Numbers 22

Bilangan 22

1Dan bani Israel berangkat, dan memacak khemah di dataran Moab di bahagian sungai Yordan di tepi Yerikho.

2Dan Balak anak kepada Zipor telah melihat segalanya yang telah dilakukan Israel kepada orang Amori.

3Dan Moab sangat takut akan umat itu, kerana mereka berbilangan banyak: dan Moab berasa susah hati kerana bani Israel.

4Dan Moab berkata kepada para penatua Midian, Sekarang angkatan itu menjilat segalanya yang di sekeliling kita bagaikan lembu jantan menjilat habis rumput di padang. Dan Balak anak kepada Zipor merupakan raja orang Moab pada masa itu.

5Maka dia mengutus orang-orang utusan kepada Bileam anak kepada Beor ke Petor yang berada di tepi sungai tanah bani bangsanya, untuk memanggilnya, dengan berkata, Lihatlah, adanya umat yang telah keluar dari Mesir: lihatlah, mereka menutupi seluruh permukaan bumi, dan mereka berdiam berhadapanku:

6Maka datanglah sekarang, aku mohon kepadamu, kutuklah umat itu bagiku; sebab mereka terlalu kuat untukku: kemungkinan aku dapat menang, supaya kita dapat memukulkalahkan mereka, dan supaya aku dapat menghalau mereka dari tanah itu: sebab aku sedar bahawa orang yang dikutukimu menjadi terkutuk.

7Dan para penatua Moab dan para penatua orang Midian berangkat dengan ganjaran-ganjaran penenungan di tangan mereka; dan mereka sampai kepada Bileam, dan berbicara kepadanya kata-kata Balak.

8Dan dia berkata kepada mereka, Berdiamlah di sini pada malam ini, dan aku akan membawa khabar kepada kalian sekali lagi, kerana TUHAN akan berbicara kepadaku: dan para penguasa Moab berdiam bersama Bileam.

9Dan datanglah Allah kepada Bileam, dan berkata, Siapakah orang-orang ini yang berada bersamamu?

10Dan Bileam berkata kepada Allah, Balak anak kepada Zipor, raja Moab, telah mengutus orang kepadaku, dengan berkata,

11Lihatlah, adanya umat yang telah keluar dari Mesir, yang menutupi permukaan bumi: datanglah sekarang, kutuklah mereka bagiku; kemungkinan aku dapat mengatasi mereka, dan menghalau mereka keluar.

12Dan Allah berkata kepada Bileam, Engkau tidak akan pergi bersama mereka; kamu tidak akan mengutuk umat itu: sebab mereka telah diberkati.

13Dan Bileam bangun pada waktu pagi, dan berkata kepada para penguasa Balak, Pergilah ke kawasan tanah kalian: kerana TUHAN menolak untuk memberiku izin pergi bersama kalian.

14Dan para penguasa Moab bangun, dan mereka pergi ke Balak, dan berkata, Bileam menolak datang bersama kami.

15Dan Balak mengutus para penguasa sekali lagi, lebih banyak lagi, dan lebih terhormat daripada rombongan pertama.

16Dan mereka datang kepada Bileam, dan berkata kepadanya, Beginilah bicara Balak anak kepada Zipor, Janganlah biar, aku mohon kepadamu, apa pun menjadi halangan kepadamu untuk datang kepadaku:

17Sebab aku akan menaikkan pangkatmu sampai menjadi sungguh besar, dan aku akan melakukan barang apa yang dikhabarkanmu kepadaku: maka datanglah, aku mohon kepadamu, kutuklah umat itu bagiku.

18Dan Bileam menjawab dan berkata kepada para hamba Balak, Sekalipun Balak mahu memberiku rumahnya penuh dengan perak dan emas, aku tidak dapat maju melebihi firman TUHAN Allahku, untuk berbuat kurang atau lebih.

19Maka sekarang, aku mhon kepada kalian, kalian tinggal di sini juga pada malam ini, supaya aku dapat tahu apa yang TUHAN mahu berbicara lebih kepadaku.

20Dan Allah datang kepada Bileam pada malam itu, dan berkata kepadanya, Jika para lelaki itu datang untuk memanggilmu, bangkit dan pergi bersama mereka; akan tetapi firman yang akanku bicara kepadamu, itulah yang akan dibuatmu.

21Dan Bileam bangkit pada waktu pagi, lalu memasang pelana pada keldainya, dan pergi bersama para penguasa Moab.

22Dan amarah Allah ternyala kerana dia pergi: dan malaikat TUHAN berdiri di tengah-tengah jalan sebagai seteru menentangnya. Pada ketika itu, dia sedang menunggang keldainya, dan dua hambanya ada bersama dia.

23Dan keldai itu nampak malaikat TUHAN berdiri di tengah-tengah jalan, dan pedangnya terhunus di tangannya: dan keldai itu berpaling ke tepi ke luar jalan, dan memasuki ladang: dan Bileam memukul keldai itu, untuk memalingkan arahnya ke jalan.

24Tetapi malaikat TUHAN berdiri di jalan kebun anggur itu, dengan adanya tembok di sebelah satu sisi, dan satu tembok pula di sebelah sisi yang lain.

25Dan ketika keldai itu nampak malaikat TUHAN, dia mencampakkan dirinya ke tembok, lalu menghimpitkan kaki Bileam di tembok itu: dan Bileam memukulnya sekali lagi.

26Dan malaikat TUHAN maju lagi, dan berdiri di tempat yang sempit, yang tidak ada jalan untuk berpaling baik ke sebelah tangan kanan mahupun ke sebelah tangan kiri.

27Dan apabila keldai itu nampak malaikat TUHAN, dia jatuh dengan berada di bawah Bileam: dan amarah Bileam ternyala, lalu dia memukul keldai itu dengan tongkat.

28Dan TUHAN membuka mulut keldai itu, dan ia berkata kepada Bileam, Apakah yang telah dilakukanku kepadamu sehingga kamu telah memukulku tiga kali ini?

29Dan Bileam berkata kepada keldai itu, Kerana kamu telah mengolok-olokku: aku harap adanya pedang di tanganku, sebab sekarang juga aku mahu membunuhmu.

30Dan keldai berkata kepada Bileam, Bukankah aku keldaimu, yang di atasku telah kamu tunggang sejak aku kepunyaanmu sampai ke hari ini? pernahkah aku cenderung untuk berbuat demikian kepadamu? Dan Bileam berkata, Tidak.

31Kemudian TUHAN mencelikkan mata Bileam, dan dia nampak malaikat TUHAN itu berdiri menghalang jalan, dan pedangnya terhunus di tangannya: dan Bileam menundukkan kepalanya, lalu jatuh tersungkur.

32Dan malaikat TUHAN berkata kepadanya, Mengapakah kamu memukul keldaimu sebanyak tiga kali ini? lihatlah, aku telah keluar untuk menahanmu, kerana jalanmu itu cabul di hadapanku:

33Dan keldai itu nampak diriku, dan telah berpaling daripadaku sebanyak tiga kali: kecuali dia telah berpaling daripadaku, sudah tentu sekarang juga aku telah membunuhmu, dan meninggalkannya hidup.

34Dan Bileam berkata kepada malaikat TUHAN, aku telah berdosa; sebab aku tidak tahu bahawa engkau berdiri di jalan berhadapan denganku: maka sekarang, jika ia tidak menyenangkanmu, aku akan pulang.

35Dan malaikat TUHAN berkata kepada Bileam, Pergilah bersama para lelaki itu: tetapi hanya firman yang akan kubicara kepadamu, itulah yang akan kamu bicarakan. Jadi Bileam pergi bersama para penguasa Balak.

36And when Balak heard that Balaam was come, he went out to meet him unto a city of Moab, which is in the border of Arnon, which is in the utmost coast.

37And Balak said unto Balaam, Did I not earnestly send unto thee to call thee? wherefore camest thou not unto me? am I not able indeed to promote thee to honour?

38And Balaam said unto Balak, Lo, I am come unto thee: have I now any power at all to say any thing? the word that God putteth in my mouth, that shall I speak.

39And Balaam went with Balak, and they came unto Kirjathhuzoth.Kirjathhuzoth: or, a city of streets

40And Balak offered oxen and sheep, and sent to Balaam, and to the princes that were with him.

41And it came to pass on the morrow, that Balak took Balaam, and brought him up into the high places of Baal, that thence he might see the utmost part of the people.