1Pada masa yang sama murid-murid Yesus datang kepadanya dan berkata, Siapakah yang paling besar di kerajaan syurga?
2Dan Yesus memanggil seorang budak kecil kepadanya dan mendudukinya di tengah-tengah mereka,
3Lalu berkata, Sesungguhnya aku berkata kepadamu, Kecuali kalian berubah dan menjadi seperti kanak-kanak kecil,kalian tidak akan memasuki kerajaan syurga.
4Maka sesiapa yang akan merendahkan dirinya sebagai seorang budak kecil, orang sedemikianlah yang paling besar di kerajaan syurga.
5Dan barang siapa menyambut seorang anak demikian dalam namaku, menyambut aku.
6Tetapi barang siapa berbuat salah kepada salah seorang anak kecil ini yang percaya kepadaku, maka ia lebih baik supaya batu kisar digantung pada lehernya, dan dia dilemaskan di kedalaman laut.
7Celakalah dunia kerana kesalahan! sebab semestinya perlu supaya kesalahan datang; tetapi celakalah kepada orang itu yang mendatangkan kesalahan itu!
8Lantaran itu, jika tanganmu atau kakimu menyebabkanmu bersalah, potongnya, dan buangnya daripadamu: ia lebih baik untuk kamu memasuki kehidupan tempang atau bertangan kudung, daripada mempunyai dua tangan atau dua kaki untuk dibuang ke dalam api yang abadi.
9Dan jika matamu menyebabkanmu bersalah, cungkilkannya, dan buangnya daripadamu: ia lebih baik untuk kamu memasuki kehidupan dengan satu mata, daripada mempunyai dua mata untuk dibuang ke dalam api neraka.
10Endahkanlah supaya kalian tidak memandang hina seorang pun daripada yang kecil ini; sebab aku berkata kepada kalian, Bahawa di syurga malaikat-malaikat mereka selalu melihat wajah Bapaku yang di syurga.
11For the Son of man is come to save that which was lost.
12How think ye? if a man have an hundred sheep, and one of them be gone astray, doth he not leave the ninety and nine, and goeth into the mountains, and seeketh that which is gone astray?
13And if so be that he find it, verily I say unto you, he rejoiceth more of that sheep, than of the ninety and nine which went not astray.
14Even so it is not the will of your Father which is in heaven, that one of these little ones should perish.
15Lebih-lebih lagi, jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah dan beritahu dia kesalahannya di antara kamu dan dia sahaja: jika dia mendengar katamu, maka kamu telah memenangi seorang saudara.
16Tetapi jika dia tidak mendengar katamu, maka bawalah seorang dua lagi, supaya dalam mulut dua atau tiga saksi setiap perkataan dapat dimantapkan.
17Dan jika dia tidak peduli untuk mendengar kata mereka, beritahu itu kepada gereja: tetapi jika dia tidak peduli untuk mendengar gereja, biarlah dia dianggapkanmu sebagai orang kafir dan pemungut cukai.
18Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Apa pun yang kalian ikat di bumi akan diikat di syurga: dan apa pun yang kalian urai di bumi akan diurai di syurga.
19Sekali lagi aku berkata kepada kalian, Bahawa jika dua di antara kalian bersetuju di bumi berkenaan apa pun yang diminta mereka, ia akan dilakukan bagi mereka oleh Bapaku yang di syurga.
20Sebab ketika dua atau tiga orang berkumpul bersama dalam namaku, di situlah aku berada di tengah-tengah mereka.
21Maka datanglah Petrus kepadanya, dan berkata, Tuhan, berapakah kerap saudaraku berdosa terhadapku dan aku harus mengampuninya? Sebanyak tujuh kali?
22Yesus berkata kepadanya, Aku tidak berkata kepadamu, Sebanyak tujuh kali: tetapi, Sehingga tujuh puluh darab tujuh kali.
23Oleh sebab itu, kerajaan syurga serupa dengan seorang raja yang ingin perhitungan daripada hamba-hambanya.
24Dan ketika dia mulai mengambil kira, salah seorang yang berhutang kepadanya sepuluh ribu talenta dibawa menghadapnya.
25Tetapi seberapa banyak yang dia tidak mampu bayar, tuannya memberi perintah untuk menjualnya, isterinya, anak-anaknya, dan segala yang dimilikinya, supaya bayaran boleh dibuat.
26Maka, hambanya rebah bersujud dan menyembahnya sambil berkata, Tuan, bersabarlah denganku, dan aku akan menjelaskan seluruh hutang itu.
27Lalu tuan hamba itu terharu dengan penuh perasaan kasihan, dan melepaskannya serta mengampuni hutangnya.
28Tetapi hamba yang sama itu keluar, dan menemui salah seorang hamba sebayanya yang berhutang kepadanya seratus peni: dia menangkapnya lalu memegang leher sebayanya sambil berkata, Bayarku apa yang kamu hutang.
29Hamba sebayanya itu jatuh pada tapak kakinya, dan merayu kepadanya dengan berkata, Bersabarlah dengan aku, dan aku akan menjelaskan seluruh hutang itu.
30Dan dia tidak ingin bersabar: tetapi pergi melemparkan sebayanya itu ke dalam penjara, sehingga menjelaskan hutangnya.
31Jadi apabila hamba-hamba lain nampak apa yang sudah dilakukan itu, mereka berduka, dan menghadap Tuan mereka untuk memberitahu segalanya yang dilakukan.
32Lalu tuan hamba itu, selepas memanggil hamba itu untuk menghadapnya, berkata kepadanya, Wahai engkau hamba yang kejam, aku sudah mengampuni engkau akan semua hutang itu kerana keinginanmu itu:
33Tidak patutkah kamu juga ada perasaan kasihan terhadap hamba sebayamu itu sepertimana aku sudah berbelas hati terhadapmu?
34Dan tuan itu menjadi murka, lalu menyerahkannya kepada para penyeksa, sehingga dia menjelaskan seluruh hutang itu.
35Maka dengan demikian juga akan Bapaku di syurga perbuat kepada kalian, jika kalian, daripada hati kalian, tidak mengampuni setiap saudaranya pelanggarannya.