Numbers 13

Bilangan 13

1Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berkata,

2Utuskanlah orang supaya mereka dapat meninjau tanah Kanaan, yang diberikanku kepada bani Israel: dari setiap suku bapa-bapa leluhur mereka akan kalian mengutus seorang, setiap orang itu pemimpin di antara mereka.

3Dan Musa oleh perintah TUHAN itu mengutus mereka dari padang gurun Paran: semua orang itu ialah pemimpin-pemimpin bani Israel.

4Dan inilah nama-nama mereka: dari suku Ruben, Syamua anak kepada Zakur.

5Dari suku Simeon, Safat anak kepada Hori.

6Dari suku Yehuda, Kaleb anak kepada Yefune.

7Dari suku Isakhar, Yigal anak kepada Yusuf.

8Dar suku Efraim, Hosea anak kepada Nun.

9Dari suku Benyamin, Palti anak kepada Rafu.

10Dari suku Zebulon, Gadiel anak kepada Sodi.

11Dari suku Yusuf, yakni, dari suku Manasye, Gadi anak kepada Susi.

12Dari suku Dan, Amiel anak kepada Gemali.

13Dari suku Asyer, Setur anak kepada Mikhael.

14Dari suku Naftali, Nahbi anak kepada Wofsi.

15Dari suku Gad, Guel anak kepada Makhi.

16Itulah nama-nama orang yang Musa utus untuk mengintai tanah itu. Dan Musa memanggil Hosea anak kepada Nun Yosua.

17Dan Musa mengutus mereka untuk mengintai tanah Kanaan, dan berkata kepada mereka, Kalian pergilah naik memakai jalan ini ke arah selatan, dan naik ke pergunungan:

18Dan lihatlah tanah, bagaimanakah keadaannya; dan bangsa yang berdiam di sana, sama ada mereka kuat ataupun lemah, sedikit atau banyak;

19Dan bagaimana keadaan tanah negeri yang didiami mereka, sama ada ia baik ataupun buruk; dan apakah jenis kota yang didiami mereka, sama ada di dalam perkhemahan ataupun di tempat yang berkubu;

20Dan bagaimana keadaan tanah negeri, sama ada ia gemuk ataupun kurus, sama ada ia ada kayu di sana ataupun tidak. Dan kalian bertabahlah, dan bawalah buah dari tanah itu. Dalam pada itu, waktu itu merupakan musim buah anggur hasil pertama yang masak.

21Maka mereka pergi naik, dan meninjau tanah dari padang Gurun Zin sampai ke Rehob, seperti yang orang pakai ke Hamat.

22Dan mereka naik melalui arah selatan, dan sampai ke Hebron; iaitu tempat yang adanya Ahiman, Sesai, dan Talmai, bani Enak. (Dalam pada itu, Hebron telah dibina tujuh tahun sebelum Soan di Mesir.)

23Dan mereka sampai ke anak sungai di Eskol, dan memotong dari sana satu cabang dengan setandan buah anggurnya, dan mereka menggandar itu antara dua orang dengan satu tongkat; dan mereka membawa hasil buah delima, dan hasil buah ara.

24Tempat itu dipanggil anak sungai Eskol, kerana tandan anggur itu yang dipotong bani Israel di sana.

25Dan mereka kembali dari meninjau tanah selepas empat puluh hari.

26Dan mereka pergi dan datang kepada Musa, dan kepada Harun, dan kepada seluruh jemaah bani Israel, di padang gurun Paran, di Kadesh; dan membawa khabar kepada mereka, dan kepada seluruh jemaah, dan menunjukkan mereka buah dari tanah itu.

27Dan mereka memberitahu dia, dengan berkata, Kami telah memasuki tanah negeri yang telah kamu utus kami, dan sudah pastilah ia berlimpah dengan susu dan madu; dan inilah hasil buahnya.

28Walau bagaimanapun bangsa yang berdiam di sana adalah kuat, dan kota-kota itu berkubu, dan sungguh besar: lagi pula, kami telah nampak bani Enak di sana.

29Orang Amalek berdiam di tanah selatan: dan orang Het, dan orang Yebus , dan orang Amori, berdiam di pergunungan: dan orang Kanaan berdiam di tepi laut, dan di persisiran Yordan.

30Dan Kaleb mendiamkan umat itu di hadapan Musa, dan berkata, Biar kita naik ke sana dengan segera, dan menaklukinya; sebab kita sungguh berkemampuan untuk menawannya.

31Tetapi orang yang telah pergi bersamanya berkata, Kita tidak mampu untuk menentang orang itu; sebab mereka lebih kuat daripada kita.

32Dan mereka mengusulkan suatu laporan buruk tentang tanah yang telah mereka tinjau itu kepada bani Israel, dengan berkata, Tanah itu, yang telah kami lalui untuk meninjaunya, ialah tanah yang memakan penghuni-penghuninya; dan semua orang di dalamnya yang telah kami nampak ialah orang yang tinggi perawakannya.

33Dan di sana kami nampak gergasi, bani Enak, yang berasal daripada gergasi: dan kami adalah seperti belalang di pandangan kami, dan demikian juga kami di pandangan mereka.