1Hal-hal ini telah aku berbicara kepada kalian, supaya kalian tidak akan terkilan.
2Mereka akan membuang kalian daripada saumaah: ya, waktunya menjelang ketika sesiapa pun yang membunuh kalian akan menyangka bahawa dia berbakti kepada Allah.
3Dan hal-hal ini akan mereka buat terhadap kalian, kerana mereka tidak mengenal baik Bapa mahupun aku.
4Tetapi hal-hal ini telah kuberitahu kalian, bahawa ketika sampai waktunya, kalian dapat ingat bahawa aku telah memberitahu kalian tentangnya. Dan hal-hal ini aku tidak memberitahu kalian pada awal-awal, kerana aku berada bersama kalian.
5Tetapi sekarang aku pergi menurut jalanku kepada dia yang telah mengutusku; dan tidak seorang pun dari antara kalian bertanya kepadaku, Ke mana kamu pergi?
6Tetapi kerana aku telah berkata hal-hal ini kepada kalian, dukacita telah mengisi hati kalian.
7Walau bagaimanapun aku memberitahu kalian kebenaran; Ia berguna kepada kalian untuk aku pergi: sebab jika aku tidak pergi, Penghibur tidak akan datang kepada kalian; tetapi jika aku pergi, aku akan mengutus dia kepada kalian.
8Dan sesudah dia datang, dia akan mencela dunia akan dosa, dan akan kewajaran, dan akan penghakiman:
9Akan dosa, kerana mereka tidak percaya kepadaku;
10Akan kewajaran, kerana aku pergi kepada Bapaku, dan kalian tidak akan melihatku lagi;
11Akan penghakiman, kerana penguasa dunia ini telah dihukum.
12Aku masih ada banyak untuk dikatakan kepada kalian, tetapi kalian tidak dapat menanggungnya sekarang.
13Walau bagaimanapun ketika dia, Roh kebenaran, sudah datang, dia akan memandu kalian ke dalam segala kebenaran: sebab dia tidak akan berbicara oleh dirinya sendiri; tetapi barang apa yang dia dengar, itulah yang akan dibicarakannya: dan dia akan menunjukkan kalian segala apa yang akan datang.
14Dia akan memuliakan aku: kerana dia akan menerima daripada kepunyaanku, dan akan menunjukkannya kepada kalian.
15Segala yang Bapa punya ialah aku punya: oleh sebab itu, aku berkata, bahawa dia akan mengambil kepunyaanku, dan akan menunjukkan itu kepada kalian.
16Sebentar lagi kalian tidak akan melihat aku: dan sekali lagi, sebentar lagi, dan kalian akan melihat aku, kerana aku pergi kepada Bapa.
17Kemudian sesetengah muridnya berkata sesama diri, Apakah ini yang dia berkata kepada kita, Sebentar lagi kalian tidak akan melihat aku: dan sekali lagi, sebentar lagi, dan kalian akan melihat aku, kerana aku pergi kepada Bapa?
18Maka mereka berkata, Apakah ini yang dikatakannya, Sebentar lagi? kita tidak dapat mengerti apa yang dikatakannya.
19Dalam pada itu, Yesus tahu bahawa mereka ingin menanya dia, lalu berkata kepada mereka, Adakah kalian menanya sesama diri bahawa aku berkata, Sebentar lagi kalian tidak akan melihat aku: dan sekali lagi, sebentar lagi, dan kalian akan melihat aku?
20Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada kalian, Bahawa kalian akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersukacita: dan kalian akan berdukacita, tetapi dukacita kalian akan diubah kepada sukacita.
21Seseorang perempuan ketika dia sakit bersalin ada dukacita, kerana waktunya sudah tiba: tetapi sebaik sahaja dia melahirkan anak itu, dia tidak lagi mengingat keseksaan itu, kerana sukacita bahawa seorang manusia telah dilahirkan ke dalam dunia ini.
22Maka kalian sekarang ada dukacita: tetapi aku akan melihat kalian semula, dan hati kalian akan bersukacita, dan sukacita kalian tidak seorang pun yang dapat merampas itu daripada kalian.
23Dan pada hari itu kalian tidak akan mohon apa-apa pun daripadaku. Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada kalian, Apa pun yang kalian akan mohon daripada Bapa dalam namaku, dia akan memberikannya kepada kalian.
24Sampai sekarang kalian belum meminta apa pun dalam namaku: mintalah, dan kalian akan menerima, supaya penuhlah sukacita kalian.
25Hal-hal ini telah kuucap kepada kalian dalam amsal: tetapi waktunya tiba, ketika aku tidak akan lagi berbicara kepada kalian dalam amsal, tetapi aku akan menunjuk kepada kalian dengan terus-terang daripada Bapa.
26Pada hari itu kalian akan meminta dalam namaku: dan aku tidak berkata kepada kalian, bahawa aku akan berdoa kepada Bapa bagi kalian:
27Sebab Bapa sendiri mengasihi kalian, kerana kalian telah mengasihiku, dan telah percaya bahawa aku telah datang daripada Allah.
28Aku telah datang daripada Bapa, dan aku telah datang ke dunia: sekali lagi, aku meninggalkan dunia, dan pergi ke Bapa.
29Para muridnya berkata kepadanya, Lihatlah, sekarang kamu berbicara dengan terus-terang, dan tidak berbicara apa pun amsal.
30Sekarang kamu pasti bahawa kamu tahu segalanya, dan tidak perlu supaya mana-mana orang bertanya kepadamu: dengan ini kami percaya bahawa kamu datang dari Allah.
31Yesus menjawab mereka, Adakah kalian sekarang percaya?
32Lihatlah, waktunya sampai, ya, sekarang pun sudah sampai, bahawa kalian akan diserakkan, setiap orang masing-masing ke tempatnya sendiri, dan akan meninggalkanku bersendirian: namun aku tidak bersendirian, kerana Bapa ada bersamaku.
33Hal-hal ini telah kubicarakan kepada kalian, supaya dalam aku kalian dapat ada damai sejahtera. Dalam dunia kalian akan ada seksaan: tetapi cerialah hatimu; aku telah mengatasi dunia.