1Dalam pada itu, inilah salasilah anak-anak lelaki Nuh, Sem, Ham, dan Yafet: dan kepada mereka anak-anak lelaki dilahirkan selepas banjir itu.
2Anak-anak lelaki Yafet; Gomer, dan Magog, dan Madai, dan Yawan, dan Tubal, dan Meskh, dan Tiras.
3Dan anak-anak lelaki Gomer; Askenas, dan Rifat, dan Togarma.
4Dan anak-anak lelaki Yawan; Elisa, dan Tarsis, Kitim, dan Dodanim.
5Berasaskan orang-orang tersebut kepulauan-kepulauan orang bukan Yahudi masing-masing terbahagi di kawasan tanah mereka; setiap orang menurut bahasanya, menurut keluarga mereka, di bangsa mereka.
6Dan anak-anak lelaki Ham; Kush, dan Misraim, dan Put, dan Kanaan.
7Dan anak-anak lelaki Kush; Seba, dan Hawila, dan Sabta, dan Raema, dan Sabtekha: dan anak-anak lelaki Raema; Syeba dan Dedan.
8Dan Kush memperanakkan Nimrod: dia mula menjadi seorang yang gagah di bumi.
9Dia merupakan pemburu yang gagah di hadapan TUHAN: lantaran itu, ada kata pepatah berbunyi, Yakni seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah di hadapan TUHAN.
10Dan permulaan kerajaannya ialah Babel, dan Erekh, dan Akad, dan Kalneh, di tanah Sinear.
11Dari kawasan tanah itu Asyur maju, dan membina Niniwe, dan kota Rehobot, dan Kalah,
12Dan Resen yang berada di antara Niniwe dan Kalah; kota yang sama itu ialah kota yang besar.
13Dan Misraim memperanakkan Ludim, dan Anamim, dan Lehabim, dan Naftuhim,
14Dan Patrusim, dan Kasluhim, (yang daripadanya datangnya Filistim,) dan Kaftorim.
15Dan Kanaan memperanakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het,
16Dan orang Yebusi, dan orang Amori, dan orang Girgasi,
17Dan orang Hewi, dan orang Arki, dan orang Sini,
18Dan orang Arwadi, dan orang Semari, dan orang Hamati: dan kemudian keluarga-keluarga orang Kanaan menyelerak luas.
19Dan sempadan orang Kanaan adalah dari Sidon, sementara kamu mendekati Gerar, sampai ke Gaza; sementara kamu pergi ke Sodom, dan Gomora, dan Adma dan Zeboim, malah sampai ke Lasa.
20Itulah anak-anak lelaki Ham, masing-masing menurut keluarga mereka, menurut bahasa mereka, di negeri-negeri mereka, dan di bangsa-bangsa mereka.
21Kepada Sem juga, bapa kepada bani Eber, saudara kepada Yafet yang abang, yakni kepadanya anak-anak dilahirkan.
22Anak-anak Sem; Elam, dan Asyur, dan Arpakhsad, dan Lud, dan Aram.
23Dan anak-anak Aram; Uz, dan Hul, dan Gether, dan Mas.
24Dan Arpakhsad memperanakkan Salah; dan Salah memperanakkan Eber.
25Dan kepada Eber dilahirkan dua anak lelaki: nama salah satu ialah Peleg; sebab di pada hari-hari hayatnya, bumi terbahagi; dan nama saudaranya ialah Yoktan.
26Yoktan memperanakkan Almodad, dan Selef, dan Hazarmawet, dan Yerah,
27Dan Hadoram, dan Uzal, dan Dikla,
28Dan Obal, dan Abimael, dan Syeba,
29Dan Ofir, dan Hawila, dan Yobab: mereka semua ini merupakan anak-anak lelaki Yoktan.
30Dan kediaman mereka terbentang dari Mesa, sementara kamu pergi ke Sefar, sebuah gunung sebelah timur.
31Itulah anak-anak lelaki Sem, masing-masing menurut keluarga mereka, menurut bahasa mereka, di kawasan tanah mereka, menurut bangsa mereka.
32Itulah keluarga-keluarga anak-anak lelaki Nuh, masing-masing menurut generasi mereka, di bangsa-bangsa mereka: dan berasaskan orang-orang tersebut bangsa-bangsa terbahagi di bumi selepas banjir itu.