1Beginilah firman TUHAN, Syurga ialah takhtaku, dan bumi ialah bangku kakiku: di manakah rumah yang kalian akan bina bagiku? dan di manakah tempat istirahatku?
2Sebab semua benda itu telah dijadikan tanganku, dan kesemua benda itu telah ada, berfirman TUHAN: tetapi kepada orang ini akan kupandang, yakni kepada dia yang miskin dan yang ada roh yang sesal, dan yang gementar terhadap firmanku.
3Dia yang membunuh lembu jantan adalah seolah-olah dia membunuh manusia; dia yang mengorbankan suatu anak domba adalah seolah-olah dia memotong leher anjing; dia yang mempersembahkan korban adalah seolah-olah dia mempersembahkan darah babi; dia yang membakar dupa adalah seolah-olah dia memuja suatu patung berhala. Ya, mereka telah memilih jalan-jalan sendiri, dan jiwa mereka bersuka dalam kekejian mereka.
4Aku juga akan memilih perdayaan-perdayaan mereka, dan akan membawa ketakutan mereka ke atas mereka; kerana ketika aku memanggil, tiada yang menjawab; ketika aku berbicara, mereka tidak mendengar: tetapi mereka melakukan jahat di hadapan mataku, dan memilih apa yang aku tidak suka.
5Dengar firman TUHAN, kalian yang gementar terhadap firmannya; Saudara-saudara kalian yang membenci kalian, yang telah menyingkirkan kalian demi namaku, dan berkata, Biar TUHAN dimuliakan: tetapi dia akan muncul bagi kesukaanmu, dan mereka pula akan dimalukan.
6Ini suatu suara gempar dari kota, suatu suara dari bait suci, suatu suara daripada TUHAN yang melaksanakan balasan kepada musuh-musuhnya.
7Sebelum dia sakit bersalin, dia sudah bersalin; sebelum mengalami sakit beranak, dia telah melahirkan anak lelaki.
8Siapakah yang pernah mendengar hal seperti itu? siapakah yang telah melihat hal-hal sedemikian? Akankah bumi mungkin bersalin dalam sehari? atau mungkinkah suatu negeri dilahirkan dengan seketika? sebab sebaik sahaja Sion sakit bersalin, dia telah melahirkan anak-anaknya.
9Akankah aku membawa setakat melahir, dan tidak menyebabkannya untuk melahir? firman TUHAN: akankah aku menyebabkannya untuk melahir, dan menutup rahim itu? firman Allah.
10Kalian bersukacitalah dengan Yerusalem, dan jadilah gembira dengannya, hai kalian yang mengasihinya: bersukacita kerana girang bersamanya, hai kalian yang meratap baginya:
11Supaya kalian boleh menghisap, dan dipuaskan dengan penghiburan buah dadanya; supaya kalian boleh menyusu, dan bersuka dengan kelimpahan kemuliaannya.
12Sebab beginilah firman TUHAN, LIhatlah, aku akan melanjutkan damai sejahtera kepadanya seperti sebuah sungai, dan kemuliaan orang bukan Yahudi seperti anak sungai yang mengalir: kemudian kalian akan menghisap, kalian akan digendong pada sisinya, dan dibelai-belai pada pangkuannya.
13Seperti orang yang dihiburkan ibunya, demikianlah aku akan menghiburkan kalian; dan kalian akan terhibur di Yerusalem.
14Dan ketika kalian melihat itu, hati kalian akan bersukacita, dan tulang-tulangmu akan makmur seperti tumbuh-tumbuhan: dan tangan TUHAN akan diketahui hamba-hambanya, dan kemarahannya diketahui musuh-musuhnya.
15Sebab, lihatlah, TUHAN akan datang dengan api, dan dengan kereta-kereta kudanya seperti puting beliung, untuk melampiaskan kemarahannya dengan keradangan, dan tegurannya dengan nyala-nyala api.
16Sebab melalui api dan melalui pedangnya akan TUHAN merayu dengan segala daging: dan yang terbunuh oleh TUHAN akan banyak bilangannya.
17Mereka yang menguduskan diri mereka sendiri, dan menyucikan diri mereka sendiri di taman-taman di belakang sebatang pokok yang ada di tengah-tengah, sementara memakan daging babi, dan kekejian itu, dan tikus, akan dihanguskan bersama-sama, firman TUHAN.
18Sebab aku tahu kerja-kerja mereka dan fikiran-fikiran mereka: ia akan datang, bahawa aku akan mengumpulkan semua bangsa dan bahasa; dan mereka akan datang, dan melihat kemuliaanku.
19Dan aku akan menetapkan suatu tanda di antara mereka, dan aku akan mengutus orang-orang yang terlepas dari kalangan mereka kepada bangsa-bangsa, yakni kepada Tarsis, Pul, dan Lud, yang memakai busur, kepada Tubal, dan Yawan, kepada pulau-pulau yang jauh, yang tidak pernah mendengar kemasyuranku, dan juga tidak pernah melihat kemuliaanku; dan mereka akan mengisytiharkan kemuliaanku di antara orang-orang bukan Yahudi.
20Dan mereka akan membawa semua saudaramu sebagai suatu persembahan kepada TUHAN dari segala bangsa di atas kuda, dan di dalam kereta-kereta kuda, dan di dalam tandu-tandu, dan di atas keldai-keldai, dan di atas binatang-binatang yang cepat, ke gunung kudusku Yerusalem, firman TUHAN, seperti yang anak-anak Israel bawa suatu persembahan ke dalam rumah TUHAN.
21Dan aku juga akan mengambil mereka untuk dipakai sebagai para imam dan dipakai sebagai orang Lewi, firman TUHAN.
22Sebab seperti syurga baru dan bumi baru, yang akan dijadikanku, kekal di hadapanku, firman Tuhan, demikian juga benih kalian dan nama kalian kekal.
23Dan ia akan terjadi, bahawa bulan baru demi bulan baru, dan sabat demi sabat, akan segala daging datang untuk bersembahyang di hadapanku, firman TUHAN.
24Dan mereka akan maju, lalu melihat bangkai-bangkai orang yang telah melanggariku: sebab ulat mereka tidak akan mati, dan api mereka tidak akan dipadamkan; dan mereka akan menjadi suatu kekejian kepada semua daging.