John 18

Yohanes 18

1Sesudah Yesus mengucap kata-kata itu, dia berangkat bersama murid-muridnya menyeberangi anak sungai Kidron, dan di situ ada sebuah taman, yang dimasuki Yesus dan murid-muridnya.

2Dan Yudas juga, yang telah mengkhianatinya, mengenal tempat itu: sebab YEsus kerap kali mengunjungi tempat itu dengan murid-muridnya.

3Kemudian Yudas, sesudah menerima sepasukan orang dan pegawai daripada ketua-ketua imam dan orang-orang Farisi, beralih ke sana dengan lentera dan obor dan senjata.

4Maka Yesus, sementara tahu segalanya yang akan menimpa dirinya, maju ke depan, dan berkata kepada mereka, Siapa yang dicari kalian?

5Mereka berjawab kepadanya, Yesus dari Nazaret. Yesus berkata kepada mereka, Akulah dia. Dan Yudas juga, yang telah mengkhianatinya, berdiri bersama mereka.

6Sebaik sahaja dia berkata kepada mereka, Akulah dia, mereka terundur ke belakang, lalu jatuh ke tanah.

7Kemudian dia bertanya kepada mereka sekali lagi, Siapakah yang dicari kalian? Dan mereka berkata, Yesus dari Nazaret.

8Yesus berjawab, Aku sudah memberitahu kalian bahawa akulah dia: jika aku yang sedang dicari kalian, maka biarlah mereka ini pergi:

9Supaya pepatah itu dapat digenapi, yang dibicarakannya, Antara mereka yang engkau beri kepadaku seorang pun tidak kuhilangkan.

10Kemudian Simon Petrus yang memiliki pedang menghunuskannya, dan menetak hamba imam besar, lalu memotong telinga kanannya. Hamba itu bernama Malkhus.

11Kemudian Yesus berkata kepada Petrus, Masukkan pedangmu ke dalam sarungnya: cawan yang telah diberi Bapa kepadaku, patutkah aku tidak meminuminya?

12Kemudian pasukan dan ketua itu dan para pegawai orang Yahudi mengambil Yesus, lalu mengikatnya.

13Lalu mereka membawa dia kepada Hanas dahulu; sebab dia ayah mentua kepada Kayafas, yang merupakan imam besar pada tahun yang sama itu.

14Dalam pada itu, Kayafas merupakan orang yang memberi nasihat kepada orang Yahudi bahawa ia berguna supaya satu orang harus mati bagi seluruh bangsa.

15Dan Simon Petrus mengikuti Yesus, dan demikian juga seorang murid lagi: murid itu dinyatakan kepada imam besar, dan masuk bersama Yesus ke dalam istana imam besar.

16Tetapi Petrus berdiri di luar pintu. Kemudian murid yang lain itu keluar, iaitu murid yang dinyatakan kepada imam besar, lalu bercakap kepada perempuan yang menjaga pintu itu, lalu membawa Petrus masuk.

17Kemudian berkatalah gadis yang menjaga pintu terhadap Petrus, Bukankah kamu juga salah satu dari kalangan murid-murid orang itu? Petrus berkata, Aku bukan.

18Dan hamba-hamba dan para pegawai berdiri di sana, yang telah memasang api arang; sebab ia sejuk: dan mereka menghangatkan diri mereka: dan Petrus berdiri di kalangan mereka, lalu menghangatkan dirinya.

19Imam besar kemudian menanya Yesus tentang murid-muridnya, dan tentang doktrinnya.

20Yesus menjawabnya, Aku telah berbicara terang-terang kepada dunia; aku selalu mengajar di saumaah, dan di bait suci, iaitu tempat yang orang Yahudi selalu berkumpul; dan tidak diucapkanku apa-apa secara rahsia.

21Mengapa bertanya kepadaku? Tanyalah mereka yang telah mendengar aku, apa yang telah kuucapkan kepada mereka: lihatlah, mereka tahu apa yang diucapkan aku.

22Dan sesudah Yesus berbicara sedemikian, salah seorang pegawai yang berdiri di samping memukul Yesus dengan telapak tangannya, dengan berkata, Begitukah jawabmu kepada imam besar?

23Yesus menjawab dia, Jika aku telah berbicara jahat, naik saksi akan kejahatan itu: tetapi jika elok, mengapakah kamu memukulku?

24Dalam pada itu, Hanas telah mengirim Yesus terbelenggu kepada Kayafas, imam besar itu.

25Dan Simon Petrus berdiri dan menghangatkan dirinya. Maka mereka berkata kepadanya, Bukankah kamu juga salah satu dari kalangan murid-muridnya? Petrus menyangkal itu dan berkata, Aku bukan.

26Salah seorang hamba imam besar, sementara merupakan saudara lelaki kepada orang yang telinganya dipotong Petrus, berkata, Bukankah aku melihat kamu di taman bersama-samanya?

27Petrus menyangkal sekali lagi: dan dengan serta-merta berkokoklah ayam.

28Kemudian mereka membawa Yesus daripada Kayafas ke balai penghakiman: dan ia masih awal ketika itu; dan mereka sendiri tidak memasuki balai penghakiman itu, supaya jangan mereka dicemarkan; tetapi sebaliknya dapat memakan korban pelangkauan.

29Pilatus kemudian berangkat kepada mereka, dan berkata, Apakah tuduhan yang kalian bawa terhadap orang ini?

30Mereka menjawab dan berkata kepadanya, Jika dia bukan seorang penjenayah, maka kami tidak akan menyerahkannya kepadamu.

31Kemudian Pilatus berkata kepada mereka, Kalian bawalah dia dan hakimilah dia menuruti hukummu. Maka orang Yahudi berkata kepadanya, Ia melanggari hukum kami untuk membunuh mana-mana orang:

32Supaya pernyataan Yesus dapat digenapi, yang diucapkannya untuk menandakan cara kematiannya.

33Kemudian Pilatus memasuki balai penghakiman sekali lagi, dan memanggil Yesus, dan berkata kepadanya, Adakah kamu Raja orang Yahudi?

34Yesus menjawabnya, Adakah kamu menyatakan ini oleh dirimu sendiri, atau orang lain memberitahumu itu tentang diriku?

35Pilatus menjawabnya, Adakah aku seorang Yahudi? Bangsamu sendiri dan para ketua imam telah menyerahkanmu kepadaku: apakah yang telah dilakukanmu?

36Yesus menjawab, Kerajaanku bukan dari dunia ini: jika kerajaanku dari dunia ini, maka hamba-hambaku akan melawan, supaya aku tidak diserahkan kepada orang Yahudi: tetapi kerajaanku bukan dari sini.

37Oleh itu, Pilatus berkata kepadanya, Maka adakah kamu seorang raja? Yesus menjawab, Kamu menyatakan bahawa akulah raja. Bagi tujuan itu aku telah dilahirkan, dan bagi perjuangan itu aku telah datang ke dunia, supaya aku naik saksi bagi kebenaran. Setiap orang yang berasal daripada kebenaran mendengar suaraku.

38Pilatus berkata kepadanya, Apakah kebenaran? Dan sesudah dia menyatakan itu, dia keluar semula kepada orang Yahudi, dan berkata kepada mereka, Aku langsung tidak menemui apa pun kesalahan di dalamnya.

39Tetapi kalian ada sesuatu amalan, supaya aku akan melepaskan kepada kalian seorang sebangsamu pada pesta pelangkauan: maka mahukah kalian melepaskan kepada kalian Raja orang Yahudi?

40Kemudian mereka semua berseru sekali lagi, Bukan orang ini, tetapi Barabas. Dalam pada itu, Barabas merupakan seorang perompak.