1Dan Abram berangkat keluar dari Mesir, dia, dan isterinya, dan segala kepunyaannya, dan Lot juga bersamanya, ke arah Selatan.
2Dan Abram sungguh kaya dengan ternakan, perak, dan emas.
3Dan dia pergi menurut perjalanannya dari selatan sampai ke Betel, ke tempat yang khemahnya berada pada permulaannya, di antara Betel dan Ai;
4Ke tempat mazbah, yang telah dibuatnya dahulu pada pertama-tama: dan di sana Abram memanggil nama TUHAN.
5Dan Lot juga, yang berangkat pergi bersama Abram, ada kawanan domba, dan ternakan lembu, dan khemah-khemah.
6Dan tanah itu tidak mampu menanggung mereka, supaya mereka dapat berdiam bersama: sebab harta milik mereka sungguh banyak, sehingga mereka tidak dapat berdiam bersama.
7Dan terjadilah persengketaan di antara para gembala ternakan Abram dan para gembala ternakan Lot: dan orang Kanaan dan orang Feris berdiam di kawasan itu.
8Dan Abram berkata kepada Lot, Biar jangan ada persengketaan, Aku bermohon kepadamu, di antara dirimu dan diriku, dan di antara para gembalaku dan para gembalamu; sebab kita ini saudara.
9Bukankah seluruh tanah berada di depanmu? berpisahlah dirimu, aku mohon, daripada diriku: jika kamu mengambil tanah di sebelah kiri, maka aku akan pergi ke kanan; atau jika kamu berangkat ke sebelah kanan, maka aku akan pergi ke kiri.
10Dan Lot melayangkan pandangannya, dan melihat seluruh dataran Yordan, dan nampak bahawa pengairan di serata tempat itu sungguh elok, sebelum TUHAN membinasakan Sodom dan Gomorah, bahkan sama dengan kebun TUHAN, seperti tanah Mesir, seperti ketika kamu sampai ke Zoar.
11Kemudian Lot memilih seluruh dataran Yordan; dan Lot mengembara ke arah timur: dan mereka memisahkan diri satu daripada yang lain.
12Abram berdiam di tanah Kanaan, dan Lot berdiam di dalam kota-kota dataran itu, dan mendirikan khemahnya menghala ke Sodom.
13Tetapi orang di Sodom terlampau jahat dan berdosa di hadapan TUHAN.
14Dan TUHAN berfirman kepada Abram, sesudah Lot berpisah dengannya, Layangkanlah pandanganmu, dan lihat dari tempat yang kamu berada ke arah utara, dan ke arah selatan, dan ke arah timur, dan ke arah barat:
15Sebab kesemua tanah yang dilihatmu itu, akan kuberi kepadamu, dan kepada benihmu untuk selamanya.
16Dan aku akan menjadikan benihmu seperti habuk bumi: sehingga kalau seseorang dapat membilang habuk bumi, maka benihmu itu juga dapat dibilang.
17Bangkitlah, berjalan melalui tanah menerusi panjangnya dan menerusi lebarnya; sebab aku akan memberikannya kepadamu.
18Selepas itu Abram memindahkan khemahnya, lalu sampai dan berdiam di dataran Mamre, yang ada di Hebron, lalu mendirikan sebuah mazbah di sana kepada TUHAN.