Judges 7

Hakim-Hakim 7

1Kemudian Yerubaal, iaitu Gideon, dan semua orang yang ada bersamanya, bangkit awal, dan mendirikan khemah di tepi perigi Harod: maka dengan demikian angkatan orang Midian berada di sebelah utara mereka, di tepi bukit More, di lembah.

2Dan TUHAN berfirman kepada Gideon, Umat yang ada bersamamu itu terlalu banyak untuk aku menyerahkan orang Midian kepada tangan mereka, supaya jangan Israel memegahkan diri mereka terhadapku, dengan berkata, Tanganku sendiri telah menyelamatkanku.

3Maka sekarang, isytihar di telinga umat, dengan berkata, Barang siapa takut dan gementar, biarlah dia kembali dan pulang awal-awal dari gunung Gilead. Dan pulanglah umat itu sebanyak dua puluh dua ribu; dan ada tertinggal sepuluh ribu.

4Dan TUHAN berfirman kepada Gideon, Umat itu masih terlalu banyak; bawalah mereka ke tempat air, dan aku akan mencubai mereka untuk kamu di sana: dan ia akan terjadi, bahawa orang yang disebutku kepadamu, Mereka ini akan pergi bersamamu, mereka itulah yang akan pergi bersamamu; dan barang siapa yang disebutku kepadamu, Mereka ini tidak akan pergi bersamamu, mereka itulah yang tidak akan pergi.

5Maka Gideon membawa umat itu ke tempat air: dan TUHAN berfirman kepada Gideon, Setiap orang yang menjilat air dengan lidahnya, seperti seekor anjing menjilat, kamu akan memisahkannya; demikian juga setiap orang yang berlutut untuk minum.

6Dan bilangan orang yang menjilat, dengan menaruh tangan mereka kepada mulutnya, ialah tiga ratus orang: tetapi seluruh baki umat itu berlutut untuk minum air.

7Dan TUHAN berfirman kepada Gideon, Dengan tiga ratus orang yang telah menjilat itu, akanku menyelamatkan kalian, dan menyerahkan orang Midian kepada tanganmu: dan biar semua orang yang lain pulang ke tempatnya masing-masing.

8Maka umat itu mengambil bekalan di tangan mereka, dan sangkakala mereka: dan dia mengutus baki Israel yang lain untuk kembali ke khemahnya, dan mengekalkan yang tiga ratus lelaki itu: dan angkatan Midian berada di sebelah bawahnya di lembah.

9Dan terjadilah pada malam yang sama itu, bahawa TUHAN berfirman kepadanya, Bangkit, kamu pergilah kepada angkatan itu, sebab aku telah menyerahkannya ke dalam tanganmu.

10Tetapi jika kamu takut turun, pergilah kamu dengan Fura, hambamu, kepada angkatan itu:

11Dan kamu akan mendengar apa yang disebut mereka; dan sesudah itu akan tanganmu diperkuatkan untuk pergi turun kepada angkatan itu. Lalu dia turun dengan Fura, hambanya, ke kawasan luar lelaki yang bersenjata yang berada di angkatan itu.

12Dan orang Midian dan orang Amalek dan semua bani sebelah timur berada lembah bagaikan belalang yang berbilang ramai; dan unta-unta mereka adalah tidak terbilang, seperti pasir di persisiran laut yang berbilang ramai

13Dan sesudah Gideon sampai, lihatlah, adanya seorang lelaki yang mengisahkan mimpi kepada temannya, dan berkata, Lihatlah, aku telah bermimpi sebuah mimpi, dan lihatlah, sepotong roti barli terguling ke tengah-tengah angkatan Midian, dan memasuki ke dalam sebuah khemah, lalu memukulkalahnya sehingga ia roboh, dan ia menunggangbalikkannya, sehingga khemah itu terbaring runtuh.

14Dan temannya menjawab dan berkata, Ini bukan apa lagi kecuali pedang Gideon anak kepada Yoas, seorang dari Israel: sebab ke dalam tangannya telah Allah menyerahkan orang Midian, dan segala angkatan.

15Dan terjadilah demikian, sesudah Gideon mendengar mimpi yang diceritakan itu, dan tafsirannya, bahawa dia bersembahyang, dan kembali kepada angkatan Israel, dan berkata, Bangkit; sebab TUHAN telah menyerahkan ke dalam tangan kalian angkatan orang Midian.

16Dan dia membahagikan tiga ratus lelaki itu kepada tiga pasukan, dan dia menaruh sangkakala ke dalam tangan setiap lelaki, dengan buyung kosong, dan obor-obor di dalam buyung itu.

17Dan dia berkata kepada mereka, Pandanglah kepadaku, dan berbuat serupa: dan, lihatlah, ketika aku masuk ke kawasan luar perkhemahan itu, ia akan terjadi bahawa, seperti yang kubuat, akan kalian buat juga.

18Ketika aku meniup sangkakala, aku dan semua yang berada bersamaku, maka kalian tiup sangkakala juga di setiap sisi perkhemahan itu, dan berkata, Pedang TUHAN, dan pedang Gideon.

19Maka Gideon, dan seratus orang yang ada bersamanya, datang ke kawasan luar perkhemahan itu pada permulaan waktu jaga yang tengah malam; dan orang-orang itu hanya baru mula waktu jaga itu: dan mereka meniup sangkakala, dan memecahkan buyung-buyung yang ada pada tangan mereka itu.

20Dan tiga pasukan itu meniup sangkakala, dan memecahkan buyung-buyung, dan memegang obor-obor di tangan kiri mereka, dan sangkakala di tangan kanan mereka untuk ditiup: dan mereka berseru, Pedang TUHAN, dan pedang Gideon.

21Dan mereka berdiri setiap lelaki di tempatnya di sekeliling perkhemahan itu: dan seluruh angkatan itu berlari, dan berseru, dan melarikan diri.

22Dan tiga ratus orang itu meniup sangkakala, dan TUHAN menjadikan setiap pedang masing-masing terhadap temannya sendiri, malah menerusi seluruh angkatan itu: dan angkatan itu melarikan diri ke Betsita di Zerera, dan ke sempadan Abelmehola, menuju ke Tabat.

23Dan orang Israel mengumpulkan diri mereka bersama dari Naftali, dan dari Asyer, dan dari seluruh Manasye, lalu mengejar orang Midian itu.

24Dan Gideon mengutus para utusan menerusi seluruh gunung Efraim, dengan berkata, Turunlah untuk menentang orang Midian, dan pakailah jalan air menuju ke Betbara dan Yordan. Kemudian semua orang Efraim mengumpulkan diri mereka bersama, dan memakai jalan air menuju ke Betbara dan Yordan.

25Dan mereka menangkap dua penguasa orang Midian, Oreb dan Zeeb; dan mereka membunuh Oreb di atas batu Oreb, dan Zeeb pula mereka bunuh di pemerasan anggur Zeeb, dan mengejar orang Midian, dan membawa kepala-kepala Oreb dan Zeeb ke Gideon di seberang sungai Yordan.