1Dan sementara melihat keramaian orang itu, dia naik ke atas sebuah bukit: dan sesudah dia duduk, murid-muridnya datang kepadanya:
2Dan dia membuka mulutnya, dan mengajar mereka, dengan berkata,
3Diberkatilah mereka yang miskin di dalam roh: sebab bagi merekalah kerajaan syurga.
4Diberkatilah mereka yang meratap: sebab mereka akan terhibur.
5Diberkatilah mereka yang suka menurut: sebab mereka akan mewarisi bumi.
6Diberkatilah mereka yang melapari dan mendahagai kewajaran: sebab merekalah yang akan dikenyangkan.
7Diberkatilah mereka yang berbelas kasihan: sebab mereka akan memperoleh belas kasihan.
8Diberkatilah mereka yang suci di dalam hati: sebab mereka akan melihat Allah.
9Diberkatilah para pendamai: sebab mereka akan dipanggil anak-anak Allah.
10Diberkatilah mereka yang dianiaya demi kewajaran: sebab bagi merekalah kerajaan syurga.
11Diberkatilah kalian, ketika orang mencerca kalian, dan menganiaya kalian, dan menyatakan segala jenis kejahatan tentang kalian secara palsu, demi aku.
12Bersukacita, dan jadilah teramat gembira: sebab besar ganjaran kalian di syurga: sebab dengan demikian mereka menganiaya nabi-nabi yang sebelum kalian.
13Kalian garam bumi: tetapi jika garam telah hilang rasanya, dengan apakah yang harus ia dimasinkan semula? Ia selepas itu tidak berguna, tetapi harus dibuang keluar, dan diinjak-injak di bawah kaki orang.
14Kalian cahaya dunia. Sebuah kota yang ditempatkan di atas bukit tidak boleh disembunyikan.
15Demikian juga tiada siapa yang setelah menyalakan sebatang lilin, meletakkannya di bawah mangkuk, tetapi di atas kaki dian; dan ia memberi cahaya kepada semua yang ada di dalam rumah.
16Biarlah cahaya kalian bersinar sedemikian di hadapan manusia, supaya mereka dapat nampak perbuatan-perbuatan baik kalian, lalu memuliakan Bapa kalian yang ada di syurga.
17Jangan fikir bahawa aku datang untuk membinasakan hukum, atau para nabi: Aku tidak datang untuk membinasa, tetapi untuk menggenapi.
18Sebab sesungguhnya aku berkata kepadamu, Sehingga langit dan bumi lenyap, baik satu yod mahupun satu titik pun tidak akan lenyap daripada hukum, sehingga kesemuanya digenapi.
19Maka barang siapa yang melanggari mana-mana satu perintah yang paling kecil ini, dan mengajar orang lain untuk berbuat sedemikian, dia akan dipanggil paling kecil di kerajaan syurga: sebaliknya, sesiapa pun yang melakukannya dan mengajarkannya, orang itu akan dipanggil besar di kerajaan syurga.
20Sebab aku berkata kepada kalian, Bahawa kecuali kewajaran kalian melebihi kewajaran para jurutulis dan para orang Farisi, kalian tidak sesekalipun akan masuk ke dalam kerajaan syurga.
21Kalian pernah mendengar bahawa disebutnya mereka dari dahulukala, Kamu tidak harus membunuh; dan sesiapa pun yang membunuh akan berada di dalam bahaya penghakiman itu:
22Tetapi aku berkata kepada kalian, Bahawa barang siapa marah terhadap saudara lelakinya tanpa sebarang sebab akan berada di dalam bahaya penghakiman itu: dan barang siapa berkata kepada saudara lelakinya, Raca, akan berada di dalam bahaya perbicaraan majlis: tetapi barang siapa berkata, Bodoh kau, akan berada di dalam bahaya api neraka.
23Oleh itu, jika kamu membawa persembahanmu ke mazbah, dan di sana teringat akan saudaramu yang ada sesuatu terhadap engkau;
24Tinggalkanlah persembahanmu itu di depan mazbah, dan pergilah menurut jalanmu; berdamai dahulu dengan saudaramu, dan barulah kembali dan persembahkan persembahanmu itu.
25Berdamai dengan lawanmu dengan lekas, sementara kamu masih seperjalanan dengannya; supaya jangan pada bila-bila masa lawan itu menyerahkanmu kepada hakim, dan hakim itu menyerahkanmu kepada pegawai, dan kamu dibuang ke dalam penjara.
26Sesungguhnya aku berkata kepadamu, Kamu tidak akan keluar daripada situ, sehingga kamu telah habis bayar sen yang terakhir.
27Kalian pernah dengar bahawa ia telah dikatakan oleh mereka dari masa lampau, Jangan melakukan perzinaan:
28Tetapi aku berkata kepada kalian, Bahawa barang siapa yang memandang kepada seorang perempuan secara berahi terhadapnya sudah melakukan perzinaan dengannya di dalam hatinya.
29Dan jika mata kananmu itu menjadikanmu bersalah, cungkilkannya keluar, dan campakkannya daripadamu: sebab ia lebih untung bagimu supaya salah satu anggotamu itu binasa daripada seluruh tubuhmu dicampak ke dalam neraka.
30Dan jika tangan kananmu itu menjadikanmu bersalah, potongkannya dan campakkannya daripadamu: sebab ia lebih untung bagimu supaya salah satu anggotamu itu binasa daripada seluruh tubuhmu dicampak ke dalam neraka.
31Ia telah dikatakan, Barang siapa yang ingin membuang isterinya, biarlah dia memberikannya surat penceraian:
32Tetapi aku berkata kepada kalian, Bahawa barang siapa membuang isterinya, kecuali kerana zina, menjadikannya berzina: dan barang siapa yang mengahwininya yang telah diceraikan berzina.
33Sekali lagi, kalian pernah dengar bahawa ia telah dikatakan oleh mereka dari masa lampau, Jangan membuat sumpah palsu, tetapi harus melaksanakan bagi Tuhan sumpah-sumpahmu:
34Tetapi aku berkata kepada kalian, Langsung jangan buat sumpah; jangan bersumpah demi syurga; sebab ia takhta Allah:
35Dan jangan demi bumi; sebab ia bangku kakinya: dan jangan demi Yerusalem; sebab ia kota Raja yang besar itu.
36Jangan kamu bersumpah demi kepalamu, sebab kamu tidak dapat jadikan satu helaipun daripada rambutmu itu hitam atau putih.
37Tetapi biarlah perbicaraanmu itu Ya untuk Ya; Tidak untuk Tidak: sebab barang apa yang melebihi ini datanglah daripada kejahatan.
38Kalian pernah mendengar bahawa ia pernah dikatakan, Mata diganti mata, dan gigi diganti gigi:
39Tetapi aku berkata kepada kalian, Bahawa kalian janganlah menentang kejahatan: tetapi barang siapa menampar kamu pada pipi kananmu, berikanlah kepadanya sebelah pipi yang lain juga.
40Dan jika sesiapa pun mendakwa kamu dengan memakai hukum, dan mengambil kot kamu, biarlah dia mengambil jubahmu juga.
41Dan barang siapa memaksa kamu untuk berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya.
42Berilah kepada orang yang meminta daripadamu, dan bagi dia yang ingin meminjam daripadamu janganlah kamu menolak dia keluar.
43Kalian telah mendengar bahawa ia pernah dikatakan, Kasihilah jiranmu, dan bencilah musuhmu.
44Tetapi aku berkata kepadamu, Kasihilah musuh-musuhmu, berkatilah mereka yang mengutuk kalian, lakukanlah kebaikan kepada mereka yang membenci kalian, dan berdoalah bagi mereka yang memakai kalian dengan niat jahat, dan yang menganiaya kalian;
45Supaya kalian dapat menjadi anak-anak Bapamu yang ada di syurga: sebab dia menjadikan matahari terbit ke atas yang jahat dan yang baik, dan menghantar hujan ke atas yang benar dan yang tidak benar.
46Sebab jika kalian mengasihi mereka yang mengasihimu, apakah ganjaran yang diperoleh kalian? bukankah para pemungut cukai pun berbuat demikian?
47Dan jika kalian menegur sapa saudaramu sahaja, apakah yang dilakukan kalian lebih daripada orang lain? bukankah para pemungut cukai pun berbuat demikian?
48Maka, kalian jadilah sempurna, sepertimana Bapa kalian yang ada di syurga itu sempurna.