Hebrews 12

Ibrani 12

1Lantaran itu, memandangkan kita juga dikelilingi suatu awan saksi yang sebegitu besar, biar kita mengetepikan setiap beban, dan dosa yang sebegitu mudah menjerat kita, dan biar kita lari, dengan sabar, perlumbaan yang telah ditentukan di hadapan kita.

2Sedang kala memandang kepada Yesus, iaitu pengarang dan pelengkap iman kita; yang bagi sukacita yang telah ditentukan di hadapannya telah menanggung salib, memandang hina keaiban itu, dan telah didudukkan di tangan kanan takhta Allah.

3Sebab pertimbangkanlah dia yang telah menanggung percanggahan para pendosa sebegitu terhadap dirinya sendiri, supaya jangan kalian menjadi jemu lalu menjadi lemah dalam mindamu.

4Kalian belum bertahan sampai ke darah, sementara berjuang menentang dosa.

5Dan kalian sudah lupa gesaan yang berbicara kepada kalian sebagai kepada anak, Hai anakku, janganlah benci hukuman daripada Tuhan, atau menjadi lemah apabila kamu ditegur olehNya:

6Sebab sesiapa yang Tuhan kasihi, dia hukum, dan dia menyesah setiap anak yang dia sambut.

7Jika kalian dikenakan hukuman, Allah berurusan dengan kalian sebagai anak; sebab siapakah anak yang ayahnya tidak menghukumnya?

8Tetapi jika kalian ditinggalkan tanpa hukuman, yang semua orang pun harus menerimanya, maka kalian itu anak gampang, dan bukanlah anak.

9Lebih-lebih lagi, kita dahulu mempunyai ayah kandung kita yang telah memperbetulkan kita, dan kita memberi mereka keseganan: tidakkah kita harus lebih tertakluk kepada Bapa segala roh, dan beroleh kehidupan?

10Sebab sesungguhnya mereka hanya menghukum kita untuk beberapa hari menurut kesukaan mereka; tetapi Dia menghukum kita untuk keuntungan kita, supaya kita boleh menjadi peserta dalam kekudusannya.

11Tiada hukuman, buat semasa ia dikenakan, dianggap sebagai sukacita tetapi dukacita: namun demikian, ia kemudian menghasilkan buah kewajaran yang berdamai itu bagi mereka yang dilatih olehnya.

12Oleh sebab itu, tinggikanlah tangan yang diturunkan, dan lutut-lutut yang lemah itu;

13Dan jadikan jalanmu lurus bagi kaki kalian, supaya jangan yang tempang terpesong jalannya; tetapi sebaliknya biarlah ia disembuhkan.

14Ikutilah jalan damai sejahtera dengan semua orang, dan kekudusan, yang tanpa itu tidak seorang pun yang dapat melihat Tuhan:

15Menjaga dengan tekun supaya jangan sesiapa pun menghampakan rahmat Allah; supaya jangan ada apa akar kepahitan yang bertunas dan merunsingkan kalian, dan olehnya banyak yang dicemarkan.

16Supaya jangan ada sesiapa pun penzina, atau orang yang cabul, seperti Esau, yang kerana sepotong roti telah menjual hak kelahirannya.

17Sebab kalian tahu bagaimana selepas itu, ketika dia harus mewarisi berkat itu, dia telah ditolak: sebab dia tidak menemui apa pun peluang untuk pertaubatan, walaupun dia teliti mencarinya dengan tangisan.

18Sebab kalian tidak datang ke gunung yang dapat disentuh, dan yang membakar dengan api, dan tidak juga ke kehitaman, dan kegelapan, dan ribut kencang,

19Dan kepada bunyi sangkakala, dan suara yang menutur firman; suara yang sesudah mereka dengar telah mereka merayu supaya firman itu tidak akan dituturkan kepada mereka lagi:

20(Sebab mereka tidak dapat bertahan dengan apa yang diperintahkan, Dan jika sampai suatu binatang pun menyentuh gunung ini, ia akan direjam, atau ditembusi damak:

21Dan pemandangan itu sebegitu dahsyat, sehingga Musa berkata, Aku teramat takut dan gementar:)

22Tetapi kalian sudah datang ke gunung Sion, dan ke kota Allah yang hidup, Yerusalem syurgawi, dan kepada kumpulan malaikat yang tidak terbilang,

23Ke perhimpunan agung dan gereja anak sulung, iaitu mereka yang tercatat di syurga, dan kepada Allah yang Hakim segalanya, dan kepada roh-roh orang benar yang sudah disempurnakan,

24Dan kepada Yesus yang pengantara waad yang baru, dan kepada percikan darah, yang berbicara hal yang lebih baik daripada darah Habel.

25Pastikan kalian tidak menolak dia yang berfirman. Sebab jika mereka tidak terlepas, iaitu mereka yang menolak dia yang berbicara di bumi, lebih-lebih lagi kita tidak akan terlepas, jika kita berpaling daripada dia yang berbicara dari syurga:

26Yang suaranya dahulu menggoncang bumi: tetapi sekarang dia sudah berjanji dengan berkata, Malah sekali lagi aku menggoncangkan bukan sahaja bumi tetapi juga syurga.

27Dan perkataan ini, Malah sekali lagi, melambangkan penyingkiran apa yang dapat digoncangkan dan apa yang diciptakan, supaya apa yang tidak dapat digoncangkan akan tinggal tetap.

28Oleh sebab itu, sedang kala kita menerima kerajaan yang tidak tergoyah, biarlah kita ada rahmat, yang dengan itu kita dapat melayani Allah secara berkenan dengan keseganan dan ketakutan salih:

29Sebab Allah kita ialah api yang menghanguskan.