1Sebab TUHAN akan berbelas kasihan kepada Yakub, dan akan memilih Israel, dan menaruh mereka di tanah mereka sendiri: dan orang-orang asing akan bergabung dengan mereka, dan mereka akan berpaut kepada rumah tangga Yakub.
2Dan bangsa-bangsa akan mengambil mereka, dan membawa mereka pulang ke tempat mereka: dan rumah tangga Israel akan memiliki bangsa-bangsa di tanah TUHAN sebagai hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuan: dan Israel akan mengambil mereka sebagai tawanan, iaitu Israel yang dahulu merupakan tawanan mereka; dan Israel akan memerintah atas para penindas mereka.
3Dan akan terjadilah pada hari yang TUHAN memberi kepadamu rehat daripada dukacita, dan daripada ketakutanmu, dan daripada pembelengguan keras yang telah kamu dipaksa untuk melayani,
4Bahawa kamu akan menyebut pepatah amsal ini terhadap raja Babel, dan berkata, Betapa hebatnya si penindas telah berakhir! Betapa hebatnya kota emas telah berakhir!
5TUHAN telah mematahkan tongkat orang durjana, dan cokmar para penguasa.
6Dia yang telah memukul bangsa-bangsa dalam murka dengan pukulan yang tidak terputus-putus, dia yang memerintah bangsa-bangsa dengan marah, dianiaya dan tidak seorang pun yang menghalang.
7Seluruh bumi beristirahat, dan adalah tenteram: mereka bersorak dengan nyanyian.
8Ya, pokok-pokok fir akan bersukacita terhadapmu, dan pokok-pokok sedar di Lebanon juga dengan berkata, Sementara kamu ditumbangbaringkan, tiada lagi orang yang naik menentang kami.
9Neraka dari bawah telah digerakkan untukmu supaya dapat menemuimu pada kedatanganmu: ia membangunkan arwah-arwah bagimu, bahkan arwah-arwah yang ketua di bumi; ia telah membangkitkan dari takhta-takhta mereka semua raja bangsa-bangsa.
10Mereka semua akan berbicara dan berkata kepadamu, Adakah kamu juga menjadi lemah seperti kami? sudahkah kamu menjadi seperti kami?
11Kegemilanganmu telah diturunkan ke dalam kubur, dan bersama bunyi viol-violmu: cacing dibentangkan di bawahmu, dan cacing-cacing melitupimu.
12Betapa hebatnya kamu telah jatuh, wahai Lusifer, anak fajar pagi! betapa hebatnya kamu telah ditebangtumbangkan ke tanah, yang dahulu telah melemahkan bangsa-bangsa!
13Sebab kamu telah berkata di dalam hatimu, Aku akan naik ke syurga, aku akan menyanjungi takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah: aku akan duduk juga di atas gunung para jemaah, di sebelah persisian-persisian utara:
14Aku akan naik mengatasi ketinggian awan-awan; aku akan menjadi seperti Yang Maha Tinggi.
15Namun kamu akan diturunkan ke neraka, ke persisian-persisian liang kubur.
16Mereka yang melihatmu akan dengan suntuk melihatmu, dan mengamat-amatimu, dengan berkata, Adakah ini orang yang telah menjadikan bumi gementar, yang telah mengegarkan kerajaan-kerajaan;
17Yang telah menjadikan dunia sebagai padang gurun, dan yang telah membinasakan kota-kotanya; yang tidak membuka rumah orang-orang tawanannya?
18Semua raja bangsa-bangsa, bahkan semua mereka, berbaring dalam kemuliaan, masing-masing di dalam rumahnya sendiri.
19Tetapi kamu telah dibuang keluar dari kuburmu seperti ranting yang keji, dan seperti pakaian orang yang tertewas, dilantasi pedang, yang turun ke batu-batu liang kubur; seperti bangkai yang diinjak-injak di bawah kaki.
20Kamu tidak akan menyertai mereka dalam penguburan, kerana kamu telah membinasakan tanahmu, dan telah membunuh rakyatmu: benih para pelaku jahat tidak akan masyur.
21Siapkanlah penewasan bagi anak-anaknya sebab kedurjanaan bapa-bapa mereka; supaya mereka tidak bangkit, dan tidak memiliki tanah, dan tidak mengisi permukaan bumi dengan kota-kota.
22Sebab aku akan bangkit menentang mereka, firman TUHAN angkatan alam semesta, dan memutuskan dari Babel nama, dan sisa, dan anak, dan anak buah, firman TUHAN.
23Dan aku juga akan menjadikannya suatu harta milik bagi burung pucung, dan kolam-kolam air: dan aku akan menyapunya dengan penyapu pembinasaan, firman TUHAN angkatan alam semesta.
24TUHAN angkatan alam semesta telah bersumpah, dengan berkata, Sepasti seperti aku telah fikir, demikianlah ia akan terjadi; dan seperti yang telah diertikanku, demikian itu akan berdiri kekal:
25Bahawa aku akan mematahkan orang Asyur di negeriku, dan di atas gunung-gunungku akan kuinjak-injaknya: kemudian kuk dia akan ditanggalkan daripada mereka, dan bebannya ditanggalkan dari bahu mereka.
26Inilah tujuan yang telah diertikan di atas seluruh bumi: dan inilah tangan yang terhulur ke atas segala bangsa.
27Sebab TUHAN angkatan alam semesta telah bererti berbuat demikian, dan siapakah yang akan membatalkannya? dan tangannya dihulurkan luas, dan siapakah yang akan memalingkan tangannya kembali?
28Pada tahun raja Ahaz mangkat, inilah bebannya.
29Janganlah kamu bersukacita, wahai segenap Filistea, kerana tongkat orang yang telah memukulmu telah patah: sebab dari akar ular akan keluar seekor ular, dan hasil buahnya ialah ular berapi-api yang terbang.
30Dan anak sulung orang miskin akan makan, dan orang keperluan akan berbaring dalam keselamatan: dan aku akan membunuh akarmu dengan kemarau, dan dia akan membunuh sisa-sisamu.
31Melolonglah, hai pintu gerbang; berserulah, hai kota; kamu, seluruh Filistea, sudah dileraikan: sebab akan datangnya dari utara suatu asap, dan tidak seorang pun yang akan bersendirian pada waktunya yang telah ditetapkan.
32Maka apakah yang akan seseorang menjawab para utusan bangsa itu? Bahawa TUHAN telah mengasaskan Sion, dan orang miskin umatnya akan percaya di dalamnya.