Philippians 1

Filipi 1

1Paulus dan Timotius, hamba-hamba Yesus Kristus, kepada semua orang kudus dalam Kristus Yesus yang berada di Filipi, bersama-sama para biskop dan para diaken:

2Rahmat kepada kalian, dan damai sejahtera, daripada Allah Bapa kita, dan daripada Tuhan Yesus Kristus.

3Aku bersyukur kepada Allahku bagi setiap peringatan akan kalian,

4Selalu dalam setiap doaku untuk kamu semua sambil membuat permohonan dengan sukacita,

5Bagi persekutuan kalian dalam injil itu dari hari pertama sampai sekarang;

6Sedang kala yakin akan hal ini, bahawa dia yang telah memulakan pekerjaan yang baik dalam kalian akan melaksanakannya sampai kepada hari Yesus Kristus:

7Malahan juga, ia sesuai bagiku untuk memikirkan ini tentang kamu semua, kerana kalian berada dalam hatiku; sama sebanyak mana kedua-duanya iaitu baik dalam belengguku mahupun dalam pertahanan dan pengesahan injil, kamu semua peserta dalam rahmatku.

8Sebab Allah itu saksiku, betapa hebatnya aku rindukan kamu semua dalam sanubari Yesus Kristus.

9Dan inilah doaku, supaya kasih kalian akan semakin bertambah dalam pengetahuan dan dalam segala penghakiman;

10Supaya kalian dapat mensahihkan apa yang cemerlang; supaya kalian menjadi ikhlas dan tanpa pelanggaran sehingga hari Kristus itu;

11Sedang kala dipenuhi dengan buah-buah kewajaran, yang adalah melalui Yesus Kristus, bagi kemuliaan dan pujian Allah.

12Tetapi aku ingin kalian supaya faham, saudara sekalian, bahawa apa yang telah berlaku kepadaku itu telah sebaliknya menyebabkan kemajuan injil;

13Sehingga belengguku dalam Kristus itu ternyata di seluruh istana, dan di segala tempat yang lain;

14Dan kebanyakan saudara dalam Tuhan, yang bertambah yakin kerana belengguku itu, menjadi lebih tabah untuk mengucapkan firman itu tanpa ketakutan.

15Sesetengah orang memang mengkhutbahkan Kristus dengan iri hati dan dengan persengketaan; dan sesetengah pula juga dengan hati yang ikhlas:

16Pihak yang pertama itu mengkhutbahkan Kristus dengan perbalahan, dengan tidak ikhlas, sementara menganggap dapat menambahkan seksaan kepada belengguku:

17Tetapi pihak yang lain itu dengan kasih, sementara tahu aku sudah bertekad untuk mempertahankan injil.

18Bagaimana pula? Walau apa pun, dengan segala cara, baik dalam kepura-puraan mahupun dalam kebenaran, Kristus itu dikhutbahkan; dan dalam itulah aku bersukacita, ya, dan akan bersukacita.

19Sebab aku tahu bahawa ini akan berbalik kepada keselamatanku melalui doa-doa kalian, dan melalui bekalan Roh Yesus Kristus,

20Menuruti kesungguhan penantianku dan pengharapanku, bahawa aku tidak malu akan apa pun, tetapi dengan segala ketabahan, seperti selalu, demikianlah juga Kristus akan dibesarkan dalam tubuhku, baik ia melalui kehidupan mahupun melalui kematian.

21Sebab bagiku hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan.

22Tetapi jika aku hidup dalam daging, inilah buah jerih lelahku: namun apa yang aku harus pilih aku tidak tahu.

23Sebab aku dalam kesempitan antara dua hal ini, dengan ada keinginan untuk meninggal, dan berada bersama Kristus; yang adalah jauh lebih baik:

24Walau bagaimanapun untuk berada dalam daging adalah lebih perlu bagi kalian.

25Dan sementara memiliki keyakinan ini, aku tahu aku akan berdiam dan tetap bersama kamu semua bagi kemajuan dan sukacita iman kalian;

26Supaya sukacita kalian akan lebih berkelimpahan dalam Yesus Kristus bagiku melalui kedatanganku semula kepada kalian.

27Hanya biarlah perangai kalian berpadanan dengan injil Kristus: sehingga sama ada aku datang dan melawat kalian, ataupun sebaliknya tidak hadir, aku dapat mendengar akan hal-ehwal kalian, bahawa kalian berteguh dalam satu roh, dan dengan satu hati berjuang bersama bagi iman injil itu;

28Dan tidak dijadikan gentar dalam apa pun oleh seteru kalian: yang bagi mereka, ini tanda bukti jahanam, tetapi bagi kalian, ini tanda keselamatan, yakni yang oleh Allah.

29Sebab kepada kalian dianugerahkan bagi pihak Kristus, bukan sahaja untuk percaya kepadanya, tetapi juga untuk menderita deminya;

30Sedang kala mempunyai kesesakan yang sama dengan apa yang kalian nampak dalam diriku, dan sekarang dengar berada dalam diriku.