahan tuanku bertambah panas: kamu tahu umat ini, bahawa mereka sudah bertekad untuk berbuat nakal.
23Sebab mereka berkata kepadaku, Buatlah bagi kami allah-allah, yang akan mendahului kami: sebab berkenaan Musa ini, lelaki yang telah membawa kami keluar dari tanah Mesir, kami tidak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya.
24Dan aku berkata kepada mereka, Barang siapa yang ada emas, biarlah mereka mematahkannya keluar. Maka mereka memberi itu kepadaku: kemudian aku melemparkan itu ke dalam api, dan keluarlah anak lembu ini.
25Dan ketika Musa nampak bahawa umat itu telanjang; (sebab Harun telah menelanjangi mereka bagi keaiban mereka di kalangan musuh-musuh mereka:)
26Musa kemudian berdiri di pintu gerbang perkhemahan, dan berkata, siapakah yang berpihak kepada TUHAN? biar dia datang kepadaku. Dan semua bani Lewi mengumpulkan diri mereka kepadanya.
27Dan dia berkata kepada mereka, Demikianlah firman TUHAN Allah Israel, Ikatlah pada setiap orang pedangnya di pinggangnya, dan pergi masuk dan keluar dari pintu gerbang demi pintu gerbang menerusi seluruh perkhemahan, dan bunuhlah bagi setiap orang saudaranya, dan setiap orang temannya, dan setiap orang jirannya.
28Dan bani Lewi berbuat menurut kata perintah Musa: dan di sana matilah di kalangan umat pada hari itu sekitar tiga ribu orang.
29Sebab Musa telah berkata, Sucikan diri kalian pada hari ini kepada TUHAN, bahkan setiap lelaki ke atas anak lelakinya, dan ke atas saudaranya; supaya dia dapat menaruh kepada kalian suatu berkat pada hari ini.
30Dan terjadilah pada keesokan harinya, bahawa Musa berkata kepada bangsa itu, Kalian telah berbuat dosa yang besar: dan sekarang aku akan naik menghadap TUHAN; supaya mungkin aku dapat mengadakan penyatuan semula bagi dosamu.
31Dan Musa kembali kepada TUHAN, dan berkata, O, umat ini telah berbuat dosa besar, dan telah membuat bagi diri mereka allah-allah emas.
32Namun sekarang, kiranya engkau mengampuni dosa mereka--; dan jika tidak, lucutkanlah aku, aku mohon kepadamu, dari kitabmu yang telah engkau tulis.
33Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Barang siapa yang telah berdosa terhadapku, dia itu yang akan kulucut dari kitabku.
34Oleh sebab itu, sekarang pergi, pimpinlah umat itu ke tempat yang telah kusebut kepadamu: lihatlah, Malaikatku akan mendahuluimu: walau bagaimanapun pada hari ketika aku melawat aku akan melawati dosa mereka ke atas diri mereka.
35Dan TUHAN mengazabkan umat itu, kerana mereka membuat anak lembu itu, yang telah dibuat Harun.