Genesis 26

Kejadian 26

1Dan kebuluran terjadi di kawasan tanah itu, di samping kebuluran yang lanjut pada hari-hari Abraham. Dan Ishak pergi ke Gerar, kepada raja Abimelekh, raja orang Filistin.

2Dan TUHAN menyatakan diri kepadanya, dan berkata, Jangan turun ke Mesir; berdiamlah di tanah yang akan diberitahukanku kepadamu:

3Merantaulah di kawasan tanah ini, dan aku akan berada bersamammu, dan akan memberkatimu; sebab kepadamu, dan kepada benihmu, aku akan memberi kesemua negeri-negeri ini, dan aku akan melaksanakan sumpah yang telah disumpahkanku kepada Abraham bapamu;

4Dan aku akan menjadikan benihmu untuk berganda seperti bintang-bintang di syurga, dan aku akan memberi kepada benihmu kesemua negeri-negeri ini; dan di dalam benihmu akan segala bangsa di bumi diberkati;

5Kerana Abraham telah mentaati suaraku, dan telah berpegang kepada titahku, dan perintah-perintahku, dan peraturan-peraturanku, dan hukum-hukumku.

6Dan Ishak berdiam di Gerar:

7Dan lelaki di tempat itu menanyanya tentang isterinya; dan dia berkata, Dia saudariku: sebab dia takut untuk berkata, Dia isteriku; supaya jangan, khabar Ishak, para lelaki di tempat itu membunuhku untuk Ribka; kerana Ribka sungguh cantik untuk dipandang.

8Dan terjadilah, sesudah dia lama menetap di sana, bahawa Abimelekh, raja orang Filistin, melihat menerusi tingkap, dan ternampak Ishak sedang bercumbu-cumbuan dengan Ribka, iaitu isteri Ishak.

9Dan Abimelekh memanggil Ishak, dan berkata, Lihatlah, sudah pasti dia isterimu: dan bagaimanakah kamu berkata, Dia saudariku? Dan Ishak berkata kepadanya, Kerana aku berkata, Supaya jangan aku mati kerana dia.

10Dan Abimelekh berkata, Apakah ini yang telah kamu buat kepada kami? salah seorang rakyat mungkin dengan mudah sudah berbaring dengan isterimu, dan kamu akan sudah mendatangkan kesalahan ke atas kami.

11Dan Abimelekh bertitah kepada semua rakyatnya, dengan berkata, Dia yang menyentuh lelaki ini atau isterinya akan pasti dihukum mati.

12Kemudian Ishak menabur di tanah itu, dan menerima pada tahun yang sama seratus kali ganda: dan TUHAN memberkatinya.

13Dan lelaki itu bertambah hebat, dan maju ke depan, dan bertambah sehingga dia menjadi sungguh hebat:

14Sebab dia mempunyai harta milik kawanan domba, dan harta milik ternakan lembu, dan bilangan hamba yang besar: dan orang Filistin beriri hati terhadapnya.

15Sebab semua perigi yang telah digali hamba-hamba ayahnya pada hari-hari Abraham, ayah Ishak, orang Filistin pula menutupinya dan menimbunnya dengan tanah.

16Dan Abimelekh berkata kepada Ishak, pergilah daripada kami; sebab kamu lebih kuat daripada kami.

17Dan Ishak bertolak dari situ, lalu mendirikan khemahnya di lembah Gerar, dan berdiam di sana.

18Dan Ishak menggali semula perigi-perigi air, yang telah digali mereka pada hari-hari Abraham, ayah Ishak; sebab orang Filistin telah menutupinya sesudah kematian Abraham: dan dia memanggil nama-nama perigi-perigi itu menurut nama-nama yang dipasang ayahnya dahulu.

19Dan hamba-hamba Ishak menggali di lembah, lalu menemui di sana sebuah perigi yang airnya memancar.

20Dan para penggembala Gerar bersengketa dengan penggembala Ishak, dengan berkata, Air itu kepunyaan kami: dan Ishak memanggil nama perigi itu Esek; kerana mereka bersengketa dengannya.

21Dan mereka menggali sebuah perigi lagi, dan bersengketa untuk itu juga: dan dia memanggil nama perigi itu Sitna.

22Dan dia berpindah dari situ, dan menggali sebuah perigi lagi; dan bagi perigi itu mereka tidak bersengketa: dan dia memanggil namanya Rehobot; dan dia berkata, Sebab sekarang TUHAN telah membuka ruang bagi kita, dan kita akan berbuah di kawasan tanah ini.

23Dan Ishak berangkat dari sana ke Bersyeba.

24Dan TUHAN menampakkan diri kepadanya pada malam yang sama, dan berkata, akulah Allah Abraham bapamu: janganlah takut, sebab aku ada bersamamu, dan akan memberkatimu, dan menggandakan benihmu demi hambaku Abraham.

25Dan Ishak membina sebuah mazbah di sana dan berseru kepada nama TUHAN, dan mendirikan khemahnya di sana: dan di sana hamba-hamba Ishak menggali sebuah perigi.

26Kemudian Abimelekh pergi kepadanya dari Gerar, dengan Ahuzat, salah seorang sahabatnya, dan Pikhol, ketua utama tenteranya.

27Dan Ishak berkata kepada mereka, Mengapakah kalian datang kepadaku, memandangkan kalian membenciku, dan telah menghantarku keluar dari kalangan kalian?

28Dan mereka berkata, Kami nampak dengan tentu bahawa TUHAN ada bersamamu: dan kami berkata, Biar sekarang adanya sumpah di antara kita, yakni di antara kami dan kamu, dan biar kita membuat sebuah waad denganmu;

29Supaya kamu tidak akan mengancam kami, seperti kami tidak menyentuhmu, dan seperti kami telah tidak berbuat apa pun kepadamu kecuali kebaikan, dan telah menghantarmu keluar dengan damai sejahtera: kamu sekarang orang yang diberkati TUHAN.

30Dan Ishak mengadakan perjamuan bagi mereka, dan mereka makan dan minum.

31Dan mereka bangun awal pada waktu pagi, dan bersumpah kepada satu sama lain: dan Ishak menghantar mereka pergi, dan mereka bertolak daripadanya dengan damai sejahtera.

32Dan terjadilah pada hari yang sama, bahawa hamba Ishak datang, dan memberitahunya berkenaan perigi yang telah digali mereka, dan berkata kepadanya, Kami telah menemui air.

33Dan Ishak memanggilnya Syeba: oleh sebab itu nama kota itu ialah Bersyeba sampai ke hari ini.

34Dan Esau berumur empat puluh tahun ketika dia mengambil sebagai isteri, Yudit, anak perempuan kepada Beeri, orang Het, dan Basmat, anak perempuan Elon orang Het:

35Yang menjadi dukacita minda Ishak dan Ribka.