Genesis 15

Kejadian 15

1Selepas hal-hal itu firman TUHAN datang kepada Abram di dalam penglihatan, dan berkata, Janganlah takut Abram: Akulah perisaimu, dan ganjaranmu yang teramat besar.

2Dan Abram berkata, Tuhan ALLAH, apakah yang akan engkau beri kepadaku, memandangkan aku tidak ada anak, dan bendahara rumahku ialah Eliezer orang Damsyik itu?

3Dan Abram berkata, Lihatlah, kepadaku engkau tidak memberi benih, dan lihatlah, salah seorang yang telah dilahir di rumahku pula menjadi pewarisku.

4Dan lihatlah, firman TUHAN datang kepadanya, lalu berkata, Ini bukan pewarismu; tetapi dia yang akan datang dari pangkuanmu sendiri akan menjadi pewarismu.

5Dan TUHAN membawanya keluar, dan berkata, Pandanglah ke syurga, dan cuba teka bilangan bintang, jika kamu dapat menghitungnya: dan dia berkata kepadanya, Benihmu juga akan menjadi sedemikian.

6Dan dia percaya kepada TUHAN; dan TUHAN perhitungkan itu kepadanya sebagai kebenaran.

7Dan TUHAN berfirman kepadanya, Akulah TUHAN yang telah membawamu keluar dari Ur orang Kasdim, untuk memberimu tanah ini supaya mewarisinya.

8Dan dia berkata, Tuhan ALLAH, dengan cara apakah akan kutahu bahawa aku akan mewarisinya?

9Dan TUHAN berfirman kepadanya, Bawalah bagiku seekor anak lembu berumur tiga tahun, dan kambing bentina berumur tiga tahun, dan domba jantan berumur tiga tahun, dan seekor burung tekukur, dan burung merpati muda.

10Dan dia membawa kepada TUHAN semua itu, dan mengeratkan mereka dari tengah-tengah, dan membaringkan setiap kerat satu terhadap yang lain: tetapi bagi burung-burung itu dia tidak mengeratkannya.

11Dan ketika burung-burung turun ke atas bangkai-bangkai itu, Abram menghalau mereka.

12Dan ketika matahari sedang membenam, tidur yang nyenyak menimpa Abram; dan, lihatlah, suatu kegelapan yang ngeri menimpa dirinya.

13Dan TUHAN berfirman kepada Abram, Ketahuilah dengan pasti bahawa benihmu akan menjadi suatu bangsa orang asing di tanah yang bukan milik mereka, dan akan melayani para pemilik tanah itu; dan para pemilik tanah itu akan menyengsarakan mereka untuk empat ratus tahun;

14Dan juga bangsa itu, yang akan mereka layan, akan dihakimi aku: dan kemudian mereka akan keluar dengan harta benda yang banyak.

15Dan kamu akan pergi kepada bapa-bapa leluhurmu dengan damai sejahtera; kamu akan dikuburkan pada umur yang cukup tua.

16Tetapi pada generasi keempat mereka akan kembali ke sini: sebab kedurjanaan orang Amori belum lagi penuh.

17Dan terjadilah, bahawa, ketika matahari terbenam, dan ia sudah gelap, lihatlah suatu perapian yang berasap, dan pelita yang bernyala melalui di tengah-tengah kerat-kerat itu.

18Pada hari yang sama itu, TUHAN membuat waad dengan Abram, dengan berkata, Kepada benihmu telah kuberi tanah ini, dari sungai Mesir sampai ke sungai yang besar itu, sungai Efrat:

19Orang Keni, dan orang Kenas, dan orang Kadmon,

20Dan orang Het, orang Feris, orang Refaim,

21Dan orang Amori, dan orang Kanaan, dan orang Girgasi, dan orang Yebus.