Job 16

Ayub 16

1Kemudian Ayub menjawab dan berkata,

2Aku telah mendengar banyak hal sedemikian: para penghibur yang teruk ialah kamu semua.

3Akankah kata-kata sia-sia ada penamatannya? atau apakah yang memberanikanmu sehingga kamu menjawab?

4Aku juga dapat berbicara seperti kalian buat: jika jiwamu berada pula di dalam keadaan jiwaku, aku dapat melonggokkan kata-kata menentang kalian, dan menggeleng-gelengkan kepalaku terhadap diri kalian.

5Tetapi aku akan menguatkanmu dengan mulutku, dan pergerakan bibirku akan meringankan dukacitamu.

6Walaupun aku berbicara, dukacitaku tidak diringankan: dan walaupun aku menahan berucap, bagaimanakah aku dilegakan?

7Tetapi sekarang dia telah melesukanku: engkau pula telah menghapuskan segala temanku.

8Dan kamu telah mengisikanku dengan kedut yang menjadi saksi yang menentang diriku: dan kekurusanku yang bangkit di dalam diriku naik saksi depan-depan mukaku.

9Dia mengoyakkanku dalam murkanya, iaitu dia yang membenciku: dia menggertak dengan giginya terhadap diriku; musuhku mengasah pandangannya kepada diriku.

10Mereka telah mengangakan mulut terhadapku dengan gigi mereka; mereka telah memukulku di pipi secara mencerca; mereka telah berkumpul bersama untuk menentangku.

11Allah telah menyerahkanku kepada orang tidak salih, dan telah menyerahkan diriku kepada tangan orang durjana.

12Aku dahulu lega, tetapi dia telah menghancurkanku sampai terbelah: dia juga telah memegangku di leher, dan telah menggoncangkanku sehingga berkecai, dan telah menegakkanku sebagai sasarannya.

13Para pemanahnya mengelilingiku, dia membelahkan pinggangku, dan tidak sayang untuk melepaskanku; dia mencurahkan hempeduku ke tanah.

14Dia memecahkan diriku dengan luka demi luka, dia berlari terhadap diriku seperti seorang gergasi.

15Aku telah menjahit kain kabung pada kulitku, dan menajiskan tandukku di dalam debu.

16Mukaku jijik kerana penuh dengan tangisan, dan pada kelopak mataku adanya bayang-bayang maut;

17Bukan kerana ada apa-apa ketidakadilan pada tanganku: lagi pula doaku adalah suci.

18Hai bumi, janganlah kamu menutupi darahku, dan biarlah seruanku tidak mendapat perhentian.

19Juga sekarang, lihatlah, saksiku di syurga, dan catatanku adalah di tempat tinggi.

20Sahabat-sahabatku mencemuh diriku: tetapi mataku mencurahkan tangisan kepada Allah.

21Alangkah baiknya kalau adanya orang yang merayu bagi pihak manusia kepada Allah, seperti seorang merayu bagi jirannya!

22Apabila sudah datangnya beberapa tahun, maka aku akan menempuh jalan yang dari mana aku tidak akan kembali lagi.