1Kalian berkatalah kepada saudara-saudaramu, Ami; dan kepada saudari-saudarimu, Ruhama.
2Rayulah kepada ibumu, rayu: sebab dia bukanlah isteriku, dan aku bukan suaminya: maka biar dia menjauhi pelacuran di pandangannya, dan perzinaannya dari antara buah dadanya;
3Supaya jangan aku menanggalkan bajunya sampai telanjang, dan membiarkannya seperti pada hari dia dilahirkan, dan menjadikannya seperti suatu padang gurun, dan menempatkannya seperti tanah kering, dan membunuhnya dengan kehausan.
4Dan aku tidak akan ada belas kasihan kepada anak-anaknya; sebab mereka merupakan anak hasil pelacuran.
5Sebab ibu mereka telah berfoya-foya sebagai pelacur: dia yang telah mengandung mereka telah berbuat malu: sebab dia berkata, Aku akan mengikuti para kekasihku, yang memberiku rotiku dan airku, bulu dombaku, dan kain flaksku, minyakku dan minumanku.
6Oleh sebab itu, lihatlah, aku akan memagari jalanmu dengan duri, dan membuat benteng, supaya dia tidak akan dapat menemui jalan-jalannya.
7Dan dia akan mengikuti para kekasihnya, tetapi dia tidak akan dapat mencapai mereka; dan dia akan mencari mereka, tetapi tidak akan menemui mereka: kemudian dia akan berkata, Aku akan pergi dan kembali kepada suamiku yang pertama; sebab ketika itu lebih baik bagiku daripada sekarang.
8Sebab dia tidak tahu bahawa aku telah memberinya jagung, dan wain, dan minyak, dan telah menggandakan perak dan emasnya, yang telah mereka siap untuk Baal.
9Oleh sebab itu, aku akan kembali, dan mengambil jagungku pada waktunya, dan wainku pada musimnya, dan akan mengambil balik kain bulu domba dan kain flaksku yang telah diberi kepadanya untuk menutupi ketelanjangannya.
10Dan sekarang aku akan menyingkapkan kelucahannya di pandangan kekasihnya, dan tidak seorang pun yang akan menyelamatkannya dari tanganku.
11Aku juga akan menyebabkan kemeriahannya untuk berhenti, pesta-pestanya, bulan barunya, dan hari sabatnya, dan segala pesta takzimnya.
12Dan aku akan membinasakan pokok-pokok anggurnya dan pokok-pokok aranya, yang dikatakannya, Inilah ganjaran-ganjaranku yang telah diberi para kekasihku kepadaku: dan aku akan menjadikannya sebagai hutan, dan binatang-binatang di padang akan memakannya.
13Dan aku akan menimpa kepadanya hari-hari para Baal, yang ketika itu dia membakar dupaan kepada mereka, dan dia menghiasi dirinya dengan anting-anting dan dengan barang kemas, dan dia menuruti para kekasihnya, dan telah melupakanku, firman TUHAN.
14Oleh sebab itu, lihatlah, aku akan memikatnya, dan membawanya ke padang gurun, dan berbicara dengan lembut kepadanya.
15Dan aku akan memberi kepadanya kebun anggur dari situ, dan di lembah Akhor sebagai pintu harapan: dan dia akan menyanyi di sana, seperti pada hari-hari masa mudanya, dan seperti pada hari ketika dia keluar dari tanah Mesir.
16Dan ia akan terjadi, firman TUHAN, bahawa kamu akan memanggilku Ishi; dan tidak akan lagi memanggilku para Baal.
17Sebab aku akan menjauhkan nama para Baal dari mulutnya, dan mereka tidak akan lagi diingati menurut nama mereka.
18Dan pada hari itu aku akan membuat waad bagi mereka dengan binatang-binatang di padang, dan dengan burung-burung di syurga, dan dengan binatang-binatang yang merayap di tanah: dan aku akan mematahkan busur dan pedang dan pertempuran dari bumi, dan akan menjadikan mereka berbaring dengan selamat.
19Dan aku akan menjadikan dirimu isteri kepadaku untuk selamanya; ya, aku akan menjadikan dirimu isteri kepadaku dalam kewajaran, dan dalam penghakiman, dan dalam kasih sayang, dan dalam belas kasihan.
20Aku malah akan menjadikan dirimu isteri kepadaku dalam kesetiaan: dan kamu akan mengenal TUHAN.
21Dan ia akan terjadi pada hari itu bahawa aku akan mendengar, firman TUHAN, aku akan mendengar syurga, dan mereka akan mendengar bumi;
22Dan bumi akan mendengar jagung, dan wain, dan minyak; dan mereka akan mendengar Yizreel.
23Dan aku akan menabur dia bagiku di bumi; dan aku akan ada belas kasihan kepada dia yang tidak peroleh belas kasihan; dan aku akan berkata kepada mereka yang bukan umatku, Kamu merupakan umatku; dan mereka akan berkata, Engkaulah Allahku.