Joshua 7

Yosua 7

1Tetapi bani Israel telah melakukan pelanggaran berkenaan barang terkutuk: sebab Akhan, anak kepada Karmi, anak kepada Zabdi, anak kepada Zerah, daripada suku Yehuda, telah mengambil barang terkutuk itu: dan kemarahan TUHAN telah dinyalakan terhadap bani Israel.

2Dan Yosua mengutus orang-orang dari Yeriko sampai ke Ai, yang adalah di tei Betawen, di sebelah timur Betel, dan berucap kepada mereka, dengan berkata, Pergi naik dan melihat negeri. Dan orang-orang itu naik dan melihat Ai.

3Dan mereka kembali ke Yosua, dan berkata kepadanya, Biarlah bukan semua orang pergi naik; tetapi biar sekitar dua atau tiga ribu orang pergi naik dan memukul Ai; dan jangan mengerahkan semua orang untuk berjerih lelah di situ; sebab orang di sana hanya sedikit sahaja.

4Jadi, yang berangkat naik ke sana adanya tiga ribu orang: dan mereka melarikan diri daripada orang Ai.

5Dan orang Ai menewaskan di antara mereka sekitar tiga puluh enam orang: sebab orang Ai mengejar mereka dari hadapan pintu gerbang bahkan sampai ke Syebarim, dan memukul mereka di lereng: lantaran itu, hati bangsa itu melebur, dan menjadi seperti air.

6Dan Yosua mengoyak bajunya, lalu jatuh ke bumi tersungkur di hadapan tabut TUHAN sehingga senja, dia dan para penatua Israel, dan meletakkan debu ke atas kepala mereka.

7Dan Yosua berkata, Aduhai, ya Tuhan Allah, mengapakah engkau sama sekali membawa umat ini menyeberangi Yordan, untuk menyerahkan kami ke dalam tangan orang Amori, supaya membinasakan kami? Harap kepada Allah kita berpuas hati sahaja, dan berdiam di seberang sungai Yordan itu!

8Ya Tuhan, apakah yang harus kukatakan, sementara Israel telah berpaling ke belakang terhadap musuh-musuh mereka!

9Sebab orang Kanaan dan seluruh penduduk di tanah ini akan mendengar tentangnya, dan akan mengepung kami, dan memotong nama kami dari bumi: dan apakah yang akan engkau buat bagi namamu yang besar?

10Dan TUHAN berkata kepada Yosua, Berdirilah; mengapakah kamu tersungkur sebegini?

11Israel telah berdosa, dan mereka juga telah melanggari waadku yang telah kuperintahkan kepada mereka: sebab mereka telah mengambil malah barang terkutuk itu, dan juga telah mencuri, dan berpura-pura juga, dan mereka telah menaruhnya di antara barang-barang mereka sendiri.

12Oleh sebab itu bani Israel tidak dapat bertahan di hadapan musuh-musuh mereka, tetapi berpaling ke belakang terhadap musuh-musuh mereka, kerana mereka terkutuk: dan aku juga tidak akan lagi bersama kalian, kecuali kalian membinasakan yang terkutuk itu dari antara kalian.

13Berdiri, kuduskanlah umat itu, dan berkata, Kuduskanlah diri kalian bagi hari esok: sebab beginilah firman TUHAN Allah Israel, Ada sesuatu barang terkutuk di antara kamu, ya Israel: kamu tidak dapat bertahan di hadapan musuh-musuhmu, sehingga kalian menyingkirkan barang terkutuk itu dari antara kalian.

14Maka, pada waktu pagi, kalian akan dibawa menurut suku-suku kalian: dan akan terjadilah, bahawa suku kaum yang TUHAN pilih akan tampil menurut keluarga-keluarga mereka; dan keluarga yang TUHAN akan pilih akan tampil menurut rumah tangga mereka; dan rumah tangga yang TUHAN akan pilih akan tampil seorang demi seorang.

15Dan ia akan terjadi, bahawa dia yang dipilih dengan barang terkutuk itu akan dibakar dengan api, dia dengan segalanya yang dia ada: kerana dia telah melanggari waad TUHAN, dan kerana dia telah menempa kebebalan di Israel.

16Jadi Yosua bangun awal pada waktu pagi, dan menampilkan orang Israel suku demi suku; dan suku kaum Yehuda didapati:

17Dan dia menampilkan keluarga Yehuda; dan dia mendapat keluarga Zerah: dan dia menampilkan keluarga Zerah seorang demi seorang; dan Zabdi didapati:

18Dan dia menampilkan rumahtangganya seorang demi seorang; dan Akhan, anak kepada Karmi, anak kepada Zabdi, anak kepada Zerah, daripada suku kaum Yehuda, telah didapati.

19Dan Yosua berkata kepada Akhan, Hai anakku, aku mohon kepadamu, berilah kemuliaan kepada TUHAN Allah Israel, dan buat pengakuan kepadanya; dan beritahu kami apa yang telah kamu lakukan; jangan sembunyikan daripadaku.

20Dan Akhan menjawab Yosua, dan berkata, Memang aku telah berdosa terhadap TUHAN Allah Israel, dan sekian dan sekian telah aku lakukan:

21Ketika aku nampak di antara barang jarahan pakaian Babel yang elok, dan dua ratus syikal perak, dan sebatang emas seberat lima puluh syikal, aku kemudian mendambakannya, lalu mengambilnya; dan lihatlah, ia telah disembunyikan di dalam tanah di tengah-tengah khemahku, dengan perak dibawahnya.

22Jadi, Yosua mengutus para utusan, dan mereka berlari ke khemah itu; dan, sesungguhnya, ia telah tersembunyi di khemahnya, dan dengan perak di bawahnya.

23Dan mereka mengeluarkan itu dari tengah-tengah khemah itu, dan membawanya kepada Yosua, dan kepada seluruh bani Israel, dan membentangkannya di hadapan TUHAN.

24Lalu Yosua, dan seluruh Israel bersamanya, mengambil Akhan anak kepada Zerah, dan perak itu, dan baju itu, dan batang emas itu, dan anak-anak lelakinya, dan anak-anak perempuannya, dan lembu-lembunya, dan keldai-keldainya, dan domba-dombanya, dan khemahnya, dan segalanya yang dia ada: dan mereka membawa mereka ke lembah Akhor.

25Dan Yosua berkata, Mengapakah kamu menyusahkan kami? TUHAN akan menyusahkan kamu pada hari ini. Dan seluruh Israel merejam dia dengan batu, dan membakar mereka dengan api, selepas merejam mereka dengan batu.

26Dan mereka menimbun ke atasnya suatu timbunan batu yang besar sampai kepada hari ini. Jadi, TUHAN berpaling daripada kegarangan marahnya. Lantaran itu, nama tempat itu dipanggil, Lembah Akhor, sampai hari ini.