Matthew 7

Matius 7

1Jangan menghakimi, supaya kalian tidak dihakimi.

2Sebab dengan apa penghakiman yang kalian pakai untuk menghakimi, dan dengan apa sukatan yang kalian pakai untuk menyukat, itulah yang akan dipakai untuk menyukat kalian semula.

3Dan mengapakah kamu melihat selumbar yang ada pada mata saudaramu, tetapi tidak mempertimbangkan balak yang ada pada matamu sendiri?

4Atau bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, Biarlah aku keluarkan selumbar daripada matamu; namun lihatlah, ada balak pada matamu sendiri?

5Hai kamu yang munafik, buang dahulu balak yang ada pada matamu sendiri; dan barulah kemudian kamu dapat nampak dengan jelas untuk membuang selumbar yang ada pada mata saudaramu itu.

6Jangan beri apa yang kudus kepada anjing, jangan pula membuang mutiaramu kepada babi, supaya jangan mereka menginjak-injakkannya di bawah kaki mereka, lalu berpaling semula dan mengoyak-ngoyakkanmu.

7Minta, dan ia akan diberi kepada kalian; cari, dan kalian akan menemui; ketuk, dan ia akan dibuka kepada kalian:

8Sebab setiap orang yang meminta menerima; dan dia yang mencari menemui; dan bagi dia yang mengetuk ia akan dibukakan.

9Atau siapakah orang yang ada di antara kalian, yang jika anak lelakinya meminta roti, dia memberi kepadanya batu?

10Atau jika anak meminta ikan, dia memberi kepadanya ular?

11Jika kalian, sementara jahat, tahu bagaimana untuk memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, betapa banyak lagi akan Bapamu yang di syurga memberi apa yang baik kepada mereka yang meminta kepadanya?

12Oleh sebab itu, segala sesuatu, barang apa pun yang kalian ingin supaya orang buat terhadap kalian, kalian buat demikan kepada mereka: sebab inilah hukum dan para nabi.

13Masuklah, kalian, melalui pintu yang suntuk: sebab lebarnya pintu itu dan luasnya jalan itu yang memimpin kepada kebinasaan, dan ada banyak yang masuk melaluinya.

14Sebab suntuknya pintu itu dan sempitnya jalan itu yang memimpin kepada kehidupan, dan hanya segelintir yang menemuinya.

15Berhati-hati akan para nabi palsu, yang datang kepada kalian dalam pakaian domba, tetapi secara batiniah merupakan serigala yang rakus.

16Kalian akan mengenal mereka melalui buah mereka. Adakah orang mengumpul buah anggur daripada belukar duri, atau buah ara daripada semak duri?

17Demikianlah setiap pokok yang baik menghasilkan buah yang baik; tetapi pokok yang rosak menghasilkan buah yang jahat.

18Pokok yang baik tidak dapat menghasilkan buah yang jahat, atau pokok yang rosak tidak dapat menghasilkan buah yang baik.

19Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik ditebang, lalu dilemparkan ke dalam api.

20Oleh itu, daripada buahnyalah kalian akan mengenal mereka.

21Bukan semua orang yang berkata kepadaku, Tuhan, Tuhan, akan masuk ke dalam kerajaan syurga; melainkan dia yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga.

22Banyak yang akan berkata kepadaku pada hari itu, Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi namamu? dan di dalam namamu mengusir setan-setan? dan di dalam namamu melakukan banyak kerja yang ajaib?

23Dan kemudian aku akan menyatakan kepada mereka, aku tidak pernah mengenalmu: Nyahlah daripadaku, kalian yang mengerjakan kedurjanaan.

24Oleh sebab itu, sesiapa pun yang mendengar kata-kataku ini, dan melakukannya, aku akan menyamainya dengan orang berhikmah, yang telah membina rumahnya di atas batu:

25Dan hujan menurun, dan banjir mendatang, dan angin meniup, dan memukul rumah itu; dan ia tidak roboh: sebab ia terbina di atas batu.

26Dan setiap orang yang mendengar kata-kataku ini, dan tidak melakukannya, akan disamai dengan orang bebal, yang telah membina rumahnya di atas pasir:

27Dan hujan menurun, dan banjir mendatang, dan angin meniup, dan memukul rumah itu: dan besarnya kerobohan rumah itu.

28Dan terjadilah, ketika Yesus mengakhiri segala kata itu, bahawa umat itu tertakjub dengan doktrinnya:

29Sebab dia mengajar mereka sebagai orang yang mempunyai kekuasaan, dan bukan seperti para jurutulis.