1Dan TUHAN muncul nyata kepadanya di dataran Mamre: dan dia sedang duduk di pintu khemah pada waktu siang hari yang panas;
2Dan dia mengangkat matanya dan melihat, dan lihatlah, tiga lelaki berdiri bersampingannya: dan ketika Abram melihat mereka, dia berlari untuk bertemu dengan mereka di pintu khemah, lalu menyujudkan diri menghadap ke tanah,
3Dan berkata, Tuanku, jika sekarang aku mendapat keredaan di pandanganmu, maka janganlah berlalu, aku mohon kepada kalian, daripada diriku:
4Biar sedikit air, aku mohon kepada kalian, diambil, dan basuhlah kaki kalian, dan istirahatlah diri kalian di bawah pokok ini:
5Dan aku akan mengambil sepotong roti, dan kalian hiburlah hati kalian; sesudah itu kalian barulah berlalu: sebab kerana itu kalian telah datang kepada hambamu. Dan mereka berkata, Buatlah demikian, seperti yang telah dikatakanmu.
6Dan Abraham bergegas ke dalam khemah kepada Sara, lalu berkata, Siapkanlah dengan lekas tiga sukat tepung halus, ulinya, dan buatlah roti di atas perdiangan.
7Dan Abraham berlari ke ternakan lembu, lalu mengambil seekor anak lembu yang empuk dan yang baik, dan memberinya kepada seorang teruna; dan teruna itu bergegas untuk mengolahnya.
8Dan dia mengambil mentega, dan susu, dan anak lembu yang sudah diolahnya itu, lalu menghidangkannya di hadapan mereka; dan dia berdiri bersampingan mereka di bawah pokok itu, dan mereka makan.
9Dan mereka berkata kepadanya, Di manakah isterimu, Sara? Dan dia berkata, Lihatlah, di dalam khemah.
10Dan dia berkata, Aku pasti akan kembali semula kepadamu menurut waktu nyawa; dan lihatlah, Sara isterimu akan melahirkan seorang anak lelaki. Dan Sara terdengar itu di pintu khemah yang ada di belakangnya.
11Abraham dan Sara sudah tua dan sungguh uzur kerana umur; dan ragam wanita dalam Sara sudah berhenti.
12Oleh sebab itu, Sara tertawa dalam dirinya, dengan berkata, Sesudah aku menjadi tua akankah aku ada kenikmatan, sementara tuanku juga sudah tua?
13Dan TUHAN berkata kepada Abraham, Mengapakah Sara tertawa, dengan berkata, Akankah aku pasti melahirkan anak, sementara aku tua?
14Adakah apa pun yang terlalu sukar bagi TUHAN? Pada waktu yang telah ditentukan aku akan kembali kepada kamu, menurut waktu nyawa, dan Sara akan mendapat seorang anak lelaki.
15Selepas itu Sara menafikannya, dengan berkata, Aku tidak tertawa; sebab dia takut. Dan dia berkata, Tidak; tetapi kamu memang tertawa.
16Dan para lelaki itu bangun untuk beralih dari sana, dan memandang ke Sodom: dan Abraham pergi bersama mereka untuk menghantar mereka.
17Dan TUHAN berkata, Akankah kusembunyi daripada Abraham apa yang dilakukanku;
18Memandangkan Abraham akan pasti menjadi bangsa yang besar dan yang kuat, dan seluruh bangsa di bumi akan diberkati di dalamnya?
19Sebab Aku mengenalnya, bahawa dia akan mengarahkan anak-anaknya dan rumah tangganya supaya mengikutinya, dan mereka akan berpegang kepada jalan TUHAN, untuk melakukan keadilan dan penghakiman; supaya TUHAN akan melaksana ke atas Abraham apa yang telah dibicarakanNya tentang dia.
20Dan TUHAN berfirman, Oleh sebab keluhan Sodom dan Gomora besar, dan kerana dosa mereka sungguh teruk;
21Aku akan turun sekarang, dan melihat jikalau mereka telah berbuat sama sekali sesuai dengan keluhan itu, yang telah sampai kepadaku; dan jika tidak, aku akan tahu.
22Dan para lelaki itu memalingkan wajah mereka dari tempat itu, dan pergi ke arah Sodom: tetapi Abraham kekal berdiri di hadapan TUHAN.
23Dan Abraham mendekat, dan berkata, Akankah engkau juga membinasakan orang benar bersama-sama orang durjana?
24Dengan adanya kemungkinan lima puluh orang benar di dalam kota itu: akankah engkau juga membinasa dan tidak melepaskan tempat itu kerana lima puluh orang benar yang ada di dalamnya?
25Itu dijauhkan daripada engkau untuk melakukan sedemikian, untuk menewaskan orang benar dengan orang jahat: dan supaya orang benar diperlakukan seperti orang jahat, itu dijauhkan daripada engkau: Bukankah Hakim seluruh bumi akan berbuat benar?
26Dan TUHAN berfirman, Jika aku menemui di Sodom lima puluh orang benar yang berada di dalam kota itu, maka aku akan melepaskan seluruh tempat itu demi mereka.
27Dan Abraham menjawab dan berkata, Lihatlah, aku telah bertindak sendiri untuk berbicara kepada Tuhan, iaitu aku yang hanya debu dan abu:
28Dengan adanya kemungkinan kurang lima daripada lima puluh orang benar itu: akankah engkau juga membinasa seluruh kota itu kerana kekurangan lima? Dan firmannya, Jika aku menemui di sana empat puluh dan lima, aku tidak akan membinasakannya.
29Dan Abraham berbicara kepadanya sekali lagi, dan berkata, dengan adanya kemungkinan empat puluh yang ditemui di sana. Dan firmannya, Aku tidak akan melakukannya demi empat puluh.
30Dan dia berkata kepadanya, Ya janganlah Tuhan marah, dan aku akan berbicara: Dengan adanya kemungkinan tiga puluh ditemui di sana. Dan firmannya, Aku tidak akan melakukannya, jika aku menemui tiga puluh di sana.
31Dan dia berkata, Lihatlah sekarang, aku telah bertindak sendiri untuk berbicara kepada Tuhan: Dengan adanya kemungkinan dua puluh ditemui di sana. Dan firmannya, Aku tidak akan membinasakannya demi dua puluh.
32Dan dia berkata, Ya janganlah Tuhan marah, dan aku akan berbicara lagi hanya sekali ini: Dengan adanya kemungkinan sepuluh orang ditemui di sana. Dan firmannya, Aku tidak akan membinasakannya demi sepuluh.
33Dan pergilah TUHAN sebaik sahaja dia meninggal berhubung dengan Abraham: dan Abraham kembali ke tempatnya.