1Dan Israel berdiam di Sitim, dan umat mula melakukan zina dengan perempuan bani Moab.
2Dan perempuan-perempuan ini memanggil umat itu ke upacara-upacara pengorbanan kepada allah-allah mereka: dan umat itu makan, dan menunduk kepada allah-allah mereka.
3Dan Israel menggabungkan dirinya kepada Baalpeor: dan kemarahan TUHAN telah dinyalakan terhadap Israel.
4Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Ambil semua orang yang mengepalai umat, dan gantunglah mereka di hadapan TUHAN di depan matahari, supaya kemarahan ganas TUHAN dipalingkan daripada Israel.
5Dan Musa berkata kepada hakim-hakim Israel, Setiap orang antara kalian masing-masing bunuhlah orang-orangnya yang telah digabungkan kepada Baalpeor.
6Dan, lihatlah, salah seorang daripada bani Israel datang dan membawa kepada saudara-saudaranya seorang perempuan Midian di pandangan Musa, dan di pandangan seluruh jemaah bani Israel, yang sedang menangis di hadapan pintu khemah jemaah.
7Dan ketika Pinehas anak kepada Eleazar, anak kepada Harun imam itu melihatnya, dia bangkit dari tengah jemaah itu, dan mengambil sebatang tombak di tangannya;
8Dan dia mengejar lelaki Israel itu ke dalam khemah, lalu menikam lantas mereka berdua itu, iaitu lelaki Israel itu, dan perempuan itu melalui perut perempuan itu. Maka azab itu dihentikan di antara bani Israel.
9Dan orang yang telah mati dalam azab itu berbilangan dua puluh empat ribu.
10Dan TUHAN berfirman kepada Musa, dengan berkata,
11Pinehas anak kepada Eleazar anak kepada imam Harun, telah memalingkan murkaku daripada bani Israel, sementara dia ghairah demiku di antara mereka, supaya aku tidak menghanguskan bani Israel dalam kecemburuanku.
12Lantaran itu berkatalah, Lihatlah, Aku memberi kepada dia waad damai sejahteraku:
13Dan dia akan memilikinya, bersama benihnya yang berikutan dia, yakni waad keimaman yang abadi; kerana dia ghairah bagi Allahnya, dan telah membuat penyatuan bagi bani Israel.
14Dalam pada itu, nama lelaki Israel yang telah dibunuh itu, yakni lelaki yang telah dibunuh bersama perempuan Midian itu, ialah Zimri anak kepada Salu, seorang putera kepada ketua di kalangan orang Simeon.
15Dan nama perempuan Midian yang telah dibunuh itu ialah Kozbi anak perempuan kepada Zur; Zur ialah kepala kepada suatu kaum, dan berasal daripada puak yang ketua di Midian.
16Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berkata,
17Gemaskanlah orang Midian, dan pukullah mereka:
18Sebab mereka menggemaskan kalian dengan tipu muslihat mereka, yang dengannya telah menipu kalian dalam hal Peor, dan dalam hal Kozbi, anak perempuan seorang penguasa orang Midian, saudara perempuan mereka, yang telah ditewaskan pada waktu wabak itu demi Peor.