Genesis 31

Kejadian 31

1Dan Yakub terdengar kata-kata anak-anak lelaki Laban, yang berkata, Yakub sudah mengambil semua yang dimiliki ayah kami; dan apa yang kepunyaan ayah kami telah dia peroleh segala kemuliaan itu.

2Dan Yakub melihat wajah Laban, dan, lihatlah, ia wajah yang tidak lagi memandang kepada dia seperti dahulu.

3Dan TUHAN berkata kepada Yakub, Kembalilah ke tanah bapa-bapa leluhurmu, dan kepada sanak saudaramu; dan aku akan berada bersamamu.

4Dan Yakub mengutus dan memanggil Rahel dan Lea ke padang kepada kawanan-kawanannya,

5Dan berkata kepada mereka, Aku melihat wajah ayahmu, bahawa ia tidak lagi memandang kepadaku seperti dahulu; tetapi Allah ayahku telah berada bersamaku.

6Dan kalian tahu bahawa dengan segala kuasaku aku telah melayani ayahmu.

7Dan ayahmu telah memperdayakanku, dan telah sepuluh kali mengubahkan upahku; tetapi Allah tidak mengizinkannya untuk berbuat jahat kepadaku.

8Jika dia berkata demikian, Yang berbintik-bintik dijadikan upahmu; maka semua ternakan melahirkan anak yang berbintik-bintik: dan jika dia berkata demikian, Yang bercoreng-coreng dijadikan upahmu; maka semua ternakan melahirkan anak bercoreng-coreng.

9Demikianlah Allah telah mengambil ternakan ayahmu, dan memberinya kepadaku.

10Dan terjadilah pada masa ternakan itu bersenyawa, bahawa aku melayang pandanganku dan melihat di dalam sebuah mimpi, dan, lihatlah, domba-domba jantan yang melompat ke atas ternakan adalah bercoreng-coreng, berbintik-bintik, dan berwarna kelabu.

11Dan malaikat Allah berbicara kepadaku di dalam mimpi, dengan berkata, Yakub: Dan aku berkata, Di sinilah aku.

12Dan dia berkata, Layangkanlah pandanganmu sekarang, dan lihat, semua domba-domba jantan yang melompat ke atas ternakan adalah bercoreng-coreng, berbintik-bintik, dan berwarna kelabu: sebab aku telah melihat segalanya yang telah dibuat Laban kepadamu.

13Akulah Allah Betel, tempat yang kamu mengurapi tugu itu, dan tempat yang telah kamu membuat satu nazar kepadaku: sekarang bangkitlah, keluarlah kamu dari kawasan tanah ini, dan kembalilah ke tanah sanak saudaramu.

14Dan Rahel dan Lea menjawab dan berkata kepadanya, Mungkinkah adanya apa pun bahagian atau warisan lagi bagi kami di rumah ayah kami?

15Bukankah kami dihitungnya orang asing? sebab dia telah menjual kami, dan juga telah banyak menghanguskan wang kami juga.

16Bagi segala kekayaan yang telah Allah ambil daripada ayah kami, itulah kepunyaan kami, dan bagi anak-anak kami: maka sekarang, barang apa yang telah difirmankan Allah kepadamu, lakukanlah itu.

17Kemudian Yakub bangkit, dan menaruh anak-anak lelakinya dan para siterinya ke atas unta;

18Dan dia membawa segala ternakannya, dan segala barang yang telah diperolehnya, ternakan pemerolehannya, yang telah diperolehnya di Padanaram, untuk pergi kepada Ishak, ayahnya, di tanah Kanaan.

19Dan Laban pergi untuk menggunting bulu dombanya: dan Rahel mencuri patung-patung kepunyaan ayahnya.

20Dan Yakub berangkat senyap-senyap tanpa disedari Laban, orang Siria itu, dengan cara tidak memberitahunya bahawa dia telah melarikan diri.

21Maka dia melari diri dengan segala yang dimilikinya; dan dia bangkit, dan menyeberangi sungai, dan menetapkan arah tujuannya ke gunung Gilead.

22Dan pada hari ketiga ia diberitahu Laban bahawa Yakub sudah melarikan diri.

23Dan Laban membawa saudara-saudaranya bersamanya, dan mengejar Yakub sejauh tujuh hari perjalanan; dan mereka memintasinya di gunung Gilead.

24Dan Allah datang dalam suatu mimpi kepada Laban pada waktu malam, dan berkata kepadanya, Endahkan supaya kamu tidak berbicara kepada Yakub sama ada baik ataupun jahat.

25Kemudian Laban memintas Yakub. Dalam pada itu, Yakub telah mendirikan khemahnya di gunung: dan Laban bersama saudara-saudaranya mendirikan khemah di gunung Gilead.

26Dan Laban berkata kepada Yakub, Apakah yang telah dilakukanmu, mengapakah kamu senyap-senyap berangkat tanpa kesedaranku, dan membawa dua anak perempuanku, seolah-olah mereka orang tawanan yang telah diambil dengan pedang?

27Mengapakah kamu melarikan diri secara rahsia, dan senyap-senyap berangkat; dan tidak memberitahuku, supaya aku mungkin dapat menghantarmu dengan meriah, dan dengan lagu, dengan rebana, dan dengan kecapi?

28Dan tidak mengizinku untuk mencium anak-anak lelakiku dan anak-anak perempuanku? kamu sudah berbuat bebal dengan berbuat demikian.

29Ia di dalam kuasaku untuk berbuat jahat kepadamu: tetapi Allah ayahmu berbicara kepadaku semalam, dengan berkata, Endahkan supaya kamu tidak berbicara kepada Yakub sama ada baik ataupun jahat.

30Dalam pada itu, walaupun kamu harus pergi, kerana kamu sungguh rindu akan rumah ayahmu, mengapakah kamu sekarang mencuri dewa-dewaku?

31Dan Yakub menjawab dan berkata kepada Laban, Kerana aku takut: sebab aku berkata, Kemungkinan kamu akan mengambil dengan paksa anak-anak perempuanmu daripadaku.

32Barang siapa yang padanya ditemuimu dewa-dewamu, jangan biar dia hidup: di hadapan saudara-saudara kita camlah kamu apa yang kepunyaanmu denganku, dan ambillah itu kembali kepada dirimu. Sebab Yakub tidak tahu bahawa Rahel telah mencurinya.

33Dan Laban pergi ke dalam khemah Yakub, dan ke dalam khemah Lea, dan ke dalam kedua-dua khemah hamba-hamba perempuan; tetapi dia tidak menemuinya. Kemudian dia keluar dari khemah Lea, dan memasuki khemah Rahel.

34Dalam pada itu, Rahel telah mengambil patung-patung itu, dan telah menaruhnya ke dalam perlengkapan untanya, lalu mendudukinya. Dan Laban menggeladah seluruh khemah itu, tetapi tidak menemuinya.

35Dan Rahel berkata kepada ayahnya, Biar ini jangan menjadikan tuanku marah bahawa aku tidak dapat bangun di hadapanmu; sebab ragam perempuan sudah menimpa diriku. Dan Laban menggeladah, tetapi tidak menemui patung-patung itu.

36Dan Yakub menjadi murka, dan bertengkar dengan Laban: dan Yakub menjawab dan berkata kepada Laban, Apakah pelanggaranku? apakah dosaku, sehingga kamu dengan hebatnya mengejar aku?

37Sesudah kamu menggeladah semua barangku, apakah yang telah ditemuimu yang merupakan barang rumahmu? Letakkanlah itu di sini di hadapan saudaraku dan saudaramu, supaya mereka dapat menghakimi di antara kita berdua.

38Selama dua puluh tahun ini aku bersama-sama kamu; domba bentinamu dan kambing bentinamu tidak pernah keguguran anaknya, dan domba-domba jantan kawananmu tidak pernah aku makan.

39Apa yang telah dikoyak binatang buas aku tidak membawa kembali kepadamu; aku yang menanggung kerugiannya; yang dicuri pula kamu menuntut dari tanganku, sama ada pada waktu siang ataupun pada waktu malam.

40Demikianlah aku; pada waktu siang panas terik mematahlesukanku, dan ibun pula pada waktu malam; dan tidurku menjauhi mataku.

41Demikianlah keadaanku selama dua puluh tahun di rumahmu; aku melayanimu empat belas tahun untuk dua anak perempuanmu, dan enam tahun untuk ternakanmu: dan kamu telah sepuluh kali mengubahkan upahku.

42Kalau bukan Allah ayahku, iaitu Allah Abraham, dan ketakutan Ishak, telah berada bersamaku, sudah tentu kamu sudah menghantarku balik sekarang dengan tangan kosong. Allah telah melihat kesengsaraanku dan jerih lelah tanganku, dan telah menegurmu semalam.

43Dan Laban menjawab dan berkata kepada Yakub, Anak-anak perempuan ini merupakan anak-anak perempuanku, dan budak-budak kecil ini merupakan budak-budak kecilku, dan ternakan ini merupakan ternakanku, dan semua yang dilihatmu ini ialah kepunyaanku: dan apakah yang dapat kubuat pada hari ini kepada semua ini iaitu anak-anak perempuanku, atau kepada anak-anak mereka yang telah dilahirkan mereka?

44Oleh sebab itu, marilah, biarlah kita membuat suatu waad, aku dan kamu; dan biar ia menjadi kesaksian di antara diriku dan dirimu.

45Dan Yakub mengambil sebuah batu, dan mendirikannya sebagai tugu.

46Dan Yakub berkata kepada saudara-saudaranya, Kumpulkanlah batu; dan mereka mengumpul batu, dan membuat timbunan: dan mereka makan di sana di atas timbunan itu.

47Dan Laban memanggil tempat itu Yegarsahaduta: tetapi Yakub memanggilnya Galed.

48Dan Laban berkata, Timbunan ini ialah saksi di antara dirimu dan diriku pada hari ini. Oleh sebab itu, namanya dipanggil Galed;

49Dan Mizpa; sebab dia berkata, TUHAN berjaga di antara diriku dan dirimu, pada waktu kita tidak hadir dengan satu sama lain.

50Jika kamu menyengsarakan anak-anak perempuanku, atau jika kamu mengambil mana-mana isteri selain daripada anak-anak perempuanku, tiada orang ada bersama kita; lihatlah, Allah yang menjadi saksi di antara diriku dan dirimu.

51Dan Laban berkata kepada Yakub, Lihatlah timbunan ini, dan lihatlah tugu ini, yang telah kudirikan di antara diriku dan dirimu;

52Timbunan ini menjadi saksi, dan tugu ini menjadi saksi, bahawa aku tidak akan melintas timbunan ini kepadamu, dan kamu tidak akan melintasi timbunan ini dan tugu ini kepadaku, untuk melakukan kejahatan.

53Allah Abraham, dan Alalh Nahor, Allah bapa leluhur mereka, menghakimi di antara kita. Dan Yakub bersumpah demi ketakutan ayahnya, Ishak.

54Kemudian Yakub mempersembahkan korban di atas gunung, dan memanggil saudara-saudaranya untuk memakan roti: dan mereka memakan roti, dan tinggal semalaman di gunung itu.

55Dan pada awal pagi, Laban bangun, dan mencium anak-anak lelakinya dan anak-anak perempuannya, dan memberkati mereka: dan Laban bertolak, dan pulang ke tempatnya.