Isaiah 55

Yesaya 55

1Ayuh, setiap orang yang dahaga, marilah kalian ke air, dan dia yang tidak ada wang; kalian datanglah, beli, dan makan; ya, datang, beli wain dan susu tanpa wang dan tanpa harga bayaran.

2Mengapakah kalian membelanjakan wang bagi apa yang bukan roti? dan jerih lelahmu bagi apa yang tidak dapat memuaskan? Endahkanku dengan tekun, dan biar kalian makan apa yang baik, dan biar jiwamu bersuka dalam kegemukan.

3Cenderungkan telingamu, dan datanglah kepadaku: dengar, dan jiwamu akan hidup; dan aku akan membuat suatu waad abadi dengan kalian, yakni kepastian belas kasihan Daud.

4Lihatlah, aku telah menyerahkan dia sebagai seorang saksi kepada umat, seorang ketua dan komander kepada umat.

5Lihatlah, kamu akan memanggil suatu bangsa yang kamu tidak kenal, dan bangsa-bangsa yang tidak mengenalmu akan berlari kepadamu kerana TUHAN Allahmu, dan bagi Yang Mahakudus Israel; sebab dia telah memuliakanmu.

6Carilah TUHAN sementara dia dapat ditemui, kalian panggillah dia sementara dia dekat:

7Biar yang durjana meninggalkan jalannya, dan orang yang tidak benar meninggalkan fikirannya: dan biar dia kembali kepada TUHAN, dan TUHAN akan berbelas kasihan kepadanya; dan kembali kepada Allah kita, sebab Allah akan mengampuni dengan berkelimpahan.

8Sebab fikiranku bukan fikiran kalian, dan juga jalan-jalan kalian bukan jalan-jalanku, berfirman TUHAN.

9Sebab seperti syurga lebih tinggi daripada bumi, demikian jalan-jalanku lebih tinggi daripada jalan-jalan kalian, dan fikiranku lebih tinggi daripada fikiran kalian.

10Sebab seperti air hujan dan salji yang turun dari syurga, dan tidak kembali semula, tetapi mengairi bumi, dan menjadikannya berhasil dan bertunas, supaya ia dapat memberi benih kepada penabur, dan roti kepada pemakan:

11Demikianlah juga firmanku yang keluar dari mulutku: ia tidak akan kembali kepadaku dengan kosong, tetapi ia akan mencapai segala kesukaanku, dan ia akan makmur dalam apa yang telah kuutusnya.

12Sebab kalian akan keluar dengan bersukacita, dan dipimpin maju dengan damai sejahtera: gunung-gunung dan bukit-bukit akan memancarkan nyanyiannya di hadapan kalian, dan semua pokok di ladang akan bertepuk tangan.

13Daripada timbulnya semak duri, timbullah pokok fir, dan daripada timbullah rimbun duri, timbullah pokok bunga myrtle: dan ia akan dijadikan kepada TUHAN sebagai suatu nama masyhur, sebagai suatu tanda abadi yang tidak akan dipotong keluar.