Isaiah 38

Yesaya 38

1Pada hari-hari itu Hizkia jatuh sakit sampai ke ambang maut. Dan nabi Yesaya, anak kepada Amos, datang kepadanya dan berkata kepadanya, Beginilah firman TUHAN, Aturkanlah rumah tanggamu: sebab kamu akan mati, dan tidak akan hidup.

2Kemudian Hizkia memalingkan mukanya ke arah dinding, lalu berdoa kepada TUHAN,

3Dan berkata, Ingatlah sekarang, ya TUHAN, aku merayu kepadamu, bagaimana aku telah berjalan di hadapanmu dalam kebenaran dan dengan hati yang sempurna, dan telah berbuat apa yang baik di dalam pandanganmu. Dan Hizkia menangis dengan keras sekali.

4Kemudian datanglah firman TUHAN kepada Yesaya, dengan berkata,

5Pergi, dan berkata kepada Hizkia, Beginilah firman TUHAN, Allah Daud bapamu, Aku telah mendengar doamu, aku telah melihat tangisan-tangisanmu: lihatlah, aku akan menambahkan kepada hayatmu lima belas tahun.

6Dan aku akan melepaskanmu dan kota ini daripada tangan raja Asyur: dan aku akan mempertahankan kota ini.

7Dan ini akan menjadi tanda kepadamu daripada TUHAN, bahawa TUHAN akan melakukan ini yang telah dibicarakannya;

8Lihatlah, aku akan menterbalikkan semula darjah pusingan bayang-bayang, yang telah berjalan di jam matahari Ahaz, untuk sepuluh darjah ke belakang. Maka, matahari pusing terbalik sepuluh darjah, iaitu darjah-darjah yang telah dijalaninya.

9Tulisan Hizkia raja Yehuda, ketika dia telah jatuh sakit, dan telah dipulihkan daripada kesakitannya:

10Aku berkata pada waktu pemotongan hari-hariku, aku akan pergi ke pintu gerbang kubur: aku sudah ditolak daripada perlanjutan umur sisaku.

11Aku berkata, aku tidak akan melihat TUHAN, bahkan TUHAN, di tanah orang yang hidup: aku tidak akan melihat lagi manusia dengan para penghuni dunia.

12Umurku sudah bertolak, dan dicabut daripadaku seperti khemah gembala: Aku telah memotong nyawaku seperti tukang tenun: dia akan memotongku dengan kesakitan yang berlengah-lengah: dari siang sampai malam akan engkau menamatkan diriku.

13Aku mengira sampai fajar pagi, bahawa, seperti seekor singa, demikianlah dia akan mematahkan semua tulangku: dari siang sampai malam akan engkau menamatkan diriku.

14Seperti burung bangau atau burung pipit, demikianlah aku berceloteh: Aku mengerang seperti burung merpati: mataku sudah gagal dengan memandang ke atas: ya TUHAN, aku sudah tertindas; ambil alih bagiku.

15Apakah yang harus aku katakan? Dia telah berbicara kepadaku, dan dirinya sendiri yang telah melakukannya: Aku akan pergi dengan perlahan segala tahun hidupku dalam kepahitan jiwaku.

16Ya Tuhan, oleh hal-hal ini manusia hidup, dan dalam hal-hal ini ialah nyawa rohku: dengan demikian engkau akan memulihkanku, dan menjadikanku hidup.

17Lihatlah, untuk damai sejahtera aku telah mengalami kepahitan besar: tetapi engkau dengan kasih bagi jiwaku melepaskannya dari lubang kereputan: sebab engkau telah melempari segala dosa-dosaku ke belakang dirimu.

18Sebab kubur tidak dapat memujimu, maut tidak dapat merayakanmu: mereka yang memasuki lubang kubur tidak dapat berharap untuk kebenaranmu.

19Orang yang hidup, ya, orang yang hidup itulah yang akan memuji engkau, seperti aku buat pada hari ini: yang akan mempertahukan kebenaranmu ialah bapa kepada anak.

20TUHAN sudah siap untuk menyelamatkanku: oleh sebab itu, kita akan menyanyi lagu-laguku dengan memakai alat-alat muzik bertali sepanjang hari-hari hayat kehidupan kita di rumah TUHAN.

21Sebab Yesaya telah berkata, Biar mereka membawa segugus buah ara, dan sapunya ke atas bisul, dan dia akan dipulihkan.

22Hizkia juga telah berkata, Apakah tandanya supaya aku akan pergi ke rumah TUHAN?