John 9

Yohanes 9

1Dan sementara Yesus berlalu, dia nampak seorang yang buta sejak dari lahir.

2Dan murid-muridNya bertanya kepadanya dengan berkata, Tuan, siapakah yang berbuat dosa, lelaki ini, ataupun ibu bapanya, sehingga dia dilahirkan buta?

3Yesus berjawab, Baik lelaki ini mahupun ibu bapanya tidak berdosa: tetapi inilah supaya pekerjaan Allah akan ternyata di dalam dirinya.

4Aku harus mengerjakan kerja dia yang mengutusku, sementara masih siang: malam menjelang, ketika tidak seorang pun yang dapat bekerja.

5Selama aku berada di dunia, akulah cahaya dunia.

6Sesudah dia berkata demikian, dia meludah ke tanah, dan membuat tanah liat hasil adukkan itu, lalu dia mengurapi mata orang buta itu dengan tanah liat itu,

7Dan dia berkata kepadanya, Pergilah, basuhlah dirimu di kolam Siloam, (yang diterjemahkan sebagai, Yang Diutus.) Maka pergilah orang itu, dan membasuh diri, lalu muncul dalam keadaan dapat melihat.

8Maka jiran-jiran, dan orang yang dahulu telah melihat bahawa dia buta, berkata, Bukankah ini dia yang telah duduk dan mengemis?

9Sesetengah orang berkata, Inilah dia: yang lain berkata, Orang ini nampak seperti dia: tetapi dia berkata, Akulah dia.

10Oleh sebab itu, mereka berkata kepadanya, Bagaimana pula matamu tercelik?

11Dia berjawab dan berkata, Ada orang yang dipanggil Yesus yang membuat tanah liat, dan mengurapi mataku, lalu berkata kepadaku, Pergilah ke kolam Siloam, dan membasuh diri: dan aku pergi dan membasuh diri, lalu aku telah menerima deria penglihatanku.

12Kemudian mereka berkata kepadanya, Di manakah dia? Dia berkata, Aku tidak tahu.

13Mereka membawa kepada orang Farisi orang tersebut yang dahulukala buta.

14Pada hari Sabat itulah yang Yesus telah membuat tanah liat itu lalu mencelikkan matanya.

15Kemudian sekali lagi orang Farisi juga menanya dia bagaimana dia dapat menerima semula deria penglihatannya. Dia berkata kepada mereka, Dia menaruh tanah liat kepada mataku, dan aku membasuh diri, lalu aku dapat melihat.

16Oleh sebab itu, sesetengah orang Farisi berkata, Orang ini bukan daripada Allah, kerana dia tidak memelihara hari Sabat. Sesetengah yang lain pula berkata, Bagaimana mungkin seorang pendosa melakukan banyak mukjizat? Dan ada perpecahan di kalangan mereka.

17Mereka berkata kepada orang buta itu sekali lagi, Apakah katamu tentang dia, bahawa dia telah mencelikkan matamu? Dia berkata, Dia seorang nabi.

18Tetapi orang Yahudi tidak percaya berkenaan hal dia, bahawa dia dahulu buta, dan sekarang telah menerima deria penglihatan, sehingga mereka memanggil ibubapa orang itu yang telah menerima deria penglihatannya.

19Dan mereka bertanya kepada ibubapanya, dengan berkata, Adakah ini anak lelakimu, yang kalian berkata telah dilahirkan buta? bagaimana pula dia sekarang dapat melihat?

20Ibubapanya menjawab mereka dan berkata, Kami tahu bahawa inilah anak lelaki kami, dan bahawa dia dilahirkan buta:

21Tetapi dengan cara apa dia sekarang melihat, kami tidak tahu; atau siapakah yang telah membuka matanya, kami tidak tahu: dia sudah berumur dewasa; tanyalah dia: dia akan berjawab bagi dirinya sendiri.

22Kata-kata ini disebut ibubapanya, kerana mereka takut akan orang Yahudi: sebab orang Yahudi sudah bersetuju bahawa jika mana-mana orang mengakui dia sebagai Kristus, orang itu akan dibuang dari saumaah.

23Oleh sebab itu ibubapanya berkata, Dia sudah berumur dewasa; tanyalah dia.

24Kemudian sekali lagi mereka memanggil untuk orang itu yang dahulu buta, dan berkata kepadanya, Berilah Allah pujian: kami tahu bahawa orang itu ialah seorang pendosa.

25Dia berjawab dan berkata, Sama ada dia seorang pendosa ataupun tidak, aku tidak tahu: tetapi inilah satu perkara yang aku tahu, bahawa aku sebenarnya buta, tetapi sekarang aku melihat.

26Mereka berkata kepadanya sekali lagi, Apakah yang telah dia buat kepadamu? bagaimanakah dia mencelikkan matamu?

27Dan dia menjawab mereka, Aku sudah memberitahu kalian, dan kalian tidak mendengar: mengapakah kalian ingin mendengarnya semula? akankah kalian juga menjadi murid-muridnya?

28Kemudian mereka mencercanya, dan berkata, Kamu muridnya; tetapi kami murid-murid Musa.

29Kami tahu bahawa Allah berbicara kepada Musa: tetapi bagi orang ini, kami tidak tahu dari mana dia datang.

30Orang itu berjawab dan berkata kepada mereka, Amboi di sinilah sesuatu yang hairan, bahawa kalian tidak tahu dari mana dia datang, namun dia telah mencelikkan mataku.

31Dalam pada itu, kita tahu bahawa Allah tidak mendengar para pendosa: tetapi jika sesiapa pun menjadi penyembah Allah, dan melakukan kehendaknya, orang itu yang akan didengarkannya.

32Sejak permulaan dunia tidak pernah terdengar bahawa adanya orang yang mencelik mata orang yang telah dilahirkan buta.

33Jika orang ini tidak berasal dari Allah, dia mungkin tidak boleh berbuat apa-apa.

34Mereka berjawab dan berkata kepadanya, Kamu telah sama sekali dilahirkan dalam dosa, dan mungkinkah kamu mengajar kami? Dan mereka membuang dia keluar.

35Yesus mendengar bahawa mereka telah membuang dia keluar; dan sesudah dia menemuinya, Yesus berkata kepadanya, Adakah kamu percaya kepada Anak Allah?

36Dia menjawab dan berkata, Siapakah dia, Tuhan, supaya aku dapat percaya kepadanya?

37Dan Yesus berkata kepadanya, Kamu telah melihatnya dan juga dia itu yang sedang bercakap denganmu.

38Dan dia berkata, Tuhan, Aku percaya. Dan dia menyembahnya.

39Dan Yesus berkata, Bagi penghakiman aku telah datang ke dalam dunia ini, supaya mereka yang tidak melihat akan melihat; dan supaya mereka yang melihat akan dibutakan.

40Dan sesetengah daripada orang Farisi yang berada bersamanya terdengar kata-kata itu, dan berkata kepadanya, Adakah kami juga buta?

41Yesus berkata kepada mereka, Jika kalian buta, maka kalian tiada dosa: tetapi kalian sekarang berkata, Kami melihat; maka tetaplah dosamu.