1Dan Simson pergi turun ke Timna, dan nampak seorang perempuan di Timna, salah seorang anak perempuan orang Filistin.
2Dan dia naik kembali, dan memberitahu ayahnya dan ibunya, dan berkata, Aku telah melihat seorang perempuan di Timna, salah seorang anak perempuan orang Filistin: maka sekarang dapatkan dia untuk dijadikan isteriku.
3Kemudian ayahnya dan ibunya berkata kepadanya, Tidak adakah kita seorang perempuan di antara anak-anak perempuan saudara-saudaramu, atau di antara seluruh bangsaku, sehingga kamu pergi mengambil seorang isteri dari antara orang Filistin yang tidak bersunat itu? Dan Simson berkata kepada ayahnya, Dapatkanlah dia bagiku; sebab dia sungguh menyenangkanku.
4Tetapi ayahnya dan ibunya tidak tahu bahawa itu adalah daripada TUHAN, iaitu dia mencari hal terhadap orang Filistin: sebab pada masa itu, orang Filistin berkuasa atas Israel.
5Kemudian Simson serta ayahnya dan ibunya turun ke Timna, dan sampai ke ladang-ladang anggur Timna: dan, lihatlah, seekor singa muda mengaum terhadap Simson.
6Dan Roh TUHAN datang dengan sungguh kuat ke atas Simson, dan dia mengoyak singa itu seperti dia mungkin mengoyak seekor anak kambing, dan tiada apa pun di dalam tangannya: tetapi dia tidak memberitahu ayahnya atau ibunya apa yang telah dia buat.
7Dan Simson turun, dan bercakap dengan perempuan itu; dan dia sungguh menyenangkan Simson.
8Dan sesudahnya waktu tiba untuk Simson kembali mengambil perempuan itu, dan dia menyimpang dari jalan untuk melihat bangkai singa itu: dan, lihatlah, ada kawanan lebah dan madu dalam bangkai singa itu.
9Dan dia mengambil itu ke dalam tangannya, dan meneruskan perjalanannya sambil makan, lalu datang kepada ayahnya dan ibunya, dan dia memberi kepada mereka, dan mereka makan: tetapi Simson tidak memberitahu mereka bahawa dia telah mengambil madu daripada bangkai singa itu.
10Jadi, ayahnya turun kepada perempuan itu: dan Simson mengadakan suatu pesta; sebab demikianlah kebiasaan lelaki muda.
11Dan terjadilah, ketika mereka melihat Simson, bahawa mereka membawa tiga puluh teman untuk berada bersamanya.
12Dan Simson berkata kepada mereka, aku akan sekarang mengemukakan suatu teka-teki kepada kalian: jika kalian dapat mengisytiharkan dengan pasti itu kepadaku dalam tempoh tujuh hari pesta itu, dan mendapat jawapannya, maka aku akan memberi kalian tiga puluh helai kain dan tiga puluh helai pakaian:
13Tetapi jika kalian tidak dapat mengisytiharkan itu kepadaku, maka kalian akan memberiku tiga puluh helai kain dan tiga puluh helai pakaian. Dan mereka berkata kepadanya, Kemukakanlah teka-tekimu, supaya kami dapat mendengarnya.
14Dan dia berkata kepada mereka, Dari pemakan datangnya daging, dan dari yang kuat datangnya kemanisan. Dan mereka selama tiga hari tidak dapat menjelaskan teka-teki itu.
15Dan terjadilah pada hari yang ketujuh, bahawa mereka berkata kepada isteri Simson, Pujuklah suamimu, supaya dia dapat mengisytiharkan kepada kita teka-teki itu, supaya jangan kami membakarmu dan membakar rumah ayahmu dengan api: adakah kalian mengundang kami untuk mengambil apa kepunyaan kami? bukankah ia demikian?
16Dan isteri Simson menangis di hadapannya, dan berkata, Kamu hanya membenciku, dan tidak mengasihiku: kamu telah mengemukakan suatu teka-teki kepada bani umatku, dan tidak memberitahuku. Dan Simson berkata kepadanya, Lihatlah, sementara aku tidak memberitahu itu kepada ayahku dan ibuku, mungkinkah aku memberitahu itu kepadamu?
17Dan isterinya menangis di hadapannya untuk tujuh hari itu, sepanjang pesta itu berlangsung: dan terjadilah pada hari yang ketujuh, bahawa Simson memberitahunya, kerana isterinya mendesaknya dengan teruk: lalu isterinya memberitahu teka-teki itu kepada bani umatnya sendiri.
18Dan orang lelaki kota itu berkata kepada Simson pada hari yang ketujuh sebelum matahari terbenam, Apakah yang lebih manis daripada madu? dan apakah yang lebih kuat daripada singa? Dan Simson berkata kepada mereka, Jika kalian tidak membajak dengan lembu bentinaku, kalian tidak mungkin meneka teka-tekiku.
19Dan Roh TUHAN datang ke atasnya, dan Simson turun ke Askelon, dan membunuh tiga puluh orang bangsa mereka, dan mengambil jarahan daripada mereka, lalu memberi helaian pakaian kepada mereka yang telah menjelaskan teka-teki itu. Dan kemarahan Simson dinyalakan, dan dia pergi naik ke rumah ayahnya.
20Tetapi isteri Simson diserahkan kepada temannya, yang telah Simson pakai sebagai kawannya.